Isnin, 30 Mac 2009

Pengundi Tegar Di BUkit Gantang

Salinan komen say dalam The Scribe

YBhg Dato Kadir

Tidak ada pengundi atas pagar di Bukit Gantang. Itulah kesimpulan yang saya buat berdasarkan keadaan politik di negeri Perak bergolak begitu dahsyat.

Tidak ada orang yang akan berkecuali apabila berdepan dengan isu kedaulatan raja. Juga idak ada orang yang berkecuali dalam dalam dilema dua menteri (besar).

Bukit Gantang dipenuhi dengan kuda putih dan kuda kuda hitam. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan. Kuda hitam penuh ketangkasan dan kuda putih penuh kesaktian. Tidak akan kelihatan kuda belang yang keliru dengan dirinya sama ada ia putih atau hitam.

SPR pula menegaskan bahawa tiada pengundi hantu di Bukit Gantang.

Tiada pengundi hantu atau pengundi atas pagar. Semuanya pengundi tegar. Sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Kali ini baru betul-betul perlawanan yang disebut dalam posting ini "even contest for two hills"

Jangan ada pulak yang bertanding 216 lubang di Mission Hill. Maklumlah baru lepas dari tekanan.

Sekian.

Ahad, 29 Mac 2009

Komen Saya Dalam The Srcibe

YBhg Dato Kadir

Kekuatan Hang Tuah pada Taming Sari.
Kekuatan Pak Sako pada jari.
Kekuatan seniwati Normadiah pada watak ibu tiri.
Kekuatan mamak pada kari.
Kekuatan polis pada gari.
Di manakah letaknya kekuatan Khairy?

Kata orang, kalau kita mahu mengalahkan musuh kita perlu tahu tumit Archilesnya. Dimanakah letak kelemahannya. Betul. Inilah yang selalu dibuat orang. Kita juga boleh mengalahkan musuh dengan mengetahui kekuatannya. Betulkan? Tetapi ini jarang dilakukan. Kita jarang buat analisis SWOT terhadap musuh atau pesaing kita. Kita hanya buat analisis SWOT terhadap diri kita sahaja.

Hari ini saya mahu jadi anti populist. Saya mahu menulis sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai. Saya mahu tulis tentang kehebatan Khairy. Oleh itu , dengan izin, saya pohon ruang yang lebih besar di blog ini. Kekuatan Khairy pada keyakinan dirinya. Anak diplomat. Ayah Datuk mak pun Datuk. Datuknya pula penghulu terkenal di Rembau. Keyakinan diri semakin tebal apabila menjadi menantu Perdana Menteri.

Khairy seorang anak muda yang pintar. Kata aorang, dia lulusan Oxbridge. Khairy tidak suka itu. Khairy lebih suka dikatakan lulusan Oxford. Walaupun kedua-dua uiversiti ini nampak macam kembar, tetapi Oxford tetap nombor satu dan Cambridge jatuh nombor dua di UK. Khairy tetap mahu dikenali sebagai lulusan universiti nombor satu.Kekuatannya diperolehi dari ijazahnya. Apa tidaknya, kalau dalam masa 3 atau 4 tahun diiktiraf menguasai 3 bidang utama kehidupan iaitu falsafah, politik dan ekonomi. Apa rasa kita kalau kita ada ijazah kejuruteraan Kimia. Tentu kita juga rasa kita menguasai bidang ini. Itulah analoginya.;

Khairy memang pintar. Dia tahu dia ada kedudukan. Dia tahu dia ada kelulusan. Cuma yang dia belum ada ialah sokongan akar umbi. Lalu dia pun buat jelajah la tour de Langkawi cari pengaruh. Segala lapisan masyarakat Khairy gauli. Jumpa ramai orang. Dia belanja minum kopi. Nak jumpa orang, nak terangkan vision dan mision kita kena pakai duit. Kena belanja orang.

Khairy orang yang berpandangan jauh. Dia tidak lokek akan wang ringgit. Ramai orang yang dia belanja. Biasalah tu.Khairy juga seorang yang bijak. Dia sedar bahawa kekuatan seseorang bukan saja bergantung pada kecerdasan fikiran. Seseorang pemimpin yang ingin berjaya perlu ada soldadu jalanan. Soldadu jalanan yang berperanan menggempur dan menggertak musuh. Bagi tujuan ini , Khairy pilih Mat Moto aka Mat Rempit.

Maka terhimpunlah segala kelengkapan dan keperluan untuk menjadi pemimpin pada diri Khairy. Keyakinan tinggi. Kelulusan pun tinggi. Pengikut ramai dan pembonceng pun ramai.Kita akan lihat perubahan pada Rembau di bawah Khairy.

Orang Negeri Sembilan tentu biasa dengan lawak ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK. terjemahan langsung.. DI REMBAU PUN SAYA TIDAK SESAT.

Saya ulanglah cerita itu bagi pemahaman pembaca yang belum pernah mendengar lawak ini. Seorang tua yang tinggal di sebuah kampung di dalam daerah Rembau ingin melawat anaknya di Kuala Lumpur. Tujuannya dihalang oleh isterinya, memandangkan dia pergi bersendirian. Isterinya takut dia suaminya sesat di Kuala Lumpur. Oleh keran dihalang berkali-kali, Orang tua ini jadi bengis lalu menengking isteinya, ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK (inikan pula Kuala Lumpur)Dengan kehebatan Khairy lawak ini akan menjadi kenyataan. Rembau akan membangun mengalahkan Kuala Lumpur.

Hidup Khairy.

Sekian,

Khamis, 26 Mac 2009

Tulisan saya dlam Scribe

YBhg Dato Kadir,

Saya rasa, kehadiran perwakilan UMNO ke Kuala Lumpur bukanlah dengan kepala yang kosong atau fikiran yang terawang-awang. Nama-nama yang hendak dipilih sudah tercetak terang dalam fikiran. Hanya menanti borang dan nombor calon sahaja untuk diletakkan
tanda pangkah. Itu sudah pasti. Seorang anak muda dari sebuah bahagian di Selangor memberitahu saya bahawa bahagiannya telah bertekad memilih KJ.

Satu isu yang saya kira penting dalam posting kali ini ialah sama ada DS Najib akan memilih pemimpn-pemimpin yang dipilih dalam perhimpunan ini tanpa mengira faktor-faktor lain atau memilih calon-calon yang DIRASAKAN olehnya mempunyai integriti dalam kabinetnya.

Pilih sahaja pemimpin yang dipilih di perhimpunan ini. Mudah. Nampak macam demokratik. Terserlah perwatakan Mr Nice. Dan yang lebih penting ialah boleh pindahkan beban ke bahu orang lain. Salahkan perwakilan jika berlaku kegagalan kepada pemimpin-pemimpin yang di pilih itu.

Atau

Pilihlah pemimpin-pemimpin mengikut kriteria sendiri. Yang tidak ada kes. Yang bermoral dan berintegriti.

Cara kedua ini lebih terdedah kepada tohmahan. Ada yang kata pilih kasih. Ada yang kata pilih bulu. Yang tidak terpilih mesti bebulu.

Apa pun , tohmahan tetap ada. Itulah politik. Respon, kritikan, tohmahan adalah adalah proses dalam politik.

Bagi saya, untuk mengekalkan UMNO terus bernafas, eloklah dipilih pemimpin dari kalangan yang dipilih dalam perhimpunan ini. Ini adalah satu penghargaan kepada perwakilan. Pilihan perwakilan perlu dihormati.

Dua tahun lagi buatlah pemilihan terus daripada ahli.

transformasi vs reformasi

Selasa, 24 Mac 2009

TRANSFORMER



Bersedia ditransformasi. Begitulah bunyi slogan program realiti Akademi Fantasia 7 keluaran Astro.

UMNO perlu ditranformasi. Begitulah juga antara janji YAB DS Najib dalam ucap utama perasmian serentak pergerakan pemuda dan wanita UMNO sebentar tadi.Tetiba saja, perkataan TRANFORMASI meniti di bibir orang ramai pada Mac tahun ini. Dan mungkin juga perkataan ini akan terus digunakan beberapa bulan selepas ini. Mungkin menjadi popular seperti perkataan (senjata) CANGGIH yang menjadi popular selepas Perang Teluk.

Ramai orang ragu-ragu dengan keupayaan Datin Sri Tiara Jac, Pengetua Akademi Fantasia untuk mentransformasi pelajar-pelajarnya. Awal-awal lagi ramai yang menjangkakan bahawa AF7 kali ini akan gagal. Itulah ramalan oracle novice dan oracle pencen.

Mampukah YAB DS Najib membuat transformasi kepada UMNO? Perkara ini sudah banyak dibahaskan di tempat-tempat lain. Kedua-dua insan ini cuba menerapkan kepimpinan transformasi dalam organisasi masing-masing. Anatara pengertian kepimpinan transformasi ialah...

Transformatial leadership is a leadership style that defines as leadership that creates VOLUBLE and positive change in the followers. A transformational leader focuses on "transforming" others to help each other, to look out for each other, be encouraging, harmonious, and look out for the organization as a whole. In this leadership, the leader enhance the motivation, MORAL and performance of his follower group.

Adalah lebih mudah untuk menjadi pemimpin transaksional. Peemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan melaksanakan ketetapan-ketetapan yang telah dibuat. Membuka fail-fail lama untuk mengulang precedent, Melakukan ulang tayang, menulis prosidur-prosidur kerja dan kerja-kerja rutin yang lain.

Apapun kita berharap kedua-dua, DS Tiara, pengetua AF7 dan DS Najib Presiden UMNO menjadi transformer sejati. Bukannya jadi transformer seperti siri animasi Transformer seperti yang diminati kanak-kanak itu.

Sabtu, 21 Mac 2009

Mohamad Fairus Sambung Belajar

Mohd Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan untuk menyambung pelajaran. Inilah alasan yang diberikan. Tak apa. Kita percaya sajalah. Orang kata apa pun kita percaya.

Satu perkara yang kita tabik anak muda ini ialah kecintaannya kepada ilmu. Mohd Fairus ada double master. Kurang ramai yang ada doubloe master seperti ini. Sanggup dia berhenti dari menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meneruskan pengajiannya di peringkat PhD.
Mungkin niat atau cita-cita Mohd Fairus sejak zaman berkubang di Kubang Semang lagi untuk menjadi profesor. Tetapi oleh kerana tiada nasib, beliau hanya menjadi Timbalan Ketua Menteri sahaja.

Saya rasa personaliti seperti Mohd Fairus memang sesuai untuk jadi profesor. Tidak suai jadi orang politik. Jadi orang politik, seseorang perlu keluar bertemu orang. Perlu ada hubungan terus dengan orang lain. Bukan setakat membaca berita atau membaca blog sahaja. Inilah yang kurang pada Mohd Fairus.

Satu lagi sebab mengapa Mohd Fairus gagal dalam tugasnya menjadi TImbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ialah kerana dia dilantik pada ketika yang sangat muda. Pada umur 33 tahun beliau sudah berada di pejabat Ketua Menteri. Bagi saya, jawatan yang mencabar ini perlu dipikul oleh seorang yang lebih dewasa.

Khir Toyo pun pegang jawatan pada usia yang lebih muda. Apa yang terjadi?

Pungutan AF7 Merosot?



Undian kepada peserta-peseta AF7 akan berkurangan. Masalahnya bukan kerana cara penganjurannya tidak menarik pada kali ini, tetapi oleh kerana kegawatan ekonomi.

Hampir semua orang merasakankan keadan susah ini. Ramai yang diberhentikan kerja, Ramai diperintah kurang bekerja dalam masa seminggu, dan ramai pula yang membawa pulang gaji bulanan sahaja tanpa elaun kerja lebih masa.

Satu undian bagi realiti show ini akan dicaj sebanyak lima puluh sen. Pada masa yang lepas penganjur menerima untung sebanyak 6 juta ringgit hasil reality show ini.

Dalam keadaan kegawatan ini, ramai yang akan berjimat dalam semua hal. Antara perkara yang boleh dijimat ialah pembelian topup kad untuk kegunaan telefon bimbit. Pada masa yang lepas hanya remaja dan kanak-kanak sekolah sahaja yang biasa menggunakan SMS, tetapi dalam keadaan gawat ini lebih ramai yang beralih kepada SMS untuk berjimat.

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI GLOBAL

Jumlah Pakej Ransangan Ekonomi Global

1. Amerika Syarikat 747 billion
2. China 586 billion
3. Peranchis 33 billion
4. Britain 30 billion
5. German 29 billion
6. Argentina 3.9 billion
7. Malaysia 16 billion
8. India 4 billion
9 Spanyol 14 billion
10. Thailand 3.9 billion

(semua dalam nilai USD)

Apakah maksud jumlah ini.

Adakah semakin besar jumlah pakej bermakna semakin teruk negara itu dilanda kegawatan ekonomi.

Atau semakin besar jumlah itu, semakin kaya negara berkenaan.

Rabu, 18 Mac 2009

Bersaralah Sepenuhnya


Petikan Berita

Bush 43: I Want Obama to Succeed, Won't Criticize Him

March 17, 2009 10:27 PM

Today in Calgary, Alberta, former President George W. Bush said he would refrain from criticizing the Obama administration and he wants President Obama to succeed.

“I'm not going to spend my time criticising him. There's plenty of critics in the arena. I think it's time for the ex-president to tap dance off the stage and let the current president have a go at solving the world's problems,” the former president said in remarks to business executives. “He deserves my silence. And if he wants my help, he can pick up the phone.”


Ini boleh dijadikan teladan kepada pemimpin kita.

Pemimpin yang baru jangan kritik pemimpin yang lepas. Pemimpin yang lepas jangan kritik pemimpin yang baru.

Dahulu Tun Dr Mahathir dan YAB Dato Sri Abdullah saling kritik mengkritik. Siapa mulakan dulu tak kisah.

Dengar khabar YAB Abdullah akan meninggalkan beberapa orang yang setia padanya untuk mengawal YAB Najib. Antara yang kita ketahui ialah YAB Mohd Ali Rustam. Nampaknya antara keduanya pun akan ada kritik mengkritik selepas bersara.




Sabtu, 14 Mac 2009

Berita Baik Untuk Pengutip Besi Buruh



Berita baik untuk pencari (pencuri) besi buruh. Harga besi buruh dan tembaga mula meningkat.

Bagi mereka yang telah bersara mencari besi buruh dan tembaga bolehlah semula. Kepada pemilik-pemilik rumah diminta berhati-hati dengan barangan besi mereka.


Berita ini juga menjadi petunjuk kepada pemulihan ekonomi dunia. Kilang-kilang besi mula membeli semula besi buruh. Adalah kerja yang boleh kita buat di kilang. Harga minyak pun mula meningkat 23 peratus.. Itu pun satu tanda permintaan terhadap minyak meningkat. Kilang-kilang mula meningkatkan operasi.


Waktu dulu kita mintak sangat harga minyak turun atau diturunkan. Hari ini kita berharap harga minyak naik. Bila harga minyak naik, pendapatan negara kita akan bertambah. Harga minyak naik kerana permintaan terhadap minyak bertambah, juga bermaksud kilang kilang mula beroperasi. Kalau kilang-kilang beroperasi, kita dalah kerja. Kalau kita ada kerja, adalah makanan atas meja kita.

Index Industri Dow pun dikatakan meningkat 53.92 pada hari Jumaat lepas, setelah menjunam ke paras yang paling rendah sejak 12 tahun lepas.

[a rare rally]

Rabu, 11 Mac 2009

Lamunan Terhenti

Inilah masalahnya apabila kita tidak konsisten. Hangat-hangat tahi ayam kata perumpamaan Melayu. Buat sesuatu tidak bersungguh-sungguh. Buat mengikut mood tanpa jadul. Tiada disiplin diri. Akhirnya, inilah jadinya. Blog ini tidak dikemaskini lebih ari dua bulan.

Walau pada mulanya, blog ini adalah betujuan untuk mencatatkan sesuatu yang terlintas difikiran dalam apa jua bidang. Masa bukan penghalang. Tugas harian juga bukan rintangan. Halangannya adalah minat bermusim yang dibawa sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kanak-kanak kampung waktu dahulu bermain sesuatu permainan mengikut musim. Musim permainan yang biasa adalah permainan tradisional seperti permainan gasing dan permainan wau.

Sekarang masa untuk mengingati semula siapakah di dalam kampung memulakan sesuatu musim permainan itu. Tidak ingat. Itu tidak penting pada masa dahulu. Tetapi sekarang ini, sewaktu orang melihat tentang ketokohan dan kepimpinan, orang yang memulakan sesuatu musim permainan itu adalah seorang pemimpin pada masa itu. Dia yang mula dan orang lain pun ikut.

Permaian ini dikatakan bermusim kerana memang mengikut musim. Musim kering dan berangin, orang main wau. Biasanya selepas menuai padi.

Musim main badminton yang paling hangat sekali ialah selepas TV siarkan Pertandingan Piala Thomas. Tanah lapang banyak bertukar menjadi gelanggang badminton. Saya masih ingat bagaimana cara kami semasa kanak-kanak membuat gelanggang badminton. Mula-mula kami golek tong drum ditanah lapang yang ditumbuhi lalang. Tujunanya adalah untuk membaringkan lalang itu suoaya daun lalang tidak melukakan kaki sewaktu bekerja. Kemudian baru dicangkul lalang. Akar lalang dibuang suapaya tidak tumbuh dengan cepat.

Kami ukur gelanggang guna tali guni. Waktu itu tali rapia belum ada. Kami buat garisan gelanggang menggunakan buluh yang dibelah sebesar 2 inci. Buluh itu dipaku ke tanah. Kami buat tiang dengan kayu hutan. Kemudian kongsi duit beli net. Siapa yanmg tak keluarkan duit tidak boleh main. Kerja-kerja membuat gelanggang ini hanya ambil masa 3 hari saja. Buat cepat-cepat supaya dapat main dengan segera. Kualiti pada masa itu tidak kira sangat. Selepas gelanggan siap , kami bincang untuk namakan gelanggang ini. Seorang budak yang lebih besar mencadangkan nama Nangkapuri sebagai nama gelanggang. Ini kerana gelanggang badminton itu berhampiran dengan beberapa batang pokok nangka. Perkataan puri pula diambil dari nama Angkasapuri.

Maka setiap petang mainlah kami . Bagaimana permainan ini diganti dengan permainan lain, tidak dapat saya ingat.