Ahad, 10 Ogos 2008

Kesan Tindakan Zulkifli Noordin Terhadap Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

PKR agak serba salah dengan tindakan Zulkifli Noordin menyertai perhimpunan menentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam. Zulkifli Noordin merupakan orang kuat PKR dan beliau juga adalah Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu. Naib Presiden PKR , Dr Syed Husin menyelar tindakan Zulkifli dan berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Zulkifli.

PKR mendakwa tetap berpegang pada prinsip kebebsan rakyat bersuara dan berpiket secara aman. Oleh itu tindakan Zulkifli mengetuai protes terhadap Forum Memeluk Islam ini adalah dianggap bertentangan dengan perjuangan PKR. Selain daripada PKR, DAP, dan Gerakan juga turut mengutuk tindakan Zulkifli ini.

Turut serta dalam perhimpunan ini ialah YB salahudin Ayob. Setakat ini belum ada reaksi aripada pemimpin PAS berkenaan penyertaan orang kuat mereka dalam hal ini. Tetapi PAS memang jelas prinsip perjuangannya iaitu menentang segala apa yang bertentangan Islam

Perhimpunan menentang Forum memeluk Islam ini memberi kesan yang besar terhadap pilihan raya kecil Permatang Pauh. Pemilih di Permatang Pauh sebahagian besarnya adalah orang Islam. Jika tindakan diambil terhadap Zulkifli, pemilih-pemilih di Permatang Pauh menganggap bahawa PKR tidak membela Islam. Jika tindakan tidak diambil terhadap Zulkifli, sekutu-sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat akan terus mendesak. Di sinilah dilema PKR. PKR juga terpaksa menjawab kepada PAS jika Zulkifli diambil tindakan. PAS tidak boleh berpendirian bahawa tindakan terhadap Zulkifli adalah urusan dalaman PKR kerana ini merupakan tunjang perjuangan PAS.

Tiada ulasan: