Selasa, 30 September 2008

Selamat Hari Raya

Setahun sekali pada musim perayaan ini kita bertemu dengan kawan-kawan lama kita. Kawan-kawan sepermainan semasa di kampung dahulu. Apabila menjelang dewasa kawan-kawan ini ditinggalkan kerana masing-masing membawa halatuju masing-masing.
















Ahad, 28 September 2008

Najib Sendirian?



Jika tidak ada apa-apa halangan Mohd Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6 pada tahun 2010. Begitulah jadinya , jika pakatan peralihan kuasa antara Abdullah dan Mohd Najib berjalan lancar. Mohd Najib sangat senang hati dengan pakatan ini. Namun demikian, apa yang terjadi tidak seperti yang dirancang. Manusia hanya merancang dan Allah menentukan.

Setelah gagal memimpin BN memenamgi 2/3 majoriti Dewan Rakyat, Abdullah mula dikecam. Kecaman demi kecaman hinggalah menggesa Abdullah berundur secepat mungkin. Desakan ini menyebabkan pakatan peralihan kuasa terjejas. Muncul wira-wira baru dalam UMNO.

Tengku Razali sudah tidak sabar untuk mencabar Abdullah di Perhimpunan Agung nanti. Tengku Razali akan bergabung dengan Muhyiddin dan afidah serta dibantu oleh orang-orang yang masih setia kepada Mahathir.

Najib kehilangan kawan Abdullah yang menjadi rakan perjuangan terlebih awal melepaskan jawatannya dan mungkin tidak akan bertanding demi menjaga maruah. Tinggallah Najib keseorangan bermain dengan budak-budak kecil dalam UMNO.

Jumaat, 26 September 2008

Tak Tipu Bukan China


Saya menulis posting ini semasa berada di Nilai 3. Isteri saya menjelajah semua kedai yang berbaris panjang. Saya yang "baloq liat" ni lepak kat medan selera yang tidak ada orang ini. Nasib baik ada meja dan kerusi yang masih bersusun walaupun tidak ada pengunjung. Saya rasa isteri saya pun tidak suka saya mengikutnya kerana dua sebab. Pertamanya saya sentiasa mengingatkannya supaya berjimat. Berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak. Kedua, saya ini katanya terlalu tergesa-gessa. Kata isteri saya, membeli barang tidak perlu tergesa-gesa. Kita kena ambil masa. Kita kena pilih dengan cermat supaya barang yang dipilih itu tiada kecacatan dan harganya pula perlu ditawar hingga ke lantai. Memang ada barangan yang terlepas daripada kawalan kualiti kilang dan ada juga barang yang sengaja dilepaskan daripada kawalan kualiti.

Menjelang hari raya yang tidak berapa hari lagi, ramai pengunjung di NIlai 3 ini. Memerhati nombor pendaftaran kenderaan, saya dapati orang yang datang ii ada dari Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan ada juga yang dari Pahang. Seperti biasa , di mana-man tempat pun, peniaganya orang cina. Barang jualan pun banyak dari negara China.

Teringat masa kecil-kecil dulu, orang selalu mengingatkan supaya berhati-hati apabila berurus niaga dengan orang cina. Dahulu ada satu stigma pada orang cina.
Kalau tak tipu bukanlah cina. Biasalah, tipu timbangan, campur buah limau busuk dengan buah limau elok, tipu jenama dan macam-macam lagilah tipu helah. Itu waktu dulu. Sekarang ini apabila masa berubah etika perdagangan juga telah berubah. Semua peniaga menerapkan integriti dalam perniagaan mereka. Semua peniaga yang saya temui bercakap tentang integriti dan keprcayaan pelanggan . Kita boleh menipu seseorang sepanjang masa, kita juga boleh tipu semua orang pada sesuatu masa. Tetapi kita tidak boleh tipu semua orang pada setiap masa. Perniagaan adalah satu karier sepanjang hayat. Oleh itu kejujuran dalam perniagaan adalah perkara utama yang dititikberatkan.

Tapi minggu ini dunia dikejutkan dengan penipuan dari China. Penipuan ini besar kesannya terhadap nyawa manusia. Pengeluar susu bayi daripada China telah mencampurkan bahan milamin ke dalam produk mereka. Saya yang buta sains ini ingatkan bahan ini semata-mata untuk bahan awet. Tetapi setelah buat sedikit pembacaan, barulah saya tahu bahawa milamin ini digunakan untuk menipu. Di katakan bahawa milamin ini dicampur ke dalam susu bayi untuk menipu kandungan susu. susu yang dicampur milamin akan menunjukkan kandungan protein yang tinggi. Akibat daripada penipuan ini ramai bayi di seluruh duni mengalami masalah ginjal.

China memang terkenal dengan keluaran produk yang murah. Apa jua barang yang dihasilkan dari China jauh lebih meruah daripada keluaran mana-mana negara di dunia ini. Ada kenalan yang pergi memesan barang dari China memberitahu, di sana dia ditanya tentang bajet kita. Semua barang boleh dikeluarkan mengikut bajet kita. Kalau bajet kita tinggi, dia boleh keluarkan barang dengan kualiti bajet kita. Dia juga boleh keluarkan produk jika bajet kita rendah.

Hari ini stigma lama itu kita pakai tampal semula. Kita ubah sikit saja ejaannya daripada Tak tipu bukan Cina kepada Tak Tipu bukan China.

Ujian Aptitude

Sila baca kenyataan di bawah ini dengan cermat. Kemudian tandakan B untuk Betul dan S untuk Salah.

Abdullah tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2009. ( B ) ( S )

Najib akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO ( B ) ( S )

Tengku Razali akan bertanding merebut jawatan Presiden UMNO 2008 ( B ) ( S )

Muhyiddin akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden ( B ) ( S )

Hishamuddin akan bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden jika Najib bertanding merebut jawatan Prisiden. ( B ) ( S )

Anuar Musa dan Sharir akan menang jawatan Naib Presiden ( B ) ( S )

Akan wujud satu lagi jawatan Naib Presiden khusus untuk UMNO Sabah ( B ) ( S )



Jika anda menjawab semua betul. anda perlu berhati-hati kerana minda anda cenderung ke arah kronisme.

Sabtu, 20 September 2008

Paluan Berundur Untuk Abdullah




Meneliti laporan pelbagai akhbar , terutamanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari Khamis lepas, rasanya tidak lama lagi kita akan saksikan istiadat paluan berundur untuk Abdullah.

Paluan berundur atau beating the retreat merupakan satu tradisi tentera yang diamalkan sejak berkurun lamanya. Ia dilaksanakan apabila pasukan tentera menarik diri dari bertempur atau menghentikan pertempuran . Dalam pasukan polis, paluan berundur merupakan istiadat persaraan bagi pegawai tingginya.

Hajat Abdullah untuk menamatkan karier politiknya pada tahun 2010 mungkin tidak kesampaian. Proses peralihan kuasa kepada Najib pada mulanya dilihat satu kesinambungan penurunan kuasa idea Mahathir. Pada mulanya semua pihak akur dengan proses peralihan kuasa ini. Namun demikian, banyak pihak mempersoalkan kewibawaan Abdullah setelah Abdullah gagal memimpin memperolehi majori dua per tiga di Parlimen.

Tamparan demi tamparan diterima Abdullah. Usul undi tidak percaya dari SAPP dapat diselamatkan oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen.

Tamparan berterusan daripada pembangkang supaya Abdullah meletak jawatan dan menyerahkan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Hal ini juga tidak begitu mengancam kepada Abdullah. Abdullah dikatakan tidak berkemampuan untuk mengurus negara.

Abdullah Badawi dilahirkan di Kepala Batas dalam keluarga yang terkenal. Bapanya , Ahmad Badawi adalah seorang ulama yang terkenal. Datuknya Syeikh Abdullah Badawi Fahim adaalah salah seorang pengasas Hizbul Muslimin dan kemudiannya dikenali dengan nama PAS.

Tamparan paling hebat kepada Abdullah ialah apabila ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri yang menyuarakan dengan lantang supaya mempercepatkan tarikh peralihan kuasa ini. Laporan media menyebut bagaimana Rafidah Aziz dengan lantangnya mendesak Abdullah berundur. Kita biasa mendengar bagaimana Rafidah berucapa semasa menjadi menteri dahulu . Rafidah biasnya berucap dengan suara yang lantang dan dengan kening yang terangkat . Rafidah memang ada kes untuk tidak menghormati Abdullah. Pertama, Rafidah tidak dilantik untuk menganggotai kabinet walaupun menang di Parlimen Kuala Kangsar. Rafidah adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Rafidah juga merupakan menteri yang paling lama berkhidmat. Tidak ada sebab mengapa Abdullah tidak melantiknya menjadi menteri. Yang lebih menyakitkan hati Rafidah ialah apabila Abdullah melantik Shahrizat sebagai penasihatnya yang bertaraf menteri walaupun Sharizat tewas di Lembah Pantai.

Muhyiddin juga mempunyai pandangan yang sama dengan Rafidah. Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan yang sama di Singapura. Muhyiddin bertanggungjawab di atas kenyataanya dan sanggup menerima tindakan daripada Abdullah.

Memandangkan tekanan-tekanan ini, tidak lama lagi kita akan saksikan istiadat Paluan Berundur untuk Abdulah

Komen Saya Dalam The Scribe

Saya suka baca blog Datuk A Kadir Jasin.




Saya tidak mahu komen masalah ekonomi. Sebenarnya bukan tidak mahu tetapi tidak pandai. Tetapi saya dapati ada suatu perkara yang penting yang perlu diambil perhatian serius dalam posting Datuk kali ini. Datuk ada menasihatkan pemimpin negara supaya tidak melayan karenah isteri / suami dan anak serta keluarga dalam urusan pentadbiran. Itu kita setuju sangat.

Saya ingin mengimbau kembali adegan yang saya rasa kurang sesuai ditonton di TV pada tahun 2004. Pada masa itu kita semua sedang menonton keputusan Pilihan raya ke 11 dari PWTC. KIta nampak ramai pemimpin dan isteri ada di situ. Adegan yang kurang
Malah banyak masalah timbul akibat penglibatan ahli keluarga pemimpin. Kalau setakat isteri/suami anak menantu mendapat keistimewaahn sedikit daripada pemimpin, kita tidaklah begitu ambil kisah. Sekadar memberi kontrak kerajaan yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan anak menantu itu memang dialu-alukan kerana anak menantu juga adalah rakyat. Apa yang lebih ialah apabila mereka ini turut mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan.


Kepada isteri pemimpin-pemimpin (isteri-isteri pemimpin ke isteri pemimpini-pemimpin?) kita nasihatkan supaya mempunyai etika yang tinggi. Jangan campur tangan dalam kerja-kerja suami. Suam-suami ada orang-orang yang membantunya. Suami-suami anda adalah milik rakyat. Bantulah mereka sedaya upaya.


Bagi saya, bonda Toh Puan Dr Siti Hasmah adalah seorang yang boleh diteladani. Semua kita tahu bahawa beliau adalah peminat badminton nombor satu negara. Tetapi beliau tidak campur tangan dalam soal urusan pentadbiran BAM walaupun BAM pada masa itu menghadapi masalah yang serius.

Siapa tak sayang bini oiii.


RESPONS DATUK A KADIR

Sdr Tico, kalau ahli politik sayangkan bini, mereka tidak akan babitkan bini mereka dalam politik sebab kalau mereka jadi kotor bini mereka turut jadi kotor. Atau mereka jadi kotor kalau bini mereka jadi kotor.

Saya kenal bonda Tun Dr Siti Hasmah sejak tahun 1964. She's a class of her own. Just be half of her and all the bini menteri and bini YB wille be ok.

Terima kasih.

Sabtu, 13 September 2008

Biri-Biri Mana Melompat Dahulu

Melihat akan keadan padang ragut sekarang timbul kesedaran di dalam hati saya bahawa biri-biri sekarang berada dalam keadaan resah gelisah. Masing-masing sedang berlegar-legar di tepi panggar dan hanya menanti masa yang sesuai.

Padang ragut mula menjadi panas. Pokok-pokok lama yang mempunyai dahan yang kukuh sudah ditebangSang Pengembala dan digantikan dengan pokok baru. Pokok-pokok baru ini belum mampu memberi naungan kepada biri-biri.

Sang Pengembala pula nampaknya sudah kehilangan tenanga dan banyak bersandar di tunggul kayu. Matanya separuh lelap. Biri-biri hanya dibawah jagaan musang peliharaanya.

Pada mulanya dijangkakan biri-biri jenis Borneo yang akan melompat dahulu. Biri-biri jenis ini memang kuat melompat.. tetapi nampaknya biri-biri besar jenis Johor yang kelihatan lebi resah. Tanduknya menyondol-nyondol sana sini menunjukkan kemarahan terhadap Sang Gembala yang kurang kemampuna untuk mengurus padang ragut. Ini akan menjadi petanda bahawa biri-biri Johor akan mebuat lompat mula.

Khamis, 11 September 2008

Kemasukan Semula Mahathir: Memperkukuh Atau Meroboh

Hasat DR Mahathir memeluk semula UMNO membawa reaksi berbeza-beza dari pelbagai pihak. Ada yang merasakan kehadiran semula Dr Mahathir dalam UMNO dapat menstabilkan UMNO yang kini sedang bernafas dengan bantuan oksigen. Ada pula yang merasakan kehadiran Dr Mahathir ini akan merobohkan UMNO.

Dr Mahathir yang telah menerajui UMNO dan BN selama 22 tahun sudah tentunya mempunyai pengalaman yang luas. juga dikatakan mempuynai cara yang tegas dan straight foward dalam menyelesaikan masalah.

Krisis UMNO semakin gawat apabila Dr Mahathir keluar dari UMNO. Dr Mahathir bukan calang-calang orang. Dia mempunyai pengikut yag ramai Dr Mahathir keluar dari UMNO megikut pintu hadapan, tetapi ramai lagi ahli UMNO yang lain keluar parti mengikut pintu belakang. Dengan kehadiran Dr Mahathir , diharapkan ramai lagi pemimpin-pemimpin lain di peringkat akar umbi akan kembali aktif

Di sebalik itu, Abdullah juga telah membina rangkaiannya sendiri yang lain daripada rangkaian lama. Menteri kabinetnya merupakan muka-muka baru. Muk-muka lama, antaranya Rafidah Aziz , banyak disingkirkan.
.
Jelas sekarang nampak hubungan antara Abdullah dengan Muhyiddin Yassin retak apabila Muhyiddin memperosalkan tarikh peralihan kuasa yang dibuat oleh Abdullah. Antara orang kuat dari puak Dr Mahathir ialah Tengku Razali, MUhyiddin Yassin, Hishamudiin, Dan Abdullah pula dengan kekuatan orang baru seperti Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan. Mereka ini juga akan berusaha untuk mengekalkan status quo mereka.

Pertembungan antara pengikut dan pengikut Ab Dr Mahathir dullah boleh merobohkan UMNO. UMNO sedangmenghadapi penyakit kronik . Penyakit ini memakan masa yang agak lama untuk dipulihkan. .

Selasa, 9 September 2008

Sireh Pulang Ke Gagang, Pinang Pulang Ke Tampuk

Khabarnya Tun Dr Mahathir kembali memeluk UMNO. Kehadiran TDM seperti kata pepatah Melayu sireh pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk. TDM sebenarnya tidak bersara dari politik. Tulisan-tulisan di dalam blognya sebenarnya adalah percakapan politik. Kritikannya terhadap kepimpinan UMNO sekarang begitu pedas dan diminati. Walau bagaimanapun seseorang itu tidak boleh dianggap terlibat dalam politik aktif sekiranya tidak menjadi ahli mana-mana parti. Kepada TDM kita ucapkan selamat kembali selepas berkecil hati dengan UMNO selama lebih setahun.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali kepada Umno kerana ia akan mengukuh parti serta memberi ruang kepada negarawan yang dihormati itu memberi pandangan dan nasihat yang lebih bermakna.

Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani menyarankan agar bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat parti.
Beliau berpendapat tidak semua apa yang pemimpin Umno buat hari ini betul. Jadi kalau Umno ada seorang penasihat yang berpengalaman luas seperti Dr. Mahathir ia akan membantu menaikkan semula imej dan maruah Umno.

Beliau berpendangan , orang yang berada di luar parti dengan di dalam parti adalah berbeza. Beliau percaya Dr. Mahathir masih boleh membantu Umno.

Selain itu beliau turut mengalu-alukan kemasukan semula Dr. Mahathir menyertai Umno bagi membantu memulihkan parti yang kini disifatkan sedang 'tenat'.
"Saya sangat mengharapkan agar Dr. Mahathir kembali semula kepangkuan Umno kerana beliau mampu membawa perubahan positif dari dalam parti," katanya.


Beliau berkata pandangan dan nasihat yang diberikan oleh seorang negarawan dan mantan presiden sangat dihormati oleh semua peringkat di dalam parti.

TDM pernah membuat kejutan dengan mengumumkan hasrat persaraannya dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ketika itu kita melihat secara langsung dari kaca TV bagaimana pemimpin-pemimpin lain begitu terkejut dengan pengumumannya itu. Saya dapat lihat betapa sedihnya Ketua Pergerakan Wanita DS Rafidah Aziz ketika itu datang ke tempat duduk TDM dan meujuk untuk menarik balik hasratnya itu. Namun demikian persaraan itu ditangguhkan sehigga bulan Oktober setelah membuat pelan perubahan kuasa kepada timblannya DS Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 19 Mei lepas lagi satu keputusan besar yang diambil TDm ialah keluar daripada UMNO. Tidak seorang pun yang bersedih pada masa itu. Tidak ada pujuk rayu daripada pemimpin UMNO yang lain. TDM keluar UMNO kerana berpendapat UMNO sudah tida seperti 61 tahun lepas UMNO sekarang telah dijadi alat untuk kepentingan diri AAB dan keluarganya.

Namun demikian ada beberapa persoalan yang bermain di kepala kita mengapa TDM dijemput menyertai UMNO semula. TDM dikatakan menyertai semula UMNO atas usaha TS Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO sekarang. Mengapakah Muhyiddin Yassin begitu bersungguh-sungguh berusaha membawa kembali TDM ke pangkuan UMNO. Tidakkah Muhyiddin meminta pandangan daripada ketuanya sebelum berbuat demikina. Jawapannya pasti tidak. Kita semua maklum bahawa kepimpinan UMNO tertinggi sekarang ini tidak suka kepada TDM. DS Abdullah Ahmad Badawi sudah pasti tidak menyukai TDM kerana kritikan keras TDM terhadap kepimpinannya. Banyak dasar yang digubal semasa pemerintahan TDM dirombak oleh Abdullah. Banyak projek mega yang dirancang sewaktu pemerintahan TDM dibatalkan dan digantikan dengan projek lain.

Dari senerio ini jelas kepada kita bahawa hubungan antara Muhyiddin dengan Abdullah tidak intim. Ada desas desus mengatakan bahawa Muhyiddin akan menyertai Anwar pada tarikh yang ditetapkan walaupun Muhyiddin menafikan perkara ini.

Mahyuddin telah meneropong masa hadapan politiknya. Harapannya untuk menjadi pucuk pimpinan UMNO kabur jika menggunakan sistem peralihan kuasa secara dirancang. Dari segi umur, Mahyudin dan Mohd Najib hampir sama. Mohd Najib akan mengambil masa yang lama sebagai Perdana Menteri. Mungkin giliran tidak sempat sampai kepada Muhyiddin kalau mengikut faktor masa. Oleh itu Mahyuddin perlu mengubah sistem gantian ini. Mohd Najib akan menggnakan Hishamuddin untuk mendapat sokongan daripada UMNO Johor. Kerjasama antara Mohd Najib dan Hishamudin lebih mudah kerana ikatan persaudaraan. Sekali lagi Mahyuddin akan terpinggir.

TDM juga mempunyai bermacam sebab untuk bergiat semula dalam UMNO. Dharapkan dengan pengaruh yang ada padanya dapat menstabilkan UMNO dan BN. TDM tidak rela Anwar menjadi Perdana Menteri. Beliau pernah berkata bahawa beliau akan berhijrah jika Anwar jadi Perdana Menteri.

Satu lagi perkara yang menarik ialah tentang hubungan antara Tengku Razali dengan TDM hari ini. Hari ini ada desas desus tentang hubungan antara TDM dengan Tengku Razali. Tengku Razali pernah mencabar TDM sebagai Presiden UMNO cuma tewas tipis sahaja. Tengku Razali keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46. UMNO menjadi goyang pada masa itu. Ramai antara tokoh terkenal UMNO antaranya Rais Yatim keluar dari UMNO. Abdullah pada masa itu mengambil sikap lihat dan tunggu. Namun pada masa itu, parti-parti komponan BN tidak mengambil peluang untuk mendesak sesuatu. Semangat 46 tidak berjaya hidup lama dan kemudian dikuburkan setelah Tengku Razali menyertai semula UMNO. TDM dan Tengku Razali sanggup melupakan kisah lama demi mempertahankan UMNO di dalam dilema yang baru ini.

Isnin, 8 September 2008

UMNO @HUMPTY DUMPTY








Humpty Dumpty sat on the wall
Humpty Dumpty had a great fall
All the king horses
and all the king`s man
could`nt put Humpty Dumpty

Humpty Dumpty sat on the wall
(UMNO dan tembuk)

Selama ini UMNO telah menjadi TEMBUK kekuatan orang Melayu. Buat Felda, buat ITM, tanah belia, buat UKM, bina minda intelek melayu. Megahnya UMNO waktu itu.
Tapi hari ini UMNO jadi muka TEMBUK. Terpaksa minta maaf walaupun tidak buat salah. Terpaksa minta maaf walaupun membaca buku sejarah.
UMNO hari ini jadi TEMBUK. Tempat segala macam grafiti dilukis. Semua grafiti tak elok dilukis pada TEMBUK UMNO.
Hari ini UMNO jadi TEMBUK besar China apabila presidennya menghalang Ahmad Bukit Bendera menyerang Tsu Koon.
Apa lagi tembuk yang boleh disamakan dengan UMNO. TEMBUK Berlin agaknya.

Humpty Dumpty had a great fall
(UMNO dan kejatuhan)

Orang kata sekarang ini the begining of the end UMNO. Sedih sungguh. Bagi saya yang mulut disusu dan minda dituba UMNO sedih akan hal ini.
Belum pernah UMNO dalam keadaan demikian.

All the king horses
and all the king`s man
could`nt put Humpty Dumpty back together again
(semua jentera parti dan semua jentera kerajaan sudah tidak dapat membaikpulih UMNO ?)

Macam-macam cara telah dibuat untuk membaikpulih UMNO. Persoalannya adakah semua jentera parti telah digerakkan untuk membantu UMNO. Banyak pihak dalam UMNO yang berdiam diri. Reaksi tunggu dan lihat ini yang jadi masalah. Masing-masing siap sedia menyediakan bot penyelamat sekiranya kapal utama karam. Ada orang kata UMNO sekarang hidup dengan bantuan oksigen. Tidak mungkin.


Soal mencari pengganti belum difikirkan kerana UMNO belum mati.

Selamtkan UMNO jangan dibiarkan mati dalam keadaan hina.

Jumaat, 5 September 2008

Keluar Atau Kekal


Tan Sri Dr Tan Tsu Koon berkata bahawa Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya di dalam Barisan NAsional jika kompnen parti terutamnya UMNo gagal membawa perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.

Beliau menekanakan bahawa Gerakan bukanlah parti pak turut. Walau bagaimana pun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab Gerakan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan. Gerakan akan memberi masa yang cukup kepada BN. Katanya , Gerakan akan terus mendesak kepada perubahan dalam BN . Jika usaha ini gagal, Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya di dalam BN.

Gerakan mahukan perubahan sikap dan pendekatan disamping menghidupkan semangat bermesyuarah di dalam BN. Setiap pandangan daripada parti komponen perlu didengar dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam setiap pembentukan agenda BN

"There needs to be a change in many other aspects. The BN's symbol of the scale denotes fairness and equality, and this needs to be put into practice in all fields. This is the original spirit of BN, but perhaps after some time because we are so busy with our things and think more about ourselves, we forget (about this spirit)."

He said initial efforts had been made by Gerakan to bring about change in BN but it was still too early to see the results.

"We will give a reasonable time frame, then we will see the situation," he added.

However, Koh admitted that change had started happening in BN but Gerakan thought it was still not enough.

"We in the BN Supreme Council and Management Committee had been meeting more often in the last five months compared with five years ago.

"This is a good start. We discussed many issues which need to see changes but these cannot happen in one or two months," he said.

Koh said Gerakan also wanted to see closer and more genuine cooperation among the BN component parties.

He said BN leaders also needed to listen to the voices of the people, including the voices of dissatisfaction which had begun to be heard from within BN itself.

"It has not been easy for me to deal with this. The people's voice must be considered. So, we want to demand for genuine change in BN and its component parties, and we would cooperate to achieve this," he added. - Bernama

Khamis, 4 September 2008

Cerita Umat Nabi Lut

Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan Mesir, menuju Palestin, turut serta pula anak saudaranya, iaitu Nabi Lut. Tetapi tak lama kemudian, desakan penghidupan memaksa kedua dua Nabi ini berpisah. Nabi Lut lalu menetap di sebuah dusun yang bernama Sadum, di kawasan Palestin juga.

Adapun penduduk kampung itu luarbiasa nakal dan rosak perangainya. Mereka berlumba lumba mengerjakan kejahatan, segala rupa kejahatan: merompak, membunuh teman sendiri, menganiaya sesama manusia, sehingga tidak seorang pun dari orang lain yang dapat lalu di situ, melainkan dirompak mereka.
Salah satu kemesuman yang paling busuk yang menjadi adat dan kebiasaan hidup mereka, ialah bahawa suka mengerjakan pekerjaan yang hina dina, iaitu melepaskan syahwat terhadap orang lelaki, sedangkan terhadap perempuan tidak ada sedikitpun menarik hati dan kegemaran mereka.

Bertentangan dengan tabii alam yang biasa, dimana kaum lelaki dengan segala kepandaian dan kekuatan memrebutkan perempuan cantik untuk dijadikan isteri, tetapi mereka ini tidaklah tertarik sedikit juga hatinya terhadap kaum wanita yang bagaimanapun juga cantik dan moleknya, Yang mereka rebutkan, sampai dengan menghabiskan harta dan menumpahkan darah, ialah orang orang lelaki sendiri lebih lagi pemuda pemuda yang gagah dan cantik, untuk dijadikan teman hidup dan pelepas hawa nafsu mereka.
Jika ada pemuda yang lalu ke kampung mereka, pasti pemuda itu mereka goda dan diperebutkan, kadang kadang sampai dengan menumpahkan darah, antara satu sama yang lain.

Dapatlah digambarkan, bagaimana buruk dan celakanya nasib wanita di saat itu. Tidak ada orang suka kepada mereka, tidak ada yang menghiraukan. Mereka terpaksa mengerjakan hal hal yang tak layak pula dengan sesama wanita sendiri untuk sekadar menghilangkan nafsu berahi mereka sebagai wanita. Kerusakan masyarakat sungguh hebat dan merata di seluruh pelusuk dan lapisan.

Akhirnya Nabi Lut mendoa ke hadhrat Allah, minta agar kaumnya yang sesat itu ditunjuki. Dan kalau sudah nyata nyata tidak akan dapat ditunjuki dan diajari samasekali lagi, Nabi Lut minta agar kepada mereka diturunkan ajaran yang tidak berupakan nasihat dan kata kata saja, tetapi dikirimkan azab yang sengeri ngerinya, agar dengan azab itu mereka insaf kembali atau musnah samasekali. Sebab tidak ada gunanya hidup mereka di muka bumi ini, selain dari menambah kerusakan dan kejahatan saja.

Doa Nabi Lut ini didengar dan dikabulkan Tuhan. Tuhan mengutus beberapa Malaikat untuk menurunkan seksa terhadap kaumnya Nabi Lut yang derhaka dan tak mahu ditunjuki itu. Malaikat malaikat itu mula mulanya turun dan singgah di rumahnya Nabi Ibrahim dengan berbentuk manusia. Mula mula Nabi Ibrahim mengira yang Malaikat malaikat itu manusia biasa yang bertamu ke rumahnya. Mereka diperlakukan Nabi Ibrahim sebagai tamu. Tetapi Malaikat malaikat itu menerangkan yang bahwa mereka adalah Malaikat yang diutus Allah ke kampung Nabi Lut, untuk menurunkan seksa yang sehebat hebatnya terhadap mereka yang engkar itu.

Alangkah terperanjat Nabi Ibrahim mendengarkan seksa yang akan datang itu, dan meminta kepada Malaikat malaikat itu untuk menunda datangnya seksa itu, dengan harapan mudah mudahan mereka kembali dari kejahatan mereka. Tetapi dengan tegas dijawab oleh Malaikat malaikat yang datang itu, bahawa kepada mereka sudah dikirim Nabi Lut untuk mengembalikan mereka dari kesesatannya. Sayang mereka tidak mendengarkan ajakan Nabi Lut itu, sehingga semua usaha dan daya sudah dipandang cukup. Dan ditegaskan pula bahwa Nabi Lut serta orang orang yang percaya akan terlepas dari seksa itu. Sedang isteri Nabi Lut sendiri pun akan turut pula merasakan seksa hebat itu, karena dia termasuk orang orang yang engkar dan tidak menurutkan kebenaran Nabi Lut.

Di tengah jalan Malaikat malaikat itu bertemu dengan seorang anak perempuan yang sedang mengambil air minum. Kepada anak perempuan itu, Malaikat malaikat itu minta supaya diperlakukan sebagai tetamu di rumahnya. Oleh anak perempuan itu diterangkan akan tabiat penduduk kampungnya sendiri yang penuh dengan kejahatan, lebih lebih kalau melihat dan mengetahui akan lelaki yang berwajah cantik, pasti timbul perkosaan dan pencemaran dengan segala cara yang mesum mesum. Maka sebelum menerima permintaan tetamu yang terdiri dari dua orang pemuda yang cantik molek, anak perempuan ini minta izin lebih dahulu kepada tetamunya untuk memberitahukan dan bermusyawarah dengan bapanya.

Anak perempuan itupun pulang ke rumahnya memberitahukan kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku, di sana di pintu masuk ke kota ini, ada dua orang lelaki, yang belum pernah saya lihat penduduk kampung kita ini sebaik dan secantik kedua mereka itu. Keduanya ingin bermalam di rumah kita. Tetapi saya takut kalau diketahui oleh penduduk kampung kita ini, beradanya mereka di tempat kita ini.
Bapa ini adalah Nabi Lut sendiri, sedang anak perempuan itu adalah anaknya Nabi Lut.
Alangkah terkejutnya Nabi Lut mendengar khabar ini. Setelah bertanyakan akan keadaan kedua orang itu, Nabi Lut memberikan nasihat kepada anaknya bagaimana cara caranya agar tetamu itu tidak sampai diketahui oleh penduduk kampungnya.

Mula mula Nabi Lut agak keberatan menerima kedua pemuda itu menjadi tetamu di rumahnya sendiri, takut kalau-kalau diketahui rakyat dan pasti akan mendatangkan kecelakaan besar bagi tamu dan dirinya sendiri. Tetapi kerana rasa perikemanusiaan, dia tidak sampai hati untuk menolak tetamu yang ingin menumpang dan bermalam di rumahnya.

Akhirnya Nabi Lut dengan diam diam dan sembunyi sembunyi agar jangan dilihat orang, ingin berjumpa sendiri dengan kedua pemuda yang bertamu itu.
Setelah bertemu, lalu Nabi Lut menasihatkan supaya kedua pemuda itu berhati hati sekali, jangan diketahui orang dan jangan sampai menumpang di rumah orang lain di desa itu, agar jangan diperkosa dan menjadi mangsa nafsu dan kemesuman mereka. Nabi Lut bersedia membawa mereka bermalam dan menjadi tetamu di rumahnya sendiri, tetapi harus berhati hari benar.

Dengan rasa khuatir dan waswas yang memuncak, tetamu itupun dibawanya pulang dengan diam diam dan sembunyi sembunyi. Tetapi malang baginya, dalam pada itu isteri Nabi Lut sendiri, telah mengetahui akan kejadian ini dan telah menyiarkan kedatangan tetamu itu kepada penduduk kampungnya.

Alangkah terkejutnya Nabi Lut, setelah dia dan tetamu itu sampai di rumahnya sendiri, penduduk kampungnya sudah berkerumun mengepung rumahnya, ingin mendapatkan lelaki yang cantik yang menjadi tamu Nabi Lut itu untuk pelepas nafsu mereka sebagai yang diterangkan di atas tadi.
Tidak ada lain bagi Nabi Lut untuk menghindarkan kemesuman yang akan terjadi, selain memberi nasihat kepada mereka sekali lagi, agar mereka kembali ke jalan yang henar, meninggalkan pekerjaan yang keji dan mesum itu serta takut kepada seksaan Allah yang mungkin datang.

Semua nasihat Nabi Lut itu hanya melayang di udara, tidak satu pun yang dapat masuk dalam telinga dan otak mereka. Malah di saat Nabi Lut memberi nasihat itupun sebahagian mereka sudah bersiap untuk menyerbu merebutkan dua pemuda yang menjadi tetamu Nabi Lut itu. Melihat keadaan yang genting itu, Nabi Lut dengan segera menutup pintu rumahnya, serta menguncinya dari dalam, agar tidak seorang pun dari mereka itu yang dapat masuk ke dalamnya.

Kembali Nabi Lut menasihati mereka melalui sebuah jendela, agar mereka penduduk yang sesat itu kembali kepada isteri mereka masing masing, yang sudah diajarkan halal bagi mereka. Membuang adat yang kotor itu sejauh jauhnya, dan memperingatkan, bahawa kalau mereka tak menurutkan nasihatnya akan datang seksa Tuhan yang sehebat hebatnya.

Nasihat Nabi Lut ini mereka jawab dengan berkata: Hai Lut, kami tidak tertarik kepada anak anak perempuan engkau, kami tidak hendak dan tak ingin terhadap perempuan, engkau sudah tahu apa apa yang kami ingini itu.
Nafsu mereka sudah tiba di puncak matahari dan perasaan mereka sudah tertutup oleh nafsu yang memuncak itu, sehingga nasihat yang bagaimana juga pun hebatnya tidak akan terdengar lagi oleh telinga mereka, tidak akan diterima lagi oleh akal mereka. Mereka semakin mendesak memaksa masuk ke rumah Nabi Lut. Mereka masuk lantas menyerbu terhadap tetamu yang dua orang itu, berebutan sebagai binatang buas.
Melihat hal yang demikian itu, kedua orang tetamu itu, iaitu Malaikat malaikat yang diutus Tuhan itupun berkata kepada Nabi Lut: Hai Lut, janganlah khuatir benar, kami ini Malaikat yang diutus Allah untuk mengabulkan doa engkau dan melepaskan engkau dari bahaya besar ini, mereka tidak dapat berbuat apa apa terhadap engkau dan kami, mereka malah akan dapat dihancurkan. Barulah hilang ketakutan dan kekhuatiran Nabi Lut. Dengan sekejap mata, Nabi Lut, anak perempuannya, dua Malaikat itu sendiri beserta orang orang yang beriman dengan Lut, dapat meloloskan diri dari kepungan kaum derhaka itu. Nabi Lut dan pengikut pengikutnya diperintahkan Malaikat itu untuk meninggalkan desa yang keparat itu, dan tidak dibolehkan membawa isterinya sendiri, karena isterinya termasuk mereka yang akan menerima seksa. Seperginya Nabi Lut dan sahabat sahabatnya, maka turunlah seksa Tuhan atas desa dan penduduk desa itu. Mula mula sekali bergoncanglah bumi dengan sehebat hebatnya, sehingga runtuh segala gubuk dan gunung, segala gedung gedung dan rumah rumah. lalu turun hujan batu yang sehebat hebatnya. Sehingga dalam sekejap mata saja, datarlah kampung itu dan lenyaplah semua penduduk yang jahat, engkar dan derhaka itu.

Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah, tetapi banyak orang yang tidak percaya.
Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan kepada kaum Lut, kerana kejahatan yang mereka lakukan adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan puncak dari segala perbuatan mesum. Pembunuhan, perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan yang menjatuhkan darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih mesum dari semua kemesuman kemesuman yang tersebut di atas ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini.
Bagaimanakah jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya keturunan, manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya oleh binatang binatang lata.

Ya, sampai demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu menurutkan pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan pimpinan Allah dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia akan menjadi lebib rendah daripada binatang yang tak punya akal.
Nabi Lut beserta kedua orang puterinya beserta orang orang yang beriman dengannya dihindarkan Allah dari seksa hebat itu, kerana mereka orang orang beiman. Tetapi isteri Nabi Lut turut musnah kerana dia termasuk golongan orang orang yang kafir itu.

Firman Allah dalam al-Quran: Sesungguhnya Lut adalah seorang dari orang orang yang diutus. Ertinya salah seorang Rasul dari Rasul rasul Allah yang suci dan murni. Tidaklah mungkin seorang Rasul Allah akan minum tuak yang haram dan terlarang, akan mabuk hilang akal dan kesedaran, apalagi akan berbuat mesum dengan puterinya sendiri. Sungguh satu tuduhan palsu yang sangat maksum. Umat Islam wajib membela nama dan kesucian Nabi.

Cerita Nabi Noh

Menurut al-Quran, umur Nabi Noh ini 950 tahun. Nabi Noh diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul ketika berumur 480 tahun, sampai wafatnya, iaitu dalam masa 500 tahun atau 5 abad lamanya. Nabi Noh a.s. dengan segiat-giatnya, tanpa mengenal lelah, siang dan malam, terus-menerus mencuba membelokkan kaumnya dari kekafiran menyembah patung-patung tersebut. Tetapi amatlah sulitnya, terlalu sedikit hasilnya. Dalam masa 5 abad itu, hanya berhasil mendapatkan pengikut 70 atau 80 orang saja, yang semuanya terdiri dari orang-orang yang lemah dan melarat saja.

Nabi Noh itu adalah seorang fasih berkata kata, tajam pemikiran atau akalnya, dapat menangkis kalau berdebat, bersifat sabar dan tenang. Sungguhpun begitu, setiap kali Nabi Noh membawa mereka kepada menyembah Allah, maka mereka menentangnya; setiap diperingatkan akan azab dan seksa Tuhan, mereka menutup anak telinga masing-masing; saban diberi khabar suka dengan Syurga Allah, bahkan mereka menyombong dan mengejek serta mencuba membantah seruan Nabi Noh.

Dengan sabar dan tak putus asa, Nabi Noh menghadapi mereka. Bukan sekali dua kali, bukan dalam waktu sebulan-dua bulan, atau setahun-dua tahun, tetapi dalam waktu berpuluh, bahkan beratus tahun. Hampir seluruh umur yang diberikan Allah kepada Nabi Noh yang lamanya 950 tahun itu, dipakaikan dengan segiat giatnya untuk membelokkan kekafiran kaumnya itu. Dengan kesabaran dan keterangan-keterangan yang terang dan jelas elas, dengan kepandaian berkata dan berbicara, dengan membawakan alasan-alasan yang lengkap. Langit dan bumi, siang dan malam, laut dan darat, dipergunakan Nabi Noh sebagai alasan dan bukti atas keagungan Allah atas kekuasaanNya, dan atas keesaan Allah.

Sedikit sekali mereka yang percaya kepada Noh dan mengiakan pelajarannya. Tidak sesuai dengan jumlahnya manusia, tidak cocok dengan kegiatan dan kebijaksanaan yang sudah diberikan Nabi Noh. Tidak lebih jumlah mereka yang menurut ini daripada 80 orang saja. Yang lain tetap engkar, tidak percaya, tetap mem-bantah dan membesarkan diri, mengejek dan lain-lain sebagainya.

Reaksi dari mereka yang engkar itu bukan semakin berkurang, malah bertambah hebat dan meningkat juga. Mereka berkata ke-pada Nabi Noh: Bukankah engkau manusia biasa seperti kami juga, buat apa kami mengikuti engkau. Kalau diutus kepada kami seorang Malaikat, barangkali dapat kami mengikutnya, mengiakan katanya. Bukankah orang-orang yang mengikuti engkau itu, orang-orang yang rendah dan bodoh belaka. Sedangkan kami ini orang orang yang mulia, berkedudukan dan pekerjaan yang tinggi-tinggi, tidak mengharapkan fikiran dan pertolongan orang lain, cukup kepandaian dan kepintaran Engkau sendiri, ya Noh, bukan lebih dari kami tentang harta, tentang akal dan fikiran, tentang pemandangan, bahkan engkau kami pandang orang yang dusta.

Semua itu dijawab oleh Nabi Noh dengan jawapan yang tegas tepat, dengan keterangan-keterangan yang dapat melemahkan dan mengalahkan hujah mereka: Dapatkan gerangan kamu memutar jalan matahari dengan kepandaianmu, atau mencapai bintang dengan tanganmu? Dapatkah kamu beroleh terang kalau tidak karena matahari yang diciptakan Allah. Dapatkah kamu hidup kalau tidak dengan udara yang dijadikan Allah?
Mereka menjawab lagi dengan sanggahan yang baru dan dibuat-buat: Kalau engkau benar-benar orang yang mencintai sesama manusia, cintailah orang-orang yang telah mengikutimu itu saja, sedang kami biarkanlah saja, karena kami tidak akan dapat mengikuti jejak mereka, kami tidak dapat menganut agama yang mereka anut yang engkau ajarkan itu, dimana disamakan sang raja raja dengan rakyat murba, orang-orang yang mulia dengan orang yang hina-dina, orang yang kaya dengan orang-orang yang miskin.
Nabi Noh menjawab: Bahawa agama ini buat kamu sekalian, dengan tidak mengecualikan yang pintar dan yang bodoh, yang jadi raja dan yang jadi budak, yang berkuasa dan dikuasai, yang kaya dan yang miskin.

Debat ini bertambah sengit juga. Noh menghadapinya dengan sabar dan tenang saja, tetapi mereka rupanya telah sempit dada, lalu berkata kepada Noh: Hai, Noh, engkau sudah debat kami, dan telah lebih dari cukup banyaknya, datangkanlah kepada kami (seksa) yang engkau katakan itu, kalau engkau orang yang benar.
Nabi Noh menambah lagi dengan sabar: Sungguh kamu orang-orang yang bodoh sekali, kamu minta seksaan Allah, bukan rahmat Allah yang kamu tuntut. Ketahuilah bahawa Allah kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kalau Allah menghendaki akan diseksanya kamu, dan kalau Allah suka datanglah seksaan itu selekas-lekasnya kepada kamu, dimana kamu pasti menyesal nanti.

Sehabis perdebatan itu, Nabi Noh selamanya bermunajat dan berdoa kepada Allah, mengemukakan perasaan hati dan bermohon ampun atas kelemahannya, minta petunjuk petunjuk yang baru, sambil mengeluh dan mengadu. Akhirnya Allah menurunkan wahyu kepada Noh: Tidak akan beriman kaummu itu selain orang-orang yang telah beriman itu, dan janganlah kamu berputus asa atas apa apa yang mereka perbuat. Sehabis berjuang dan berusaha, dengan kesabaran yang ada padanya, akhirnya Nabi Noh berdoa kepada Allah:
Ya Allah, janganlah dibiarkan tinggal di bumi ini orang-orang yang engkar seorang pun, sebab kalau engkau biarkan mereka tinggal, mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka akan menurunkan turunan yang jahat dan engkar saja.
Doa Nabi Noh ini didengar oleh Allah, dan dikabulkanNya, lalu berfirman: Engkau perbuatlah kapal dengan pertolongan dan petunjuk-petunjuk Kami dan janganlah engkau pohonkan pertolongan kepadaKu tentang nasib orang-orang yang zalim itu, mereka semuanya akan tenggelam.
Nabi Noh mulai membina kapal dengan mempergunakan kayu dan paku, di suatu tempat dekat kota. Dan tiap orang yang lalu di tempat itu, selalu mengejek dan memperolok-olokkannya dengan berbagai bagai kata dan bicara, Ada yang berkata: Engkau selama ini, hai Noh, mendakwakan yang engkau Nabi dan Rasul; kenapa had ini kami lihat engkau menjadi tukang kayu? Apa engkau sudah bosan menjadi Nabi dan ingin menjadi tukang kayu?
Ada pula yang mengejek: Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedang di sini tidak ada laut dan sungai? Apakah engkau akan tarik dengan lembu kapal itu atau akan engkau terbangkan di udara?
Di bawah serangan ejekan itu Nabi Noh terus bekerja dan hanya berkata: Bila kamu tetap mengejek kami, kami akan mengejek kamu pula nanti sebagai kamu mengejek kami ini, dan akan kamu ketahui sendiri nasibnya orang-orang yang kena seksa itu, sedang seksaan itu akan terjadi.
Noh dan pengikutnya terus bekerja, sehingga sempurnalah pembikinan kapal itu. Hanya sekarang menunggu bagaimana perintah Allah selanjutnya. Dalam pada itu Tuhan telah mewajibkan kepada Noh, agar bila seksa itu telah datang, Noh dan pengikut-pengikutnya segera naik ke kapal itu, dengan membawa semua orang yang beriman dan binatang ternaknya yang berpasang-pasangan.
Terbukalah pintu-pintu langit, sehingga dari langit itu tercurah air sebesar-besarnya jatuh ke bumi, sedang dari bumi terpancar sumber-sumber air yang besar-besar, sehingga dalam sebentar waktu permukaan bumi digenangi air banjir yang luar-biasa hebatnya, menggenangi tanah yang tinggi dan yang rendah. Air banjir semakin naik juga sehingga telah mencapai rumah-rumah dan bukit-bukit, sedang Nabi Noh dan pengikut-pengikut-nya sewaktu itu telah berada di atas kapal yang mereka perbuat selama ini.
Dengan kegemparan yang luar biasa, manusia manusia engkar itupun berlompatan ke sana-sini tidak keruan tujunya sebagai se gerombolan keldai dikejuti singa, berteriak melolong lolong, menghindarkan diri masing-masing dari bahaya maut, Ada yang naik ke atas atap rumah rumah tetapi tercapai juga oleh air banjir, ada yang naik memanjat batang kayu yang tinggi, tetapi akhirnya tenggelam juga, ada pula yang berenang menuju ke bukit yang tinggi-tinggi yang menurut kiranya tidak akan tercapai oleh banjir yang bagaimana hebatnya.
Ketika Nabi Noh berdiri di tempat yang tertinggi di atas kapalnya, mata Nabi Noh terpandang kepada seorang anaknya yang bernama Kanan, anak yang engkar yang tidak tunduk kepadanya sedang berjuang dengan maut menggabai-gabai mencari tempat yang tinggi. Cinta kepada anak memaksa Noh memanggil anaknya yang malang itu, panggilan yang penghabisan: Hai, anakku! Mari bersama kami, janganlah engkau bersama orang-orang yang kafir itu ! Seruan yang penghabisan di saat yang genting begitu rupa itupun tidak dapat diterima oleh otak dan perasaan anak yang derhaka itu, karena ia masih percaya akan dapat menghindarkan dirinya dari seksaan yang nyata itu dengan kekuatan dan fikiran yang ada padanya. Seruan bapaknya itu dijawab dengan sombong pula: Saya akan mencapai puncak gunung yang tinggi itu, sehingga saya akan terlepas dari banjir ini.
Noh berkata lagi kepadanya, ya karena cinta kepada anak sendiri: Hari ini tidak ada yang dapat melindungi dari seksa, selain Tuhan Yang Maha Pengasih. Anak itupun lenyap ditelan ombak yang sedang bergulung gulung, tinggallah Nabi Noh melihat dengan sedih dan berkata: Ya Allah, bukankah anakku itu termasuk keluarga saya sendiri?

Allah menurunkan ilham kepada Noh, bahawa anak itu bukan ahlimu lagi dan tidaklah termasuk menjadi keluargamu siapa saja yang kafir dan derhaka: Kami hanya berhak menolong orang orang yang iman saja. Allah ilhamkan pula kepada Noh, agar Nabi Noh jangan minta minta lagi kepada Tuhan tentang apa yang tidak diketahuinya dengan berfirman: Aku ajari engkau (ya Noh) tentang apa yang engkau masih jahil.
Nabi Noh insaf akan ajaran yang di terimanya dari Allah lalu menengadahkan kedua telapak tangannya bersyukur kepada Allah yang telah memelihara kaumnya yang beriman terlepas dari seksa, lalu Nabi Noh bermohon ampun atas segala dosa dan kesalahannya:
Aku berlindung diri kepadaMu, ya Tuhanku, atas apa-apa yang sudah saya mohon yang saya sendiri tidak tahu betul, dan kalau Engkau tidak beri ampun atas saya, sungguh saya akan tergolong orang orang yang merugi.

Banjir dahsyat dan gelombangnya yang bergulung itu telah dapat menelan semua manusia yang engkar. Langit mulai tertutup dan berhenti mencurahkan air, sedang bumi telah menghisap semua air yang ada di atas datarannya. Kapal Nabi Noh terhenti di atas puncak Gunung Judy yang sampai sekarang orang-orang pintar sedang mencari bekas bekasnya. Nuh dan pengikutnya kembali ke kampung-halamannya menghirup udara baru yang penuh dengan berkat dan pertolongan Allah.

Rabu, 3 September 2008

Fenomena Y2K dan 16 September




Masih ingat lagi Y2K. Masih ingat lagi bagaimana debaran kita sebagai pengguna komputer menunggu ketibaan tahun 2000. Kepada pembaca-pembaca yang muda dan masih samar-samar pada waktu itu, saya terangkan serba ringkas tentang 2YK. Pada tahun 2000 dijangkakan program komputer akan berhenti beroperasi atau komputer menghasilkan ralat. Ini kerana komputer hanya mengira unit tahun dalam 2 digit dan tahun 2000 akan dicatatkan sebagai 00. Apabila tahun 2000 dicatatkan sebagai 00 komputer akan keliru dan membacanya sebagai tahun 1900. Oleh kerana kekeliruan ini maka data yang dihasilkan komputer menjadi salah. Demikinalah serba ringkas mengenai masalah Y2K.

Menjelang tahun 2000 semua firma-firma dan orang perseorangan bersiap sedia dengan penuh debaran untuk melihat apakah akan terjadi pada hari pertama tahun 2000. Kerajaan, bank-bank, syarikat kewangan , bursa saham mempersiapkan sistem mereka dengan memasang perisian millinium bug pada system komputer masing-masing untuk mengatasi masalah ini.

Di mana sahaja orang akan bercakap tentang perkara ini. Orang bercakap tajuk ini di warung kopi, di Plaza Imbi, malah ada rancangan khas di TV. Oleh kerana begitu lumrahnya perkataan ini ada firma mengambil kesempatan menggunakan 2YK sebagai jenama produk mereka..

Kepada pemilik komputer seperti saya, yang hanya menggunakan komputer sebagai pengganti mesin taip tidak banyak khuatir tentang masalah ini. Paling buruk mungkin saya akan kehilangan data yang tidak begitu berharga. Saya juga mungkin kehilangan kehilangan komputer lama. Ini mungkin menjadi alas an saya kepada isteri saya untuk membeli komputer.

Hari ini orang menunggu 16 September dengan penuh debaran seperti menunggu hari pertama tahun 2000. Firma-firma besar, syarikat kewangan, bank-bank dan bursa saham menunggu tarikh ini dengan penuh debaran. Hari ini seorang pemimpin berjanji untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Apabila berlaku peralihan kuasa maka banyak perkara yang akan berubah. Oleh itu, firma-firma, bank syarikat kewangan berusaha untuk melengkapkan dasar mereka supaya dapat beroperasi apabila peralihan kuasa berlaku. Seperti juga menanti Y2K, kehadiran 16 September ditunggu dengan penuh kesamaran. Banyak perkara yang tidak dapat dijangkakan.

Sekali lagi saya sebagai insan kerdil tidak banyak khuatir dengan ketibaan tarikh ini. Tidak seperti firma-firma dan syarikat kewangan atau kontraktor kelas A, saya hanya manusia kerdil yang bekerja untuk meneruskan hidup. Keperluan untuk diri sendiri dan seorang isteri. Ramai lagi yang lain yang menanti dengan penuh debaran tanpa memperduli sebarang kesan atau menaruh sebarang harapan.

Selasa, 2 September 2008

Baiknya Hati Emak SI Randang


Menteri Besar Perak meluluskan pemilikan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian cina. Alasan yang diberikan ialah supaya sekolah persendirian ini memiliki aset untuk berdikari. Belum pernah dalam sejarah Perak anugerah seperti ini dibuat. Setakat ini kita belum menerima berita ucapan terima kasih daripada mana-mana kesatuan Cina.

Tindakan Menteri Besar Pas ini menyimpang jauh daripada jangkaan sesiapa pun. Ramai orang menjangkakan Menteri Besar ini akan menambahkan bilangan sekolah Agama Rakyat yang agak daif di Perak. Guru-guru di sekolah agama rakyat mengharapkan supaya skim perkhidmatan mereka diperbaiki setaraf dengan skim guru-guru sekolah kerajaan. Ramai juga yang mengharapkan surau di kampung-kampung diperbaiki dan diberi bantuan kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan Pas yang memperjuangkan Islam.



Di Pulau Pinang, sekumpulan ahli PAS berkunjung ke pejabat Ketua Menteri. Setelah berkenalan dan beramah mesra, Ketua Menteri menjamu tetamu ini. Tetamu ini bangga kerana jamuan yang diberikan kepada mereka harganya tidak sampai RM 10.00. Dalam keadaan sekarang apa agaknya yang boleh dibeli dengan harga RM 10.00.

Teringat kita kepada pepatah. Baiknya hati emak si Randang......

Isnin, 1 September 2008

Tiada Sambutan Kemerdekaan Tahun Hadapan.


Kita telah merayakan hari ulangtahun kemerdekaan kita sebanyak 51 kali. Pelbagai jenis tema yang telah kita cipta untuk merayakan hari kemerdekaan ini. Bagi kita tanggal 31 Ogos merupakan tarikh penting kerana pada hari inilah kita mencapai mencapai kemerdekaan. Pada hari inilah kita membuat pengkisahan tentang kejayaan kita menghalau Inggeris keluar dari tanah air kita. Kita bercakap tentang kejayaan kita, kita bercakap tentang kenangan kita. Namun demikian kita lupa bahawa siapakah kita sekarang ini. Kita masih terikut cara kita dari tahun 1957. Kita tidak memberi perhatian kepada tahun 1963 apabila kita berkahwin dua. Sabah dan Sarawak sudah menjadi sebahagian daripada kita sejak tahun 1963.

Apakah erti tarikh ini kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Adakah rakyat Sabah dan Sarawak dapat menghayati apa yang kita kisahkan tentang hari kemerdekaan. Sabah dan Sarawak tidak merdeka pada tarikh itu. Sabah dan Sarawak mempunyai sejarah kemerdekaan sendiri. Tetapi sejarah perjuangan mereka itu tidak dijadikan satu titik sejarah dalam Malaysia. Tidak ada sambutan dan tidak ada sorak sorai memperingati kemerdekaan Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, memang ada lojiknya jika YB Anwar Ibrahim mencadangkan supaya hari penubuhan Malaysia pada16 September dijadikan hari cuti umum. Saranan ini pada kebanyakan orang dilihat sebagai glukosa untuk memberi tenanga kepada YB dari Sabah dan Sarawak melompat ke dalam tongkan Pakatan Rakyat.

Hari penubuhan Malaysia dianggap lebih penting daripada hari kemerdekaan Tanah Melayu. Hari penubuhan Malaysia dapat disambut oleh semua golongan di Malaysia sedangkan hari kemerdekaan hanya dapat dihayati oleh rakyat semenanjung sahaja.

Dalam hal ini dua keistimewaan terpaksa kita korbankan. Pertamanya kita terpaksa mengorbankan konsep ketuanan Melayu dan kita juga harus mengorbankan konsep ketuanan semenanjung demi perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, mungkin kita tidak akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 52, tetapi kita akan gantikan dengan sambutan hari Malaysia pada 16 September setiap tahun. Mungkin juga Tugu Peringatan Negara juga akan diganti dengan sesuatu yang lebih menyeluruh.

Bila Mufti Berpantun



Sewaktu diberi tawaran untuk bertanding sebagai calon BN di Permatang Pauh, Mufti Perlis Dr. Mohd Asri menolak dengan alasan untuk menumpukan sepenuh perhatian hal-hal keagamaan. Kita rasa syukur kerana beliau mahu jadi neutral dan tidak mahu terlibat dengan politik kepartian.

Mufti adalah penjawat awam. Tugas dan tanggungjawab seorang mufti adalah mengetuai Jabatan Mufti yang menguruskan pentadbiran agama Islam di sesebuah negeri. Sebagai penjawat awam kategori tinggi, seorang mufti seharusnya tidak terlibat dengan politik kepartian. Penjawat awam juga adalah dilarang untuk mengemukakan pendapat secara terbuka atas kapasiti jawatannya.

Sewaktu melawat laman webnya, saya tertanya-tanya sama ada laman web ini adalah sebuah laman web rasmi ataupun sebuah laman web peribadi. Jika ianya sebuah laman web rasmi ia harus menggunakankan nama Jabatan Mufti Perli, mungkin jmuftiperlis dan menggunakan domain kerajaan negeri.

Dan jika ianya sebuah laman peribadi, Dr Mohd Asri tidak patut menggunakan Jawatannya pada laman web berkenaan. Sekadar meletak namanya dan pengiktiran akademiknya sahaja.

Jika ianya sebuah laman rasmi memang tidak sesuai baginya untuk menyisipkan pantun-pantun seperti ini. Saya petik pantun dari laman web Dr Mohd Asri di bawah ini.





Pantun ini nampaknya seperti pantun nasihat. Tetapi dalam keadaan semasa pantun ini boleh dianggap pantun sindiran politik.


Saya terus mencari , cuma saya jumpa ialah Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Jabatan MUfti Terengganu dan Jabatan Mufti Perak. Pencarian seterusnya saya jumpa sesuatu yang saya tidak inginkan. Sebuah bolg yang mengutuk Jabatan Mufti Perlis. Blog itu menuduh Jabatan Mufti Perlis yang paling bermasalah.


Seelok-eloknya tidak usahlan seorang mufti membuat sindiran dalam pantun seperti ini. Kalau terasa benar untuk turut memblogg tanggalkanlah jawatan mufti itu di pejabat.


Difikir-fikir semula, rasanya Dr Mohd Asri salah memilih kerjaya. Dengan kelulusan yang dimiliki serta dengan umur yang masih muda, Dr. Mohd Asri perlu berpindah kerjaya. Kerjaya yang cocok dengan jari dan mulutnya itu.