Rabu, 30 September 2009

Isa Samad : The Lone Ranger Telok Kemang



Dalam kecelaruan fikiran dan perasan berbelah-bahagi akhirnya Muhyiddin Yassin mengumumkan Isa Samad mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Awal-awal lagi Tun Mahathir mengingatkan supaya tidak memilih Isa sebagai calon. Alasanya ialah UMNO perlu menonjolkan imej bersih kepada rakyat.

Pemilihan Isa Samad merupakan tamparan hebat kepada UMNO. UMNO sekarang berusaha keras untuk mengikis imej parti yang mengamalkan politik wang. UMNO sekarang sedang berusaha untuk memilih pemimpin pelapis yang bersih dan dilihat bersih dari hadas kecil atau hadas besar.

Walau apapun keputusan sudah dibuat. Memang sukar untuk menarik balik walaupun masih sempat lagi untuk mengubah sebelum hari penamaan calon. Persoalannya mampukah Isa Samad mempertahan kerusi Bagan Pinang. Dalam keadaan sekarang, kemenangan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan kerjasama seluruh jentera parti.

Kekuatan Isa Samad dari akar umbi UMNO Teluk Kemang. Namun demikian, sokongan daripada UMNO Negeri Sembilan masih boleh dicurigai.

Adakah pencalonan Isa Samad mendapat restu daripada Mohamad Hasan , MB Negeri Sembilan. Mohamad Hasan baru dua penggal mengambil alih kuasa daripada Isa Samad. Adakah kedua tokoh ini sehaluan. Mohamad Hasan sudah tentu kurang gembira jika Isa Samad berada di dalam Dewan UNdangan Negeri Sembilan. Isa Samad sangat arif tentantg negeri Sembilan kerana lama memegang tampuk pemerintahan. Kehadiran Isa akan menyukarkan Mohamad Hasan untuk mentadbir.

KJ dari Rembau juga sekapal dengan Mohamad Hasan. Malah Khairylah yang menolak Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Lagipun KJ memang dalam keadaan tidak bersemangat memimpin Pemuda UMNO setelah tidak dilantik menjadi menteri waalaupun dia Ketua Pergerakan Pemuda. Adakah KJ akan menggerakakan jentera Pemuda UMNO sepenuhnya untuk membantu Isa Samad. Dengar khabarnya jentera parti KJ di Rembau sangat lemah. Bagaimanakah KJ dapat membantu Isa di Bagan Pinang.

Waktu dulu, dikhabaran juga bahawa Isa Samad tidak sehaluan dengan Sri Menanti dan kerabat-kerabat. Malah Isa Samad jugak tidak sebulu dengan Undang Luak sehingga tahap menuding jari ke muka.

Tun Mahathir juga sudah mengumumkan untuk tidak berkempen untuk Isa Samad. Nampaknya bekas PM ini beria-ia sungguh untuk mebersihkan UMNO daripada politik wang.

Teluk Kemang berbeza dengan Rembau, Jelebu, Johol atau Sungai Ujung Tidak seperti kawasan lain di Negeri Sembilan, penduduk Teluk Kemang mengamalkan adat Temenggung bukannya adap Perpatih. Oleh itu kawasan ini tidak ada Undang, tidak ada buapak, tidak ada suku tidak ada perut. Hubungan masyarakat adalah lebih terbuka dan lebih longgar
Isa mungkin menang di Bagan Pinang tetapi kesan jangka panjang ialah pada pilihan raya umum akan datang. Isu ini akan digunakan oleh pembangkang dan ini akan menjadi isu maut kepada UMNO dan BN.

Selasa, 29 September 2009

Isa Samad : Tangan Yang Memberi lebih Baik Daripada Tangan Yang Meminta



Saya adalah antara beribu-ribu orang yang percaya bahawa Isa Samad akan dipilih mewakili BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Saya juga percaya bahawa pemilihan ini adalah tepat seperti alasan yang diberi. Isa Samad adalah pilihan akar umbi. Pilihan yang dibuat oleh orang yang terliabt secara terus. Pilihan dalam kalangan orang yang akan menjadi jentera dan pilihan daripada orang yang akan memangkah.

Prinsip yang mengatakan bahawa seseorang itu perlu bersih dan dianggap bersih dipatuhi dalam pemilihan ini. Isa Samad sudah bersih. Dia telah digantung selama 4 tahun. Memadai dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Isa pula dilihat bersih oleh akar umbi Bagan Pinang. Poster ucapan hari raya bergantungan di setiap jalan di kawasan Bagan Pinang. Isa pula dulihat sentiasa berada dengan orang ramai sambil melambai tangan dan bersalaman dengan penduduk Bagan Pinang. Ramai yang berani menyambut tangan Isa kerana tangan Isa dalam penglihatan mereka sudah bersih. dalam keadaan sekarang, cuba kita bandingkan siapakah di dalam senarai di bawah ini yang bersih berbanding Isa.

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)

2. Datuk Noh Omar (2,084)

3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)

4. Datuk Azian Osman (2,060)

5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)

8. Datuk Lajim Ukin (1,804)

9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)

10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)

11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)

12. Datuk Idris Haron (1,658)

13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)

14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)

15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)

16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)

17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)

18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)

19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)

20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)

21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)

22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)

24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)

25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

Ada nama yang dalam senarai ini langsung kita tidak kenali. Namun orang-orang ini telah berjaya menolak Shahrir Samad , seorang veteran parti dan orang yang bertaraf menteri. Apakah strategi yang mereka gunakan untuk memenangi pertandingan ini.

Malah ada orang menganggap bahawa memberi adalah lebih mulia daripada meminta. Ada pemimpin yang merayu dan meminta duit dari rakyat untuk membiayai perjuangan parti. Apakah perkara meminta dan merayu daripada rakyat untuk perjuangan parti itu lebih baik daripada memberi kepada orang lain.

Buat baik Berhati Berhati-hati

Pada masa dulu kita selalau dinasihatkan supaya berbuat baik berpada-pada. Maksudnaya kita janganlah membuat baik melulu sehingga boleh mengancam diri sendiri.

Pada minggu ini sahaja kita dengar cerita bagaimana 3 orang baik menjadi mangsa. Seorang pelancong dari barat telah ditembak ketika cuba membantu seorang wanita yang diragut. Kemudian kita dengar pula berita yang menyayat hati apabila anak pelakon Norlia Ghani maut terjatuh dari pangsapuri dalam usahanya menangkap pencuri. Kemnudaian kita dengar pula cerita tentang seorang naggota RELA yang ditetak dikepala kerana membantu menangkap perompak.

Kita kagum sangat dengan keberanian mereka ini. Tetapi setakat ini orang baik belum lagi menjadi superman.

Ada juga orang baik yang berjaya memeberkas perompak dan membelasah. Namun mereka ini pula berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mencederakan orang.
Inilah balasan terhadap orang baik.

Buat baik berpada pada. Buat baik berhati hati

Sabtu, 26 September 2009

Bertemu Kembali

Blog ini lama tidak di update kerana saya terlupa password. Tidak tahu cara untuk recover hinggalah hari ini. Syukur saya dapat recover semula passwordnya.

Lagipun saya banyak menggunakan masa yang ada untuk mengurus satu lagi blog bergambar. Mengurus blog yang hanya memuatkan aktiviti adalah lebih mudah daripada menulis blog. Mengambil gamabr dan upload ke blog adalah lebih mudah daripada menulis blog. Tidak perlu berfikir panjang dan tidak erlu menyusun ayat.
Syukur , saya dapat recover semula passwod untuk blog ini. Dapatlah saya tulis sesuatu untuk membuat catatan untuk diri saya.