Rabu, 30 September 2009

Isa Samad : The Lone Ranger Telok Kemang



Dalam kecelaruan fikiran dan perasan berbelah-bahagi akhirnya Muhyiddin Yassin mengumumkan Isa Samad mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Awal-awal lagi Tun Mahathir mengingatkan supaya tidak memilih Isa sebagai calon. Alasanya ialah UMNO perlu menonjolkan imej bersih kepada rakyat.

Pemilihan Isa Samad merupakan tamparan hebat kepada UMNO. UMNO sekarang berusaha keras untuk mengikis imej parti yang mengamalkan politik wang. UMNO sekarang sedang berusaha untuk memilih pemimpin pelapis yang bersih dan dilihat bersih dari hadas kecil atau hadas besar.

Walau apapun keputusan sudah dibuat. Memang sukar untuk menarik balik walaupun masih sempat lagi untuk mengubah sebelum hari penamaan calon. Persoalannya mampukah Isa Samad mempertahan kerusi Bagan Pinang. Dalam keadaan sekarang, kemenangan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan kerjasama seluruh jentera parti.

Kekuatan Isa Samad dari akar umbi UMNO Teluk Kemang. Namun demikian, sokongan daripada UMNO Negeri Sembilan masih boleh dicurigai.

Adakah pencalonan Isa Samad mendapat restu daripada Mohamad Hasan , MB Negeri Sembilan. Mohamad Hasan baru dua penggal mengambil alih kuasa daripada Isa Samad. Adakah kedua tokoh ini sehaluan. Mohamad Hasan sudah tentu kurang gembira jika Isa Samad berada di dalam Dewan UNdangan Negeri Sembilan. Isa Samad sangat arif tentantg negeri Sembilan kerana lama memegang tampuk pemerintahan. Kehadiran Isa akan menyukarkan Mohamad Hasan untuk mentadbir.

KJ dari Rembau juga sekapal dengan Mohamad Hasan. Malah Khairylah yang menolak Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Lagipun KJ memang dalam keadaan tidak bersemangat memimpin Pemuda UMNO setelah tidak dilantik menjadi menteri waalaupun dia Ketua Pergerakan Pemuda. Adakah KJ akan menggerakakan jentera Pemuda UMNO sepenuhnya untuk membantu Isa Samad. Dengar khabarnya jentera parti KJ di Rembau sangat lemah. Bagaimanakah KJ dapat membantu Isa di Bagan Pinang.

Waktu dulu, dikhabaran juga bahawa Isa Samad tidak sehaluan dengan Sri Menanti dan kerabat-kerabat. Malah Isa Samad jugak tidak sebulu dengan Undang Luak sehingga tahap menuding jari ke muka.

Tun Mahathir juga sudah mengumumkan untuk tidak berkempen untuk Isa Samad. Nampaknya bekas PM ini beria-ia sungguh untuk mebersihkan UMNO daripada politik wang.

Teluk Kemang berbeza dengan Rembau, Jelebu, Johol atau Sungai Ujung Tidak seperti kawasan lain di Negeri Sembilan, penduduk Teluk Kemang mengamalkan adat Temenggung bukannya adap Perpatih. Oleh itu kawasan ini tidak ada Undang, tidak ada buapak, tidak ada suku tidak ada perut. Hubungan masyarakat adalah lebih terbuka dan lebih longgar
Isa mungkin menang di Bagan Pinang tetapi kesan jangka panjang ialah pada pilihan raya umum akan datang. Isu ini akan digunakan oleh pembangkang dan ini akan menjadi isu maut kepada UMNO dan BN.

Tiada ulasan: