Isnin, 11 Ogos 2008

Hari Ini Menang di Permatang Pauh, Esok Minyak Turun.

Hari bentuk kerajaan, esok minyak turun. Begitulah kempen PKR dalam usha membentuk kerajaan. Kempen seperti ini amat menarik perhatian rakyat. Rakyat memang terasa beban kenaikan harga minyak. Sana sini orang bercakap cara untuk menjimatkan minyak. Selain dari kesan terus, rakyat juga menanggung beban kesan berantai daripada harga minyak ini. Oleh , siapa sahaja berjanji untuk menurunkan harga minyak pasti akan mendapat sokongan.

Apa kata kalau BN menggunakan strategi yang sama untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh. Gunalah slogan yang sama. HARI INI MENANG DI PERMATANG PAUH , ESOK MINYAK TURUN. Memanglah ini slogan PKR, tetapi memandangkan slogan ini tidak dipatenkan maka sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Kita tahu bahawa meniru itu satu bentuk pembelajaran. Kita tahu bahawa ciplak itu satu cara membangunkan teknologi dan kita tahu bahawa cetak rompak itu telah menjadikan ramai orang kaya raya. Dalam keadaan terdesak ini, bak kata orang , matlamat menghalalkan cara.

Slogan ini akan meletakkan rakyat di Permatang Pauh satu tanggungjawab yang amat besar. Keputusan yang mereka buat bukan sahaja memberi kesan terhadap diri mereka malah keputusan ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Sudah pasti banyak tekanan dari seluruh ceruk rantau di negara ini meminta rakyat Permatang Pauh menerima pelawaan BN ini.

Tindakan PM menangguhkan keputusan untuk mengumumkan harga baru petrol nampaknya ada motif politk. Kalau diturunkan harga petrol pada masa ini, apa lagi yang boleh dijanjikan kepada rakyat. Betul atau tidak ada teori yang mengatakan bahawa rakyat tidak boleh diberi kemewahan kerana ia boleh melupakan fungsi kerajaan. Rakyat perlu diberi tongkat supaya selalu mnghargai kerajaan.

Petrol merupakan WMD (weapon of mass destruction) bagi BN. Ianya digunakan pada saat-saat akhir dan genting. Ianya digunakan dalam keadan paling kritikal, iaitu semasa BN di persimpangan jatuh bangunya sebuah kerajaan. Senjata ini perlu digunakan pada hari ini memandangkan lawan yang akan dihadapi tersangatlah gagah. Di mana sahaja ia berada, gegak gempita bumi jadinya. Selepas ia berlalu, maka terjadilah padang jarak padang terkukur. Lawan ini sedang berada di petak mula dalam perlumbaan ke Putrajaya.

Ramai penganalisis berpendapat bahawa BN tidak boleh menang di Permatang Pauh. Malah, ada yang menjangka majoriti PKR akan meningka menjadi 25,000.
Oleh itu, WMD ini pasti akan digunakan oleh BN dalam piliha raya kecil kali ini. Teknologi reverse osmosis ini mungkin boleh berjaya.

Tiada ulasan: