Khamis, 14 Ogos 2008

Slogan Merdeka

Semalam DSAI mengumumkan slogan MERDEKA untuk kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Baguslah. Sempena bulan kemerdekaan ini eloklah kita sebut-sebut perkataan keramat itu seberapa kerap yang mampu Apa jua cara kita menyebut perkataan meredeka itu, ianya perlulah disuarakan dengan hati yang ikhlas dan penuh kesyukuran. Tidak elok sekali-kali kita menggunakan perkataan merdeka ini untuk menyindir sesiapa pun. Apa lagi jika kita menggunakan perkataan ini untuk berbalas-balas dendam atau sebagai senjata kita.
Perkara yang paling berkait dengan kemerdekaan ialah perpaduan dan penyatuan. Orang Melayu dari dari segala ceruk rantau di TANAH MELAYU pada masa itu datang ke Kuala Lumpur untuk mendengar ucapan kemerdekaan. Ibu bapa, datuk nenek kita sanggup mengusung tikar mengkuang dan sanggup tidur di kaki lima untuk meraikan kemerdekaan.
Jalan menuju kemerdekaan bukanlah seperti lebuh raya pada hari ini. Tidak seperti berbeloknya jalan ke Paya Kumbuh seperti dalam lagu Ayam Den Lapeh dahsyat lagi berbeloknya jalan kemerdekaan. Jalannya sempit dan berlekuk. Di permukaannya penuh kerikil tajam dan di kiri kanannya jurang dalam. Begitulah juga dengan jalan pasca merdeka. Ramai di antara kita hanya mendapat pengetahuan tentang kemerdekaan daripada bacaan. Kita jarang mendengar dari mulut generasi pra merdeka kerana ramai di antara mereka sudah tiada. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
Sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 ini marilah kita memberi pujian dan sanjungan kepada British. Biarlah sebanyak mana pun khazanah negara kita diambil, apakan daya kita pada waktu itu. Biarlah orang lain mendakwa bahawa Britishlah yang menjadikan mereka merempat di negara ini. Jika tidak kerana British barangkali mereka sudah kaya raya di negara asal mereka. Biarlah mereka. Sempena ulang tahun kemerdekaan ke 51 ini, kita memberi sanjungan kepada British kerana satu pesanan mereka. British berpesan kepada kita supaya bersatu padu. Namun setiap kali kita menyambut kemerdekaan, kita mencoretkan tinta hitam pada imej British sehingga satu pun yang baik dari British kita tidak nampak. Oleh kerana kita tidak menghayati pesanan British inilah maka semakin hari keadan kita semakin uzur. Segala anggota menjadi lemah sehingga kita tidak berupaya membuat apa jua keputusan yang boleh memberi faedah kepada diri kita. British berpesan kepada kita supaya kita bersatu. Malah Itulah syarat utama sebelum mereka mengungkai tali ikatan penjajahan pada negara kita. Dahulu kita berpecah dua. Sekarang kita sudah berpecah tiga.
Rasanya, waktu paling seronok selepas merdeka ialah sekitar awal 70 an. Pada waktu itu kampung tradisional semakin sunyi. Ramai anak muda yang baru berkahwin berhijrah ke Rancangan Felda. Rancangan Felda, mungkin ada persamaan dengan sistem Kolkozes di Soviet. Sesuatu yang baik kita terima dari blok komunis.
Anak-anak yang tamat tingkatan 5 berduyun-duyun masuk ITM. Ada yang msuk ke ITM dengan pangkat 3 . Ada yang masuk ITM sebelum keputusan SPM keluar lagi. Maka berkumpullah anak-anak muda dari seluruh ceruk rantau di ITM Shah Alam
Ramai juga anak muda berhijrah ke Kuala LUmpur untuk bekerja di sektor awam. Pada masa itu sektor awam sedang dalam pembesaran. Kuala Lumpur dipenuhi anak muda dari seluruh ceruk rantau, Dari Rantau Abang ke Cheruk Tok Kun ke Rantau Panjang
JIka ada kesempatan kita akan imbas kembali keadaan hidup peneroka felda, anak muda bekerja di kota dan bakal intelek di ITM

Tiada ulasan: