Sabtu, 27 Disember 2008

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Confirm PAS Menang

Ini kali kedua kita saksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PR12. Kedua-duanya adalah di peringkat Parliemen. Pakatan Rakyat ~one up~ dan BN berusaha bersungguh-sungguh untuk square. ( one up dan square adalah laras golf , satu permainan kegilaan pembesar tertinggi UMNO).

Saya jangkakan pembangkang akan memenangi PRK Kuala Terengganu ini atas beberapa penilaian.

1) Ini adalah PRK peringkat Parlimen. Apa juga keputusan tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri. Oleh hal yang demikian jentera parti peringkat negeri akan bekerja separuh hati.

Ada dua perbezaan antara Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Permatang Pauh adalah kawasan di bawah pemerintahan pembangkang manakala Kuala Terengganu pula di bawah kawalan kerajaan BN. Di Permatang Pauh keterlibatan pemimpin peringkat kebangsaan begitu ketara kerana negeri itu di bawah pentadbiran pembangkang. Apakah perlu penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan perlu di Kuala Terengganu memandangkan Terengganu dipimpin oleh BN.

2) Kebanjiran pemimpin-pwmimpin dari peringkat kebangsaan tidak akan membantu malah melemahkan lagi kepimpinan peringkat negeri. ... dah demo pandai sangat biar la demo buat.

Isu ini juga timbul di Permatang Pauh. Penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan akan membat pemimpin peringkat negeri menarik diri.

Kita kena ingat bahawa slogan kuat orang Terengganu ialah GANNU KITTE. Slogan ini menunjukkan betapa kuatnya hasrat pemilikan oleh orang Terengganu.

Hal ini juga dapat dilihat daripada dilema pemilihan calon untuk PAS. Mat Sabu tidak dapat diterima dengan alasan dia orang luar.

3) Hubungan Menteri Besar Terengganu dengan Perdana Menteri tidak dilihat baik oleh rakyat .. saya ulang ` tidak dilihat baik`.
Menteri Besar Terengganu bukanlah pilihan Perdana Menteri dan Menteri Besar menunjukkan besar kepalanya dengan mengengkari arahan kerajaan dengan mebeli Mercedes untuk kegunaan rasmi Exconya.

Pemimpin peringkat Kebangsaan bagi clue supaya Rahman Bakar tidak dicabar di Marang. Tapi pemimpin UMNO negeri kata ... command not recognised. Rahman Bakar jatuh macam nangka busuk ( pinjam kata Rais Yatim ketika isu Menteri Besar Terangganu dulu)

Atas pemikiran inilah saya kata bahawa UMNO tidak mendapat kerjasama di kalangan pemimpin di Kuala Terengganu.

Tapi itu dahulu. Semua orang tahu cerita itu. Terapi sekarang mungkin sudah berubah apabila duit royalti diberikan kepada MB Terengganu untuk diuruskan sendiri.

Saya cadangkan kalau UMNO mahu kekalkan kemenangan di Kuala Terengganu, pemimpin-pemimpin UMNO luar Terengganu hendaklah diam. Jangan memandai. Beri sokongan penuh kepada pemimpin peringkat negeri.

Sekian,

12:43 AM