Ahad, 25 April 2010

Di Mana Salahnya Mengupah APCO

APCO milik Yahudi. Jika pemimpin UMNO berurusan dengan APCO maka UMNO bersengkokol dengan Yahudi. UMNO menggadaikan negara kepada agen Yahudi. Begitulah hujah sesetengah orang.

APCO yang pendafaranya di Malaysia sebagai sebuah syarikat perunding imej dan komunikasi telah dikaitkan dengan kekejaman Yahudi. Jonathan Winer , seorang daripada eksekutif APCO dikatakan menuduh Ikhwan Muslimin dari Mesir sebagai pengganas. Marc Ginsberg, seorang lagi eksekutifnya membandingkan Sayid Qutb dengan Hitler yang ganas dari German.

Isu APCO ini bolehlah dikatakan sama dengan isu-isu syarikat Yahudi lain. Coca-Colajuga adalah syarikat milik Yahudi. Muhtar Kent, pemilik Coca-cola berketurunan Yahudi dan Turkey. Abangnya mendapat sanjungan dari bangsa Yahudi kerana telah menyelamatkan bangsa Yahudi pada perang Dunia Kedua. Syarikat ini sudah bertapak dari dahulu lagi dan jenama ini sudah serasi dengan Malay. Ada usaha-usaha kecil untuk memboikot jenama ini, namun syarikat ini terus berkembang.

Philip Morris, pengeluar rokok terbesar jugak milik Yahudi. Ramai antara pemimpin UMNO dan pemimpin PKR menghisap rokok hasil dari syarikat ini.

UMNO bersekongkol dengan Yahudi kerana menggunakan khidmat APCO, sebuah syarikat Yahudi. Kalau begitulah hujahnya, maka ramai di antara kita yang bersekongkokl dengan Yahudi ketika membesarkan anak. Kita beri anak kita minum susu nestle. Syarikat nestle juga adalah milik Yahudi.

Malah kita yang menulis blog ini juga bersubahat dengan Yahudi kerana menggunakan komputer Yahudi. IBM dan Intel juga adalah syarikat Yahudi.

Apalah istimewanyanya APCO ini. Oleh itu, di mana salahnya mengupah APCO ini.

Tiada ulasan: