Jumaat, 15 Ogos 2008
Mengapa Bukan Tokoh Agama Di Permatang Pauh.
Khamis, 14 Ogos 2008
Slogan Merdeka
Ramai juga anak muda berhijrah ke Kuala LUmpur untuk bekerja di sektor awam. Pada masa itu sektor awam sedang dalam pembesaran. Kuala Lumpur dipenuhi anak muda dari seluruh ceruk rantau, Dari Rantau Abang ke Cheruk Tok Kun ke Rantau Panjang
Isnin, 11 Ogos 2008
Hari Ini Menang di Permatang Pauh, Esok Minyak Turun.
Apa kata kalau BN menggunakan strategi yang sama untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh. Gunalah slogan yang sama. HARI INI MENANG DI PERMATANG PAUH , ESOK MINYAK TURUN. Memanglah ini slogan PKR, tetapi memandangkan slogan ini tidak dipatenkan maka sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Kita tahu bahawa meniru itu satu bentuk pembelajaran. Kita tahu bahawa ciplak itu satu cara membangunkan teknologi dan kita tahu bahawa cetak rompak itu telah menjadikan ramai orang kaya raya. Dalam keadaan terdesak ini, bak kata orang , matlamat menghalalkan cara.
Slogan ini akan meletakkan rakyat di Permatang Pauh satu tanggungjawab yang amat besar. Keputusan yang mereka buat bukan sahaja memberi kesan terhadap diri mereka malah keputusan ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Sudah pasti banyak tekanan dari seluruh ceruk rantau di negara ini meminta rakyat Permatang Pauh menerima pelawaan BN ini.
Tindakan PM menangguhkan keputusan untuk mengumumkan harga baru petrol nampaknya ada motif politk. Kalau diturunkan harga petrol pada masa ini, apa lagi yang boleh dijanjikan kepada rakyat. Betul atau tidak ada teori yang mengatakan bahawa rakyat tidak boleh diberi kemewahan kerana ia boleh melupakan fungsi kerajaan. Rakyat perlu diberi tongkat supaya selalu mnghargai kerajaan.
Petrol merupakan WMD (weapon of mass destruction) bagi BN. Ianya digunakan pada saat-saat akhir dan genting. Ianya digunakan dalam keadan paling kritikal, iaitu semasa BN di persimpangan jatuh bangunya sebuah kerajaan. Senjata ini perlu digunakan pada hari ini memandangkan lawan yang akan dihadapi tersangatlah gagah. Di mana sahaja ia berada, gegak gempita bumi jadinya. Selepas ia berlalu, maka terjadilah padang jarak padang terkukur. Lawan ini sedang berada di petak mula dalam perlumbaan ke Putrajaya.
Ramai penganalisis berpendapat bahawa BN tidak boleh menang di Permatang Pauh. Malah, ada yang menjangka majoriti PKR akan meningka menjadi 25,000.
Oleh itu, WMD ini pasti akan digunakan oleh BN dalam piliha raya kecil kali ini. Teknologi reverse osmosis ini mungkin boleh berjaya.
Ahad, 10 Ogos 2008
Kesan Tindakan Zulkifli Noordin Terhadap Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
PKR mendakwa tetap berpegang pada prinsip kebebsan rakyat bersuara dan berpiket secara aman. Oleh itu tindakan Zulkifli mengetuai protes terhadap Forum Memeluk Islam ini adalah dianggap bertentangan dengan perjuangan PKR. Selain daripada PKR, DAP, dan Gerakan juga turut mengutuk tindakan Zulkifli ini.
Turut serta dalam perhimpunan ini ialah YB salahudin Ayob. Setakat ini belum ada reaksi aripada pemimpin PAS berkenaan penyertaan orang kuat mereka dalam hal ini. Tetapi PAS memang jelas prinsip perjuangannya iaitu menentang segala apa yang bertentangan Islam
Perhimpunan menentang Forum memeluk Islam ini memberi kesan yang besar terhadap pilihan raya kecil Permatang Pauh. Pemilih di Permatang Pauh sebahagian besarnya adalah orang Islam. Jika tindakan diambil terhadap Zulkifli, pemilih-pemilih di Permatang Pauh menganggap bahawa PKR tidak membela Islam. Jika tindakan tidak diambil terhadap Zulkifli, sekutu-sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat akan terus mendesak. Di sinilah dilema PKR. PKR juga terpaksa menjawab kepada PAS jika Zulkifli diambil tindakan. PAS tidak boleh berpendirian bahawa tindakan terhadap Zulkifli adalah urusan dalaman PKR kerana ini merupakan tunjang perjuangan PAS.
Jumaat, 8 Ogos 2008
Forum Memeluk Islam
Ada pendapat yang mengatakan apa jua yang membezakan keadilan antara rakyat adalah sama dengan dasar aparteid dan harus ditentang habis-habisan. Tiada satu pun perbezaan antara rakyat yang dibenarkan berlandaskan prinsip keadilan sejagat. Nelson Mandela berjuang habis-habisan dalam soal aparteid. dan akhirna dia berjaya. Apakah semangat dari perjuangan Mandela ini diterap untuk menghapuskan keistimewaan yang ada terhadap sebahagian rakyat di Malaysia ini.
Persoalannya, mampukah Islam dapat dipertahankan sebagai sesuatu keistimewaan dalam Perlembagaan Malaysia dan siapakah benteng pertahanannya. Setelah lima puluh tahun Islam dipertahankan sebagai sesuatu yang tidak boleh dicabar dan tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini adalah hasil pakatan kaum dari pemimpin terdahulu.
Pemimpin lama , termasuk juga pemimpin pembangkang kini semakin dilupai. Dahulu Karpal Singh. Yang Berhormat dari Gelugor begitu lantang berkaitan penubuhan negara Islam di Malaysia. Golongan muda hari ini bertambah lantang dari segi suara dan perlakuan mencabar keistimewaan agama Islam dalam Perlembangaan.
Hari ini, khabarnya satu kaedah baru dalam pakatan kaum telah dirumuskan.. Hasilnya kita belum nampak lagi. Sebagai penganut Islam, kita sangat berharap status quo Islam dalam Perlembagaan kekal. Dan soal-soal berkaitan dengan agama rasmi ini tidak dibincangkan secara terbuka.
Selasa, 5 Ogos 2008
Deklarasi ini saya letak di sini untuk meninjau sejauh mana deklarasi ini diperjuangkan. Juga untuk melihat sama ada kontradiksi antara perlakuan dan pernyataan.
02 Mac 2008
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud "tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami"Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.Permatang
Pauh12 September 1998
-->
Diari KeADILan
Tiada aktiviti dijadualkan buat masa ini
›› Lihat Diari Penuh
© 2004 - 2008 Parti