Jumaat, 8 Ogos 2008

Forum Memeluk Islam

Majlis Peguam tetap menganjurkan Forum Memeluk Islam walaupun diminta untuk tidak berbuat demikian oleh pelbagai pihak. Satu lagi fenomena Ayam den lapeh. Kalau dulu soal agama Islam adalah sensitif dan tidak boleh disentuh, namun hari ni soal-soal ini boleh dibincangkan secara umum. Yang lebih tercabar lagi ialah apabila salah satu cabang institusi kehakiman di negara ini sendiri yang membangkitkan soal ini.

Ada pendapat yang mengatakan apa jua yang membezakan keadilan antara rakyat adalah sama dengan dasar aparteid dan harus ditentang habis-habisan. Tiada satu pun perbezaan antara rakyat yang dibenarkan berlandaskan prinsip keadilan sejagat. Nelson Mandela berjuang habis-habisan dalam soal aparteid. dan akhirna dia berjaya. Apakah semangat dari perjuangan Mandela ini diterap untuk menghapuskan keistimewaan yang ada terhadap sebahagian rakyat di Malaysia ini.


Persoalannya, mampukah Islam dapat dipertahankan sebagai sesuatu keistimewaan dalam Perlembagaan Malaysia dan siapakah benteng pertahanannya. Setelah lima puluh tahun Islam dipertahankan sebagai sesuatu yang tidak boleh dicabar dan tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini adalah hasil pakatan kaum dari pemimpin terdahulu.


Pemimpin lama , termasuk juga pemimpin pembangkang kini semakin dilupai. Dahulu Karpal Singh. Yang Berhormat dari Gelugor begitu lantang berkaitan penubuhan negara Islam di Malaysia. Golongan muda hari ini bertambah lantang dari segi suara dan perlakuan mencabar keistimewaan agama Islam dalam Perlembangaan.

Hari ini, khabarnya satu kaedah baru dalam pakatan kaum telah dirumuskan.. Hasilnya kita belum nampak lagi. Sebagai penganut Islam, kita sangat berharap status quo Islam dalam Perlembagaan kekal. Dan soal-soal berkaitan dengan agama rasmi ini tidak dibincangkan secara terbuka.

Tiada ulasan: