Selasa, 28 Oktober 2008

Deklarasi Janda Baik

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008

Isnin, 27 Oktober 2008

Anwar Kembali Bersempua


Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Inilah susahnya kalau jadi manusia reaktif. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku maka tidak apa yang hendak ditulis. Biasanya kita memberi reaksi kepada tindak tanduk YB Anwar Ibrahim tetapi oleh kerana sudah agak lama tidak mendengar cerita Anwar Ibrahim maka kita pun diamlah. Rasa rindu pulak pada dia. Sudah lama juga Anwar dan bala tenteranya tidak berkawad. Apa agaknya yang sedang dibuat oleh Anwar sekarang ini.

Ada orang kata Anwar sekarang sibuk dengan sempuanya. Bagi yang lupa, sempua ialah sejenis alat untuk mengira. Biasanya orang Cina pada zaman dahulu menggunakan sempua untuk mengira. Bagi orang yang mahir, menggunakan sempua lebih cepat daripada menggunakan kalkulator.

Orang UMNO di sana sini sedang sibuk bermesyuarat untuk memilih calon untuk jawatan tertinggi. . Pemimpin UMNO pun bertambah sibuklah. Ke utara selatan timur dan barat mencari sokongan. Kempen menjadi bertambah sengit. Ini baru tahap saringan. . Tahap menentukan siapa yang layak bertanding. Ini pun sudah sengit . Perhimpunan UMNO akan diadakan pada bulan Mac ini. Macam-macam perkara boleh terjadi dalam tempoh berkempen yang lama itu. Kempen yang sengit boleh menyebabkan perpecahan dalam UMNO.

Anwar sibuk dengan sempuanya oleh kerana inilah. Dia sedang menolak dan mencampur Ahli Parlimen UMNO yang akan bertelagah. Siapa yang akan bertelagah dansiapa yang akan disingkirkan.

Kalau dahulu, Anwar mendakwa Ahli Parlimen dari Sabah yang melompat menyertai Pakatan Rakyat. Tetapi senerio selepas pemilihan UMNO akan berbeza. Kali ini Anwar lebih banyak menjangkan ramai Ahli Parlimen dari Semenanjung akan menyertainya dalam Pakatan rakyat. UMNO di Semenanjung lebih banyak berpuak daripada UMNO di Sabah. Impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kembali bersinar..

Sabtu, 18 Oktober 2008

Benih Politik Perkauman Bertunas Di Perlis

Peringatan Raja-Raja Melayu boleh dilihat daripada peristiwa ini. Hari Khamis lepas kita telah saksikan bagaimana benih-benih politik perkauman yang kita semai tumbuh di sebuah sekolah menengah di Kangar. Sekumpulan murid perempuan telah menyerang guru di sekolah berkenaan. Peristiwa sedih ini dapat kita saksikan melaui laporan berita TV. Melihat video yang kabur itu dapat kita ketahui bahawa guru dan murid ini adalah daripada kaum yang berlainan. Jika seorang atau dua orang murid memukul guru di luar sekolah mungkin menjadi perkara yang bukan kuar biasa pada masa ini. Tetapi peristiwa ini terjadi apabila sekumpulan murid, lebih-lebih lagi murid perempuan daripada kelas yang berlainan bergabung tenanga menyerang guru di dalam kawasan sekolah. Peristiwa seperti ini sangat jarang berlaku.Kita mungkin berkata bahawa peristiwa ini adalah terjadai akibat kenakalan remaja atau mungkin juga keceluparan mulut guru. Kalau inilah puncanya kita masih boleh menarik napas lega. Tetapi kita takut bahawa kejadian seperti ini adalah akibat langsung daripada permainan politik pada masa sekarang. Politik yang mempertikaikan tentang kaum di Malaysia. Perisitwa ini mungkin akibat keterbukaan kita membicarakan isu-isu seperti HINDRAF, ketuanan Melayu, atau isu-isu mengenai rakyat pendatang. Isu-isu seperti ini mula subur dalam pemikiran anak-anak. Anak-anak memang kurang daya kawalan perasaan. Oleh itu perisitwa seperti ini mudah tercetus.Peristiwa di sekolah menengah di Perlis ini perlu kita beri perhatian serius kerana ini adalah tunas daripada benih politik perkauaman yang kita perjuangkan sekarang.

Rabu, 15 Oktober 2008

Cepat Pak Lah Cepat


Mula-mula peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib dijadualkan pada tahun 2010. Kemudian, kerana desakan kuat di kalangan ahli UMNO, peralihan kuasa ini dicepatkan ke tahun hadapan.

Namun demikian tarikh baru ini pun masih terlalu lama bagi sesetengah orang. Salah sorang yang anggap tarikh ini masih terlalu lama ialah bekas Perdana Menteri , Tun Mahathir. Mahathir mahu melihat wajah Abdullah terhapus secepat mungkin dari senario politik tanah air. Mahathir mula memberi tekanan kepada Najib. Mahathir mula menarik balik sokongan terhadap Najib kerana menganggap Najib masih lagi rapat dengan Abdullah. Kononnya mengikut pelan peralihan kuasa zaman Mahathir, Abdullah hanya diberi kuasa satu penggal sahaja. Selepas itu Abdullah perlu menyerah kuasa kepada Najib. Begitulah rancangan yang di atur oleh Mahathir.

Soala peralihan kuasa tidak perlu dibincangkan panjang lebar. Perkara ini perlu tindakan. Abdullah sudah pun mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding mengekalkan jawatan Presiden UMNO. Sesiapa sahaja boleh bertanding untuk merebut jawwatan berkenaan. Dan sesiapa yang memenangi jawatan ini boleh dilantik menjadi Perdana Menteri jika UMNO masih memiliki majoriti di dalam Dewan Rakyat.

Jika Abdullah berundur hari ini , Najib akan mengantikannya. Tetapi apa akan jadi jika Najib tewas dalam pemilihan parti pada Mac ini. Jawatan Perdanan Menteri akan berpindah tangan. Oleh itu, masa yang paling baik untuk Najib memegang kuasa ialah selepas dia memenangi kerusi Presiden parti pada Mac ini. Selepas Mac ini, sekiranya Najib menang, jawatan Perdana Menteri adalah hak mutlaknya mengikut sistem perlantikan lama perdana menteri.

Cadangan Shahidan Paling Lawak


Shahidan Kasim mencadangkan kepada pemimpin yang telah memperoleh pencalonan tertinggi supaya menasihati bahagian-bahagian yang bakal mencalonkan nama mereka supaya berhenti mencalon sebaliknya mencalonkan mana-mana pemimpin yang belum memenuhi kuota yang diperlukan. Inilah satu cadangan yang paling lawak sekali dalam perlumbaan pemilihan UMNO kali ini.

Shahidan Kassim yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden UMNO, mencadangkan supaya kuota pencalonan bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dimansuhkan. Katanya, pemansuhan itu akan memberi peluang kepada lebih banyak pemimpin yang menawarkan diri bertanding, ruang untuk menjadi calon pada pemilihan parti Mac depan. Cadangan ini bukanlah satu cadangan yang baru. Cadangan ini kebanyakannya dari calon yang kurang popular tetapi berhajat bertanding merebut jawatan. Bagi mereka yang kurang popular kuota ini merupakan halangan yang paling tinggi untuk dilepasi.

Alangkah amannya neara ini jika semua orang menerima cadang Shahidan. Setiap orang bantu membantu, berperasan kasih sayang, tolong menolong, hormat menghormati, hidup berkongsi.

Alangkah baiknya jika da orang berkata ' Saya sudah dapat projek, saya berikanlah projek saya ini kepada anda". Atau " Projek saya ini cukup besar, awak ambillah sebahagian daripada projek saya ini.
Kalaulah sikap ini ada pada semua pemimpin UMNO, parti ini akan hidup menongkat langit.

Isnin, 13 Oktober 2008

Zulkifli Nordin Lompat Ke BN?


Cerita-cerita tentang pertukaran kerajaan kini menjadi semakin lembab. Orang ramai tidak ghairah lagi memeperkatakan hal itu. Ini adalah akibat daripada beberapa perkembangan yang berlaku sama ada dalam parti pembangkang atau pun dalam BN sendiri.

Perkara ini terjadi kerana cerita ini sudah anti klimak. Tarikh yang disasarkan oleh Anwar pada 16 September lepas tidak menjadi kenyataan. Kemudian Anwar mensasarkan peralihan kerajaan pada 13 Oktober. Tarikh ini agak lebih sesuai kerana hari itu merupakan tarikh permulaan sidang parlimen. Orang ramai mengharapkan satu usul tidak percaya kepada Perdanan Menteri akan bentangkan di dalam dewan. Namun perkara ini juga tidak trjadi.

Kemudian anwar menentapkan tarikh baru iaitu selepas hari raya Aidul Adha ini.

Perkembangan terbaru melihatkan Barisan Nasional menjadi semakin sasa. Desas desus mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu akan menyertai kerajaan. Hal ini bukan mustahil berlaku jika kita lihat pada perkembangan YB berkenaan.

YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tidak selesa dengan PKR sekarang ini. Ini berikutan penglibatannya dalam bantahan terhadap forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam. Penyertaannya dalam bantahan ini , apa lagi menjadi orang hadapan dikecam hebat oleh DAP. Naib Presiden PKR, Syed Hussin juga telah mengutuk tindakan Zulkifli ini walaupun Zulkifli menejlaskan bahawa penglibatanya dalam bantahan itu adalah di atas tiket Peguam Muslim Malaysia. Berita mengenai krisis antara Zulkifli dan PKR senyap buat sementera waktu.

Orang ramai mula heboh tentang kemungkinana Zulkifli menyertai Barisan Nasional apabila petisyen terhadap kemenangannya oleh Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ditarik balik. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir memberi alasan bahawa penarikan balik petisyen ini adalah untuk menumpukan kepada kerja-kerja pembangunan rakyat. Namun orang ramai tetap percaya bahawa telah wujud persefahaman antara Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan Zulkilfli. Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu akan menyertai Barisan NAsional.

Dengan kemasukan ini Barisan Nasional akan bertambah kuat.

Apa Gunanya Keahlian Terus BN Jika Budaya Camping Terus Wujud

Saya nampak usul-usul yang dikemukan daripada Pemuda Gerakan dan yang sealiran dengannya bukanlah penubuhan Kelab Barisan Nasional. Apa yang Pemuda Gerakan mahukan ialah pembentukan sebuah parti Barisan Nasional di mana keahliannya terbuka kepada semua kaum.

Apabila keahliannya terbuka kepada semua kaum bermaksud pemimpin tertinggi Barisan Nasional pun boleh dipilih daripada mana-mana kaum.


Pemimpin tertinggi Barisan Nasional akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya.

Saya melihat gagasan ini sebagai satu serangan kepada prinsip ketuanan Melayu. Sebelum ini ada cakap-cakap yang mempertikaikan perlantikan Perdanan Menteri dari pemimpin UMNO.

Gagasan ini sungguh ideal. Namun demikian sukar untuk dipraktikkan. Banyak parti politik yang membuka keahliannya kepada semua kaum pada perlembagaannya. Namun demikian realitinya, parti-parti ini dimonoploi oleh sesuaut kaum sahaja. Antaranya DAP, Gerakan , SAPP. Dahulu parti Siosialis Malaya ( orang Melayu panggil Parti Kepala Lembu) yang terbuka keahliannya kepada semua hanya dimonopoli oleh orang Melayu. Anggota Parti Komunis Malaya juga adalah majoritinya daripada orang Cina.

Demikian lanskap parti keahlian terbuka. Sejak dari zmana Malaya lagi, lanskap ini tidak berubah.

Bagi saya, penubuhan parti keahlian terbuka tidak akan merubah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Marilah kita lihat apa yang berlaku dalam politik parti satu bangsa seperti UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini juga menderita akibat terjadinya parti dalam parti. Berada dalam parti yang sama tetapi khemah yang berbeza. Perkhemahan dalam parti ini nampak semakin jelas apabila tibanya pemilihan pcuk pimpinan. Ada yang mendakwa berlaku sabotaj atau berkempen luar tabii untuk menjatuhkan seseorang calon.

Kes Chua Soi Lek boleh kita ambil contoh untuk kita buat renungan. Chua Soi Lek mendakwa bahawa terdapat pakatan sabotaj terhadap dirinya kerana keaktifannya dalam MCA dan keputusannya untuk bertanding merebuat jawatan tertinggi MCA. Kita tidak tahu angkara siapa tetapi kita tahu bahawa jika benar ada pakatan sabotaj, ianya adalah terdiri dari kalangan orang-orang Cina kerana kesemua ahli parti MCA adalah orang Cina.

Kita buat simulasi baru, Chua Soo Lek adalah ahli Parti Lurusan Nasional yang keahliannya terbuaka. Kumpulan yang mensabotaj Chua Soo Lek adalah dari kem Melayu. (Ini adalah unjuran kerana sabotaj dalam parti berlaku pada mana-mana parti pada masa ini) Apakah mungkin keadaan seperti ini dapat meneguhkan hubungan kaum di antara kita.

Bagi saya, lebih kecil sesuatu itu, adalah lebih mudah diuruskan. Selasaikan dahulu apa jua masalah berkenaan parti sesama ahli dan barulah bawa berbincang dengan parti yang lain. Lebih banyak suara yang didengar, lebih rencam untuk mengatasi malsalah.

Pada pendapat saya, motto jiran kita Indonesia "Bhinneka Tunggal Ika" yang bermaksud bersatu dalam kepelbagaian masih lagi relevan pada masa ini.

12:32 PM

Ahad, 12 Oktober 2008

UMNO Jadi UMRO

Pagi Sabtu lepas saya minum sebelah meja beberapa orang Korea di Staffield Golf Resort Mantin. Dalam perbualan itu saya sempat mendengar perkataan “ umro” disebut bebrapa kali. Mungkin mereka sedang berbual tentang politik semasa Malaysia dan mungkin juga tentang UMNO . Orang Korea dan Jepun banyak pengaruh R dalam sebutan mereka. Mungkin umro yang berkali-kali disebut itu adalah UMNO.



Cadangan terbaru kini ialah mengenai menstrukturkan semula Barisan Nasional supaya menjadi sebua Parti Politik yang mempunyai keahlian tersendiri. UMNO sebagai tunggak BN tercabar dengan cadangan ini.

Gerakan juga mencadangkan perkara yang sama.

Tengku Razali berjanji akan menjadikan BN sebagai entity sebuah parti.

Perdana Menteri juga mencadangkan demikian.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) mewujudkan konsep keahlian terus untuk membolehkan rakyat berbilang kaum terlibat secara langsung dengan BN tanpa lagi melalui parti komponen seperti amalan sekarang.

Katanya, konsep seperti itu adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh kepimpinan BN kerana daripada pengalaman beliau, ada sebahagian rakyat yang suka kepada BN tetapi tidak berminat menjadi ahli parti komponen atas sebab-sebab tertentu.
'Abdullah juga berkata bahawa kita hendakkan penyatuan daripada pemikiran dan jiwa kita yang bersatu kerana Malaysia adalah negara kita semua.
Selanjutnya Abdullah menengaskan bahawa kita kena hidup dalam keadaan aman dan mesra, hormat menghormati supaya kita dapat wujudkan sebuah perpaduan untuk meneruskan usaha membangunkan negara kita," jelasnya.
Nur Jazlan berkata sudah sampai masanya untuk orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain tanpa bantuan daripada kerajaan.

Generasi muda menganggap parti UMNO adalah parti perkauman dan sudah tidak relevan lagi dengan keadaan sekarang. Dengan memberi contoh Parti Buruh, Parti Sosolis, Parti Komunis, Parti Republican

UMNO akan jadi UMRO akronim kepada United Multi Racial Organization.

Khamis, 9 Oktober 2008

Rupanya Saya Silap

Selama ini saya sangka Muhyiddin akan berada dalam kem yang berlainan dengan Najib dalam pemilihan UMNO pada Mac ini. Andaian ini berlaku dalam fikirian saya setelah Muhyiddin berkali-kali mengkritik pentadbiran Abdullah. najib pula dikatakan menyokong Abdullah . Ada yang mengatakan pada mesyuarat MT, Najib cuba memotong cakap-cakap MT yang cuba membidas pentadbiran Abdullah. Alasannya ialah UMNO perlu bersatu padu dalam keadaan politik semasa.

Saya sangkakan Muhyiddin sendiri akan menentang Abdullah pada pemilihan kali ini. Atau saya jangka Muhyiddin akan beregu dengan Tengku Razali. Muhyiddin juga mengambil usaha membawa Mahathir kembali ke dalam UMNO. Namun demikian , setakat ini jangkaan yang ada dalam fikiran saaya ternyata salah apabila melihat beberapa senario.

Pertamanya apabila Zaid Hamidi menarik balik kesediaannya bertanding jawatan timbalan dan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Penarikan diri Zaid ini setelah Muhyiddin menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden. Ini ada satu petanda baru. Semua orang tahu bahawa Zaid adalah penyokong kuat Najib. Penarikan diri Zaid ini untuk memberi laluan kepada Mahyuddin. Tidak mungkin Zaid menarik diri untuk memberi peluang kepada Muhammad Taib atau pun kepada Ali Rustam. Kedua-dua mereka ini tidaklah begitu menonjol kalau dibandingkan dengan Muhyiddin.

Sewaktu Najib mengumumkan untuk bertanding Jawatan Presiden di Kuala Terengganu, Muhyiddin ada bersamanya. IJelas ini juga menunjukkan bahawa kedua mereka adalah tag team.

Perkembangan selanjutnya saya jangkakan Ali Rustam akan menurut jejak Zaid. Ali Rustam juga akan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan lamanya iaitu Naib Presiden. Muhammad Taib akan meneruskan cita-citanya dan akan beregu dengan Tengku Razali.

Rabu, 8 Oktober 2008

Komen Saya Kepada Col Roseli

Bloggger Col roseli menulis bahawa Abdullah tidak akan meletak jawatan. Berikut ini komen saya dalam blog beliau.

Tulisan tuan dalam The Scribe mengundang saya datang ke sini.
Selamat berkenalan. Kalau saya baca blok tuan ini lebih awal tentu seronok kita andai mengandai. Saya mempunyai pandangan berbeza dari tuan.

Nampaknya tuan salah. Abdullah sudah umum tidak bertanding.

Saya rasa pelik juga tentang analisis tuan mengenai pemilihan UMNO kali ini. Seolah-olah kekalahan ramai calon UMNO dalam PR 12 tidak mempengaruhi pertimbangan tuan tentang kepimpinan UMNO.

Selain itu, kenyataan Muhyiddin mengenai Abdullah pun tuan tidak begitu ambil berat. Minta maaf, ini bukan provokasi. Ini adalah pertanyaan ikhlas dari saya.

Bagi saya, apabila Muhyiddin menjemput Mahathir masuk semula adalah merupakan satu tamparan kepada Abdullah. Kemudaian Tengku Razali juga dikaitkan dengan Mahathir. Saya nampak ini sudah jadi satu cabaran yang besar kepada Abdulah. Orang-orang yang saya sebut ini bukan kecik anak . Ramai jugak pengikut mereka.

Rafidah pula tentu ada pergeseran peribadi dengan Abdullah. Ketua Pergerakan Wanita yang menang dan tidak dilantik menjadi menteri. Tidak mungkin Rafidah akan menyokong Adullah. Ini juga bukan kecik mak punya orang.

Bagaimana pula dengan UMNO Johor. UMNO Johor sekarang merasakan bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO. Semua calon UMNO di Johor menang. Mungkin dengan kemenangan ini menjadikan pemimpin UMNO Johor angkuh dan akan memilih seorang daripada mereka untuk memimpin UMNO. Kemungkinan ini ada.

Ramai pemimpin bahagian yang muda-muda nampaknya awal-awallagi mengkritik Abdulah. Mukhriz terang-terang menentang. Nur Jazlan terang-terang memperlekeh pemimpin-pemimpin lama UMNO ( dia kata pemimpin lama UMNO ni ibarat rusa tekejut keretapi.. tak tau nak buat apa.. agaknya begitulah katanya.. saya tak faham sangat bahasa Inggeris dia)

Mohamad Rahmat bekas setiausaha Agung UMNO menyokong anaknya. Mohamad Rahmat kata tindakan anaknya menawarkan diri untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden adalah satu tindakan yang berani. Bukankah sokongan=sokongan seperti ini sedikit banyak mempengaruhi perwakilan dari Johor.

Bagaimana pula dengan perwakilan dari Terengganu. Idris jusuh memang jadi pengerusi badan perhubungan UMNO Terengganu. Ramai juga pengikutnya di Terenganu. Tetapi, Menteri Besar Terengganu sekarang ini pun tak " cium mulut" sangat denga Abdullah. Dan Menteri Besar Terengganu ini pun ada aramai juga pengikutnya. Salah satunya adalah sahabat saya Datuk Rahman Bakar yang tuan sebutkan itu.

UMNO Perlis ada Azmi Khalid dan Radzi. Kedua-dua ini pun saya rasa tolak Abdullah. Di Perlis tinggallah Shaidan Kassim terkonteng-konteng.

UMNO tanah tumpah Abdullah lagi dahsyat. Ketua Bahagian Bukit Bendera pun ramai sahabat yang masih setia. Masa buat persidangan akhbar dulu semua ketua Bahagian hadir beri sokongan. Sama ada sekarang ini masih menyokong atau tidak tak tahu lah saya.

UMNO dari Sabah tidak rapat dengan Abdullah. Banyak urusan UMNO di Sabah dibuat melalui Najib. Oleh itu saya rasa tiada ikatan kasih sayang antara UMNO Sabah dengan Abdullah.

UMNO mana lagi? UMNO Perak tuan dah sebut. UMNO Kelantan? Hah Zaid Ibrahim dah tunggu situ. Zaid tak akan masuk Pakatan. KU Li ada adi Gua Musang. Dua orang ini pun dah cukup menggerunkan bagi Abdullah. Tinggalah MUstafa Mohamad di Jeli, Mustaffa orang evergreen. Siapa jadi pemimpin pun dia servive

Isnin, 6 Oktober 2008

Komen Dalam The Scribe

Yang Berbahagia Datuk,

Berikut sisipan dari The Scribe

Kemelut pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi ini dikhuatiri akan menjadi lebih teruk dan lucu pada pemilihan Umno Mac ini jika ahli Umno tidak diberikan kebebasan atau jika mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam.

Tulisan Datuk sudah terang. Saya suluh lagi tulisan ini. Maka jadilah ia sudah terang lagi bersuluh.

1) Pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi.

1.1 Kenyataan ini adalah merujuk keada salah tafsir atau sengaja memanipulasi syarat-syarat pertandingan oleh calon. .Kejadian salah tafsir semestinya berpunca daripada kualiti peribadi calon.. Ada pemimopin yang yang merendahkan martabat negara dengan mengakui tidak memahami bahasa Inggeris mudah. Kalau bahasa Inggeris yang mudah pun tidak faham, bagaimana mungkin memahami konsep Ground Zero. Kualiti inilah yang dipersoalkan oleh rakan kita amoker Jika ini terjadi, siapa yang malu? Kita dan keluarga kita (ayat iklan)

2) ….. Jika ahli UMNO tidak diberi kebebasan……

2,1 Badan perhubungan negeri menentukan calon mana yang perlu dipilih. Selama ini undi dibuat secara pukal berdasarkan negeri
.
2.2 Mencari keikhlasan kata-kata Anuar Musa yang memberi kebebesan kepada Bahagian untuk memilih calon.

2.3 Ramai lagi Pengerusii Perhubungan Negeri akan bersuara seperti Anuar Musa. Tetapi hanya untuk di tulis dalam akhbar sahaja. Komplot sukar dibendung.

3) …. mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam

3,1 Politik wang berluasa sama ada dalam skala kecil , skala sederhana dan skala besar

3.2 Dalam UMNO ada macam-macam personaliti. Ramai yang alim dan ramai yang antu. Yang alim diberi sejadah, atau diterbangkan ke ke Jedah . Yang antu dihantar ke Pat pong Siam saksikan pertunjukan dedah-dedah.. Semuanya AU tak ada yang MEI AU.

3.3 Datuk menteri ada kelebihan memenangi pertandingan kerana ada kuasa meluluskan kontrak..


SULUH BUDIMAN

Hidup Di Zaman Pasca Koro: Komen Saya Dalam The Scribe

Yang Berbahagia Datuk

Baru hari ini saya tahu apa yang dimaksudkan dengan penyakit koro. Berdetik juga hati untuk bertanya akan maksudnya tetapi malu. Takut dikatakan ketinggalan zaman kerana ramai pembahas menggunakan istilah ini. Setahu saya pesakit koro hanya orang cina sahaja. Jarang terjadi kepada orang Melayu. Sama jugalah penyakit latah yang banyak dalam kalangan orang melayu daripada orang cina.

Zaman koro-koro baru berlalu. Ini zaman pasca koro., Pada zaman pasca koro ini tiba-tiba semua orang jadi berani. Orang berani cakap macam-macam sampai ada yang kena gantung. Orang berani tulis macam-macam sampai empat lima orang kena kurung. Pada zaman pasca koro ini menteri pun kabur terrortory . Menteri itu usik kerja menteri ini. Tak koro punya pasal la tu. . Ibarat main golf, pukul bola asyik OB saja. Menteri Tenaga dan komunikasi tak tahu bann lama web. Teringat tajuk buku , Who eat my Cheese . Menteri dalam Negeri kata jangan usik turf aku kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri. Menteri Besar dan Exco langgar pantang. Beli Mercedes ganti Perdana walaupun ada larangan.

Zaman pasca koro tiba-tiba orang jadi berani bertanding. Ketua Bahagian Pulai pun ada hati. Tiba-tiba saja Nur Jazlan dapat ilham untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Siapa Nur Jazlan? Bapak dia yang sehidup semati bersama UMNO pun segan- segan tanding kerusi Timbalan, inikan pula dia yang baru setahun pisang masuk UMNO. Bila diminta komen tentang niat Nur Jazlan, bapak dia sokong penuh. Alasan, generasi sekarang perlu berani. Jangan koro-koro.

Ini zaman pasca koro. Semua orang berani buat andaian. Abdullah belum kata apa-apa tapi orang andaikan dia sudah tiada. Kalau tidak masakan Shahidan terang-terang sokong Zaid Hamidi dengan andaian Najib akan tanding Presiden. Bukankah Abdullah belum kata apa-apa. Kesian Abdullah. . Ibarat orang belum meninggal , harta pusaka telah dibahagi-bahagi.

Hanya Muhyiddin dan Shahrir yang sebenarnya lantang pura-pura koro. Shahrir kata dalam usia ini ( baru 59 kan) beliau tidak berhajat untuk bertanding peringkat tinggi. Cukup hanya mempertahan kerusi MT sahaja. Muhyiddin pula masih meneropong dan membaca gerak awan..

Nak Limbo boleh . Nak Rock N Roll pun boleh. Kungfu Fighting tidak dibenarkan.

Ahad, 5 Oktober 2008

Pakai Tektik Lama: Aim High Tackle Low

Tektik lama masih terus dipakai. Tektik imi sentiasa evergreen dan tidak pernah luntur. Hari ini kita lihat Nur Jazlan anak Mohamad Rahmat guna tektik ini. Tiba-tiba saja umum untuk bertanding jawatan Timblana Presiden. Dia ingat dia siapa? Bapak dia yang berkhidmat begitu lama dengan UMNO pun tidak pernah berani untuk tanding jawatan itu. Inikan pula Nur Jazlan yang baru setahun pisang. Mohamad Rahmat pun tak larang anaknya, malah anggap anaknya seorang yang berani. Anaknya mengikut lunas demokrasi.

Tapi semua orang tahu, ini gempaq saja. Jawatan yang menjadi sasaran Nur Jazlan ialah jawatan Majlis Tertinggi. Tapi macam main ragbi kita kena aim high dan tackle low. Nur Jazlan akan buat bising-bising untuk promosi diri. bagi orang bercakap pasal dia. Tenguk respon orang. Dah dekat nak perhimpunan nanti barulah declare nak tanding jawatan Majlis Tertinggi.

Mintak maaf la Nur Jazlan. Kalau jawatan Timbalan Presiden, Jauh opanggang dari api. Berlari-larilah di halaman. Kalau MT mungkinlah ada harapan tipis

Siapa Nur Jazlan? Agak-agak la Sikit



Berita TV3 pada malam Ahad melaporkan Nur Jazlan Mohamad menawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, jawatan nombor 2 tetinggi dalam parti. Sekarang ini jawatan ini disandang oleh Mohd Najib. Bagi orang biasa, tentunya ramai yang tidak kenal Nur Jazlan. Ramai yang tertanya-tanya siapa Jazlan dan apakah pengaruhnya dalam UMNO sehingga berani menawar diri bertanding jawatan nombor 2 itu.

Untuk menjimatkan masa mencari maklumat, berikut ini saya catatkan sedikit banyak tentang diri Nur Jazlan. Nur Jazlan anak bekas Menteri Penerangan Malaysia Datuk Mohamad Rahmat. Sekarang ini menjadi MP bagi Parlimen Pulai bagi penggal kedua. Berkelulusan ijazah perakaunan dari England dan ahli MIA dan ACCA.

Mula bergiat dalam UMNO pada tahun 1996. Tiada apa jawatan dalam UMNO kebangsaan. Disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor akan datang.

Jazlan tidaklah seperti ayahnya, Mohamad Rahmat seorang yang cukup terkenal dalam UMNO. Jazlan baru dua penggal menggantikan ayahnya menjadi MP Pulai. Ayahnya Mohamad Rahmat seorang yang petah bercakap dengan sebutan bahasa Melayu baku tetapi Jazlan nampaknya lebih berminta untuk berbahasa Ingeris. Tulisan-tulisannya pun banyak dalam bahasa Inggeris.

Jazlan lama berada di England mempelajari perakaunan. Mungkin ini yang menyebabkan dia kurang lancar menulis dalam bahasa Melayu. Jawatan Timbalan Presiden memerlukan orang yang memahami dan mendalami perasaan orang Melayu. UMNO adalah parti orang melayu.