Selasa, 29 September 2009
Buat baik Berhati Berhati-hati
Pada minggu ini sahaja kita dengar cerita bagaimana 3 orang baik menjadi mangsa. Seorang pelancong dari barat telah ditembak ketika cuba membantu seorang wanita yang diragut. Kemudian kita dengar pula berita yang menyayat hati apabila anak pelakon Norlia Ghani maut terjatuh dari pangsapuri dalam usahanya menangkap pencuri. Kemnudaian kita dengar pula cerita tentang seorang naggota RELA yang ditetak dikepala kerana membantu menangkap perompak.
Kita kagum sangat dengan keberanian mereka ini. Tetapi setakat ini orang baik belum lagi menjadi superman.
Ada juga orang baik yang berjaya memeberkas perompak dan membelasah. Namun mereka ini pula berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mencederakan orang.
Inilah balasan terhadap orang baik.
Buat baik berpada pada. Buat baik berhati hati
Sabtu, 26 September 2009
Bertemu Kembali
Lagipun saya banyak menggunakan masa yang ada untuk mengurus satu lagi blog bergambar. Mengurus blog yang hanya memuatkan aktiviti adalah lebih mudah daripada menulis blog. Mengambil gamabr dan upload ke blog adalah lebih mudah daripada menulis blog. Tidak perlu berfikir panjang dan tidak erlu menyusun ayat.
Syukur , saya dapat recover semula passwod untuk blog ini. Dapatlah saya tulis sesuatu untuk membuat catatan untuk diri saya.
Rabu, 8 April 2009
Komen Di Scribe
Sisipan para 8 posting,
I can’t say much about the ladies because there aren’t that many of them. Despite the importance of the Wanita Wing to the party, the delegates seemed not to place too much importance to electing them to the Supreme Council.
Nampaknya seorang pun tidak berminat untuk bersembang tentang perkara ini di sini.Ada tak kemungkinan Rafidah Aziz dilantik semula menjadi ahli dalam kabinet baru nanti?
Kalau dahulu, Shahrizat dilantik memegang jawatan bertaraf menteri walaupun bukan ketua wanita dan tidak pula memenangi pilihan raya. Nampak macam tidak logik.
Tapi itulah politik. Siapa yang akan ganti tempat Shahrir Samad.
Mengikut rekod perkhidmatan, antara yang layak memegang jawatan ini ialah Rafidah.Saya nampak satu saja kelemahan Rafidah. Rafidah tidak pandai tanam bunga di halaman. Rafidah tidak pandai sulam menyulam dan Rafidah tidak suka anggur masam. Rafidah tidak suka beli kain cara utang.
Rafidah... Rafidah..Rafidahhhhhhhhh
Khamis, 2 April 2009
Komen Saya Dalam The Scribe
(Tulisan ini nampak panjang, tetapi yang akhir itu hanyalah lirik lagu Cliff Richard. Goodbye Sam Hello Samantha) )
Insyallah, DS Mohd Najib akan menerima batton daripada DS Abdullah selepas Jumaat esok.Sebelum itu, kita ucapkan tahniah kepada DS Abdullah kerana berjaya menghabiskan lariannya tanpa jatuh atau terlepas batton UMNO, walaupun keadaan balapan pada masa itu begitu mencabar.
Dalam saat-saat pemergian DS Abdullah, teringat akan novel Anwar Ridhwan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman,Bagi yang belum membaca, kisahnya begini, Pak Hassan sedang di dalam era kejatuhannya. Dia seorang Penglipurlara- tukang cerita, seorang pencerita kisah-kisah lama dan hikayat terutama dari timur laut di mana di dalam budaya Melayu umum, sudah dalam peredaran untuk pupus . Dunia Melayu sedang dalam peredaran ke arah modenisasi, ke arah penggunaan teknologi barat dan bersikap material. Manusia Melayu sendiri mahukan perubahan, sedangkan Pak Hasan masih berpegang kuat kepada cara lama.
Demikianlah sedikit banyak tentang novel ini. Mungkin dunia ini sudah cukup tua. Banyak peristiwa yang berulang di dalam dunia yang tua ini. Apa pun selamat bersara kepada DS Abdullah.
Selepas Jumaat, batton akan disambut oleh Najib. Najib sedar bahawa semasa giliran Abdullah, pesaing-pesaing lain sudah semakin rapat menghampiri. Pada mulanya pesaing-pesaing ini jauh ketinggalan semasa giliran pelari sebelum Abdullah. Ramai orang jangka, ramai orang ramal, ramai orang harap, Najib adalah pelari akhir UMNO. Selepas ini, UMNO tidak ada wakil lagi di balapan. Najib pun bukan kecik anak. Pengalaman lama. Pengetahuan pun luas. Tambahan pulak dengan falsafah, Biar dada melecet, misai jangan tercecah tanah, pasti akan bertambah gempita balapan. Cabaran memang berat menunggu di hadapan.
Teringat lagu masa kecik-kecik
Goodbye Sam hello Samantha
Goodbye Sam hello SamanthaSam,
I'm leavin' the gangso don't come around for me on Sunday.
Joe, I want you to knowI'll have to skip the game on Monday.
Had a whole lot of funbut now the time has comeI need the sweet touch of a woman's love.
Goodbye Sam hello Samanthagoodbye Joe hello Joanne.
suddenly need a new kind of companysomeone to love me.
Goodbye Sam hello Samanthagoodbye Lou hello Louise.
From today there'll be new gamesfor me to play
So good luck and goodbye Sam.
Guys you ought-a get wisethere's more to the world than pool and fishin'.
easy ridin' is finebut look around see what you're missin'
.girls are waitin' in lineand now has come the time
I'm goin' out and I'm gonna get me some.
Goodbye Sam hello Samanthagoodbye Joe hello Joanne.
suddenly need a new kind of companysomeone to love me.
Goodbye Sam hello Samanthagoodbye Lou hello Louise.
From today there'll be new gamesfor me to play
So good luck and goodbye Sam.Sekian,
Rabu, 1 April 2009
Senarai penuh ahli majlis tertinggi UMNO 2009
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)
Isnin, 30 Mac 2009
Pengundi Tegar Di BUkit Gantang
YBhg Dato Kadir
Tidak ada pengundi atas pagar di Bukit Gantang. Itulah kesimpulan yang saya buat berdasarkan keadaan politik di negeri Perak bergolak begitu dahsyat.
Tidak ada orang yang akan berkecuali apabila berdepan dengan isu kedaulatan raja. Juga idak ada orang yang berkecuali dalam dalam dilema dua menteri (besar).
Bukit Gantang dipenuhi dengan kuda putih dan kuda kuda hitam. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan. Kuda hitam penuh ketangkasan dan kuda putih penuh kesaktian. Tidak akan kelihatan kuda belang yang keliru dengan dirinya sama ada ia putih atau hitam.
SPR pula menegaskan bahawa tiada pengundi hantu di Bukit Gantang.
Tiada pengundi hantu atau pengundi atas pagar. Semuanya pengundi tegar. Sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Kali ini baru betul-betul perlawanan yang disebut dalam posting ini "even contest for two hills"
Jangan ada pulak yang bertanding 216 lubang di Mission Hill. Maklumlah baru lepas dari tekanan.
Sekian.
Ahad, 29 Mac 2009
Komen Saya Dalam The Srcibe
Kekuatan Hang Tuah pada Taming Sari.
Kekuatan Pak Sako pada jari.
Kekuatan seniwati Normadiah pada watak ibu tiri.
Kekuatan mamak pada kari.
Kekuatan polis pada gari.
Di manakah letaknya kekuatan Khairy?
Kata orang, kalau kita mahu mengalahkan musuh kita perlu tahu tumit Archilesnya. Dimanakah letak kelemahannya. Betul. Inilah yang selalu dibuat orang. Kita juga boleh mengalahkan musuh dengan mengetahui kekuatannya. Betulkan? Tetapi ini jarang dilakukan. Kita jarang buat analisis SWOT terhadap musuh atau pesaing kita. Kita hanya buat analisis SWOT terhadap diri kita sahaja.
Hari ini saya mahu jadi anti populist. Saya mahu menulis sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai. Saya mahu tulis tentang kehebatan Khairy. Oleh itu , dengan izin, saya pohon ruang yang lebih besar di blog ini. Kekuatan Khairy pada keyakinan dirinya. Anak diplomat. Ayah Datuk mak pun Datuk. Datuknya pula penghulu terkenal di Rembau. Keyakinan diri semakin tebal apabila menjadi menantu Perdana Menteri.
Khairy seorang anak muda yang pintar. Kata aorang, dia lulusan Oxbridge. Khairy tidak suka itu. Khairy lebih suka dikatakan lulusan Oxford. Walaupun kedua-dua uiversiti ini nampak macam kembar, tetapi Oxford tetap nombor satu dan Cambridge jatuh nombor dua di UK. Khairy tetap mahu dikenali sebagai lulusan universiti nombor satu.Kekuatannya diperolehi dari ijazahnya. Apa tidaknya, kalau dalam masa 3 atau 4 tahun diiktiraf menguasai 3 bidang utama kehidupan iaitu falsafah, politik dan ekonomi. Apa rasa kita kalau kita ada ijazah kejuruteraan Kimia. Tentu kita juga rasa kita menguasai bidang ini. Itulah analoginya.;
Khairy memang pintar. Dia tahu dia ada kedudukan. Dia tahu dia ada kelulusan. Cuma yang dia belum ada ialah sokongan akar umbi. Lalu dia pun buat jelajah la tour de Langkawi cari pengaruh. Segala lapisan masyarakat Khairy gauli. Jumpa ramai orang. Dia belanja minum kopi. Nak jumpa orang, nak terangkan vision dan mision kita kena pakai duit. Kena belanja orang.
Khairy orang yang berpandangan jauh. Dia tidak lokek akan wang ringgit. Ramai orang yang dia belanja. Biasalah tu.Khairy juga seorang yang bijak. Dia sedar bahawa kekuatan seseorang bukan saja bergantung pada kecerdasan fikiran. Seseorang pemimpin yang ingin berjaya perlu ada soldadu jalanan. Soldadu jalanan yang berperanan menggempur dan menggertak musuh. Bagi tujuan ini , Khairy pilih Mat Moto aka Mat Rempit.
Maka terhimpunlah segala kelengkapan dan keperluan untuk menjadi pemimpin pada diri Khairy. Keyakinan tinggi. Kelulusan pun tinggi. Pengikut ramai dan pembonceng pun ramai.Kita akan lihat perubahan pada Rembau di bawah Khairy.
Orang Negeri Sembilan tentu biasa dengan lawak ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK. terjemahan langsung.. DI REMBAU PUN SAYA TIDAK SESAT.
Saya ulanglah cerita itu bagi pemahaman pembaca yang belum pernah mendengar lawak ini. Seorang tua yang tinggal di sebuah kampung di dalam daerah Rembau ingin melawat anaknya di Kuala Lumpur. Tujuannya dihalang oleh isterinya, memandangkan dia pergi bersendirian. Isterinya takut dia suaminya sesat di Kuala Lumpur. Oleh keran dihalang berkali-kali, Orang tua ini jadi bengis lalu menengking isteinya, ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK (inikan pula Kuala Lumpur)Dengan kehebatan Khairy lawak ini akan menjadi kenyataan. Rembau akan membangun mengalahkan Kuala Lumpur.
Hidup Khairy.
Sekian,