Jumaat, 15 Ogos 2008

Mengapa Bukan Tokoh Agama Di Permatang Pauh.

Akhirnya BN memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon untuk menentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Beliau mengalahkan 21 calon lain yang disenaraikan oleh UMNO bahagian Permatang Pauh. Mengikut yang dilaporkan, Datuk Arif Shah menduduki tangga ke 21 dariapda 22 orang dalam senarai keutamaan. . Menurut Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi, Datuk Arif Shah juga ADUN Seberang Jaya merupakan orang yang paling layak untuk mencabar Datuk Sri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Datuk Arif Shah dikatakan seorang yang taat setia kepada parti dan mempunyai rekod kerja yang baik .

Kriteria pemilihan calon BN kali ini agak berbeza dengan pemilihan sebelumnya. Sebelum ini, BN telah memilih tokoh agama sebanyak dua kali . Majoriti pengundi Permatang Pauh adalah orang Melayu. Sebelum tahun 1982, Permatang Pauh diwakili oleh Zabidi Ali dari Pas. Zabadi Ali ditewakakn oleh Anwar Ibrahim dengan majoriti 14,352. Kemudian BN memilih Datuk Pirdaus bekas Imam masjid Negara dua kali berturut-turut namun kedua-dua cubaannya gagal malah sambutan pengundi terhadap Datuk Pirdaus semakin menurun. Baru-baru ini juga ada ura-ura untuk mengekalkan tokoh agama dalam pilihan raya kecil ini. Dr. Asri, mufti Perlis telah dipinang untuk bertanding mewakili BN. Barangkali ada beberapa pertimbangan yang dibuat oleh mufti Perlis ini, lalu beliau menolak secara berhemah dengan memberi alasan untuk menumpukan sepenuhnya masa terhadap bidang agama.
Kali ini BN mempertaruhkan personaliti calon. Datuk Arif Shah dikatakan seorang yang bekerja kuat dan sentiasa mendampingi masyarakat. Beliau disenangi rakyat berbilang kaum di Seberang Jaya. Kebolehannya menguasai bahasa Mandrin dan dialek Hokien juga menjadi faktor pemilihan. Permatang Pauh mempunyai 24 peratus pengundi Cina. dan kebanyakan pengundi cina ini di kawasan Seberang Jaya. Bukti beliau popular di Seberang Jaya ialah beliau telah memenangi ADUN Seberang Perai sejak 2004. BN sendiri mengakui sukar untuk menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Usaha sekarang ialah untuk mengecilkan majori kemenangan itu. Pengecilan majoriti ini boleh dilakukan dengan meraih undi dari kalangan pengundi cina di Seberang Jaya. Persoalannya, adakah pengundi cina masih mahukan BN setelah DAP menguasai Pulau Pinang.

Ada juga desas desus mengatakan bahawa Datuk Arif Shah dipilih kerana mempunyai kaitan dengan Timbalan Perdana Menteri. Abang Datuk Arif Shah iaitu Datuk Amin Shah pernah diberi kontrak besar oleh Dato Sri Najib. Hubungan inilah yang dikatakan memberi kelebihan kepada Datuk Arif Shah.

Siapa juga yang dipilih, BN memang menghadapi laluan sukar di Permatang Pauh. Tetapi menjadi pilihan underdog ada kelebihan. BN juga bukan berhadapan dengan Anwar Ibrahim. BN perlu juga berhadapan dengan jaguh baru iaitu YB Fairus di Penanti. YB Fairus telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Pastinya pengundi-pengundi di Penanti berbangga dengan YB Fairus dan terus menyokongnya.

Kali ini sejarah pemilihan Permatang Pauh pasti berubah. Kalau dahulu pengundi Permatang Pauh meilih tokoh agama, tetqapi kali ini mereka memilih tokoh sekular. Jika tidak mengapa YB Fairus dari PKR boleh menang di Penanti. Mengapa Penanti tidak diberikan kepada calon Pas untuk bertanding.

Tiada ulasan: