Sabtu, 21 Mac 2009
Mohamad Fairus Sambung Belajar
Satu perkara yang kita tabik anak muda ini ialah kecintaannya kepada ilmu. Mohd Fairus ada double master. Kurang ramai yang ada doubloe master seperti ini. Sanggup dia berhenti dari menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meneruskan pengajiannya di peringkat PhD.
Mungkin niat atau cita-cita Mohd Fairus sejak zaman berkubang di Kubang Semang lagi untuk menjadi profesor. Tetapi oleh kerana tiada nasib, beliau hanya menjadi Timbalan Ketua Menteri sahaja.
Saya rasa personaliti seperti Mohd Fairus memang sesuai untuk jadi profesor. Tidak suai jadi orang politik. Jadi orang politik, seseorang perlu keluar bertemu orang. Perlu ada hubungan terus dengan orang lain. Bukan setakat membaca berita atau membaca blog sahaja. Inilah yang kurang pada Mohd Fairus.
Satu lagi sebab mengapa Mohd Fairus gagal dalam tugasnya menjadi TImbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ialah kerana dia dilantik pada ketika yang sangat muda. Pada umur 33 tahun beliau sudah berada di pejabat Ketua Menteri. Bagi saya, jawatan yang mencabar ini perlu dipikul oleh seorang yang lebih dewasa.
Khir Toyo pun pegang jawatan pada usia yang lebih muda. Apa yang terjadi?
Pungutan AF7 Merosot?

Undian kepada peserta-peseta AF7 akan berkurangan. Masalahnya bukan kerana cara penganjurannya tidak menarik pada kali ini, tetapi oleh kerana kegawatan ekonomi.
Hampir semua orang merasakankan keadan susah ini. Ramai yang diberhentikan kerja, Ramai diperintah kurang bekerja dalam masa seminggu, dan ramai pula yang membawa pulang gaji bulanan sahaja tanpa elaun kerja lebih masa.
Satu undian bagi realiti show ini akan dicaj sebanyak lima puluh sen. Pada masa yang lepas penganjur menerima untung sebanyak 6 juta ringgit hasil reality show ini.
Dalam keadaan kegawatan ini, ramai yang akan berjimat dalam semua hal. Antara perkara yang boleh dijimat ialah pembelian topup kad untuk kegunaan telefon bimbit. Pada masa yang lepas hanya remaja dan kanak-kanak sekolah sahaja yang biasa menggunakan SMS, tetapi dalam keadaan gawat ini lebih ramai yang beralih kepada SMS untuk berjimat.
PAKEJ RANSANGAN EKONOMI GLOBAL
1. Amerika Syarikat 747 billion
2. China 586 billion
3. Peranchis 33 billion
4. Britain 30 billion
5. German 29 billion
6. Argentina 3.9 billion
7. Malaysia 16 billion
8. India 4 billion
9 Spanyol 14 billion
10. Thailand 3.9 billion
(semua dalam nilai USD)
Apakah maksud jumlah ini.
Adakah semakin besar jumlah pakej bermakna semakin teruk negara itu dilanda kegawatan ekonomi.
Atau semakin besar jumlah itu, semakin kaya negara berkenaan.
Rabu, 18 Mac 2009
Bersaralah Sepenuhnya
Petikan Berita
Bush 43: I Want Obama to Succeed, Won't Criticize Him
March 17, 2009 10:27 PM
Today in Calgary, Alberta, former President George W. Bush said he would refrain from criticizing the Obama administration and he wants President Obama to succeed.
“I'm not going to spend my time criticising him. There's plenty of critics in the arena. I think it's time for the ex-president to tap dance off the stage and let the current president have a go at solving the world's problems,” the former president said in remarks to business executives. “He deserves my silence. And if he wants my help, he can pick up the phone.”
Ini boleh dijadikan teladan kepada pemimpin kita.
Pemimpin yang baru jangan kritik pemimpin yang lepas. Pemimpin yang lepas jangan kritik pemimpin yang baru.
Dahulu Tun Dr Mahathir dan YAB Dato Sri Abdullah saling kritik mengkritik. Siapa mulakan dulu tak kisah.
Dengar khabar YAB Abdullah akan meninggalkan beberapa orang yang setia padanya untuk mengawal YAB Najib. Antara yang kita ketahui ialah YAB Mohd Ali Rustam. Nampaknya antara keduanya pun akan ada kritik mengkritik selepas bersara.Sabtu, 14 Mac 2009
Berita Baik Untuk Pengutip Besi Buruh
Berita baik untuk pencari (pencuri) besi buruh. Harga besi buruh dan tembaga mula meningkat.
Bagi mereka yang telah bersara mencari besi buruh dan tembaga bolehlah semula. Kepada pemilik-pemilik rumah diminta berhati-hati dengan barangan besi mereka.



Berita ini juga menjadi petunjuk kepada pemulihan ekonomi dunia. Kilang-kilang besi mula membeli semula besi buruh. Adalah kerja yang boleh kita buat di kilang. Harga minyak pun mula meningkat 23 peratus.. Itu pun satu tanda permintaan terhadap minyak meningkat. Kilang-kilang mula meningkatkan operasi.
Waktu dulu kita mintak sangat harga minyak turun atau diturunkan. Hari ini kita berharap harga minyak naik. Bila harga minyak naik, pendapatan negara kita akan bertambah. Harga minyak naik kerana permintaan terhadap minyak bertambah, juga bermaksud kilang kilang mula beroperasi. Kalau kilang-kilang beroperasi, kita dalah kerja. Kalau kita ada kerja, adalah makanan atas meja kita.
Index Industri Dow pun dikatakan meningkat 53.92 pada hari Jumaat lepas, setelah menjunam ke paras yang paling rendah sejak 12 tahun lepas.
Rabu, 11 Mac 2009
Lamunan Terhenti
Walau pada mulanya, blog ini adalah betujuan untuk mencatatkan sesuatu yang terlintas difikiran dalam apa jua bidang. Masa bukan penghalang. Tugas harian juga bukan rintangan. Halangannya adalah minat bermusim yang dibawa sejak zaman kanak-kanak lagi.
Kanak-kanak kampung waktu dahulu bermain sesuatu permainan mengikut musim. Musim permainan yang biasa adalah permainan tradisional seperti permainan gasing dan permainan wau.
Sekarang masa untuk mengingati semula siapakah di dalam kampung memulakan sesuatu musim permainan itu. Tidak ingat. Itu tidak penting pada masa dahulu. Tetapi sekarang ini, sewaktu orang melihat tentang ketokohan dan kepimpinan, orang yang memulakan sesuatu musim permainan itu adalah seorang pemimpin pada masa itu. Dia yang mula dan orang lain pun ikut.
Permaian ini dikatakan bermusim kerana memang mengikut musim. Musim kering dan berangin, orang main wau. Biasanya selepas menuai padi.
Musim main badminton yang paling hangat sekali ialah selepas TV siarkan Pertandingan Piala Thomas. Tanah lapang banyak bertukar menjadi gelanggang badminton. Saya masih ingat bagaimana cara kami semasa kanak-kanak membuat gelanggang badminton. Mula-mula kami golek tong drum ditanah lapang yang ditumbuhi lalang. Tujunanya adalah untuk membaringkan lalang itu suoaya daun lalang tidak melukakan kaki sewaktu bekerja. Kemudian baru dicangkul lalang. Akar lalang dibuang suapaya tidak tumbuh dengan cepat.
Kami ukur gelanggang guna tali guni. Waktu itu tali rapia belum ada. Kami buat garisan gelanggang menggunakan buluh yang dibelah sebesar 2 inci. Buluh itu dipaku ke tanah. Kami buat tiang dengan kayu hutan. Kemudian kongsi duit beli net. Siapa yanmg tak keluarkan duit tidak boleh main. Kerja-kerja membuat gelanggang ini hanya ambil masa 3 hari saja. Buat cepat-cepat supaya dapat main dengan segera. Kualiti pada masa itu tidak kira sangat. Selepas gelanggan siap , kami bincang untuk namakan gelanggang ini. Seorang budak yang lebih besar mencadangkan nama Nangkapuri sebagai nama gelanggang. Ini kerana gelanggang badminton itu berhampiran dengan beberapa batang pokok nangka. Perkataan puri pula diambil dari nama Angkasapuri.
Maka setiap petang mainlah kami . Bagaimana permainan ini diganti dengan permainan lain, tidak dapat saya ingat.
Sabtu, 27 Disember 2008
Ini kali kedua kita saksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PR12. Kedua-duanya adalah di peringkat Parliemen. Pakatan Rakyat ~one up~ dan BN berusaha bersungguh-sungguh untuk square. ( one up dan square adalah laras golf , satu permainan kegilaan pembesar tertinggi UMNO).
Saya jangkakan pembangkang akan memenangi PRK Kuala Terengganu ini atas beberapa penilaian.
1) Ini adalah PRK peringkat Parlimen. Apa juga keputusan tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri. Oleh hal yang demikian jentera parti peringkat negeri akan bekerja separuh hati.
Ada dua perbezaan antara Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Permatang Pauh adalah kawasan di bawah pemerintahan pembangkang manakala Kuala Terengganu pula di bawah kawalan kerajaan BN. Di Permatang Pauh keterlibatan pemimpin peringkat kebangsaan begitu ketara kerana negeri itu di bawah pentadbiran pembangkang. Apakah perlu penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan perlu di Kuala Terengganu memandangkan Terengganu dipimpin oleh BN.
2) Kebanjiran pemimpin-pwmimpin dari peringkat kebangsaan tidak akan membantu malah melemahkan lagi kepimpinan peringkat negeri. ... dah demo pandai sangat biar la demo buat.
Isu ini juga timbul di Permatang Pauh. Penguasaan pemimpin dari peringkat kebangsaan akan membat pemimpin peringkat negeri menarik diri.
Kita kena ingat bahawa slogan kuat orang Terengganu ialah GANNU KITTE. Slogan ini menunjukkan betapa kuatnya hasrat pemilikan oleh orang Terengganu.
Hal ini juga dapat dilihat daripada dilema pemilihan calon untuk PAS. Mat Sabu tidak dapat diterima dengan alasan dia orang luar.
3) Hubungan Menteri Besar Terengganu dengan Perdana Menteri tidak dilihat baik oleh rakyat .. saya ulang ` tidak dilihat baik`.
Menteri Besar Terengganu bukanlah pilihan Perdana Menteri dan Menteri Besar menunjukkan besar kepalanya dengan mengengkari arahan kerajaan dengan mebeli Mercedes untuk kegunaan rasmi Exconya.
Pemimpin peringkat Kebangsaan bagi clue supaya Rahman Bakar tidak dicabar di Marang. Tapi pemimpin UMNO negeri kata ... command not recognised. Rahman Bakar jatuh macam nangka busuk ( pinjam kata Rais Yatim ketika isu Menteri Besar Terangganu dulu)
Atas pemikiran inilah saya kata bahawa UMNO tidak mendapat kerjasama di kalangan pemimpin di Kuala Terengganu.
Tapi itu dahulu. Semua orang tahu cerita itu. Terapi sekarang mungkin sudah berubah apabila duit royalti diberikan kepada MB Terengganu untuk diuruskan sendiri.
Saya cadangkan kalau UMNO mahu kekalkan kemenangan di Kuala Terengganu, pemimpin-pemimpin UMNO luar Terengganu hendaklah diam. Jangan memandai. Beri sokongan penuh kepada pemimpin peringkat negeri.
Sekian,
12:43 AM