Rabu, 11 Mac 2009

Lamunan Terhenti

Inilah masalahnya apabila kita tidak konsisten. Hangat-hangat tahi ayam kata perumpamaan Melayu. Buat sesuatu tidak bersungguh-sungguh. Buat mengikut mood tanpa jadul. Tiada disiplin diri. Akhirnya, inilah jadinya. Blog ini tidak dikemaskini lebih ari dua bulan.

Walau pada mulanya, blog ini adalah betujuan untuk mencatatkan sesuatu yang terlintas difikiran dalam apa jua bidang. Masa bukan penghalang. Tugas harian juga bukan rintangan. Halangannya adalah minat bermusim yang dibawa sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kanak-kanak kampung waktu dahulu bermain sesuatu permainan mengikut musim. Musim permainan yang biasa adalah permainan tradisional seperti permainan gasing dan permainan wau.

Sekarang masa untuk mengingati semula siapakah di dalam kampung memulakan sesuatu musim permainan itu. Tidak ingat. Itu tidak penting pada masa dahulu. Tetapi sekarang ini, sewaktu orang melihat tentang ketokohan dan kepimpinan, orang yang memulakan sesuatu musim permainan itu adalah seorang pemimpin pada masa itu. Dia yang mula dan orang lain pun ikut.

Permaian ini dikatakan bermusim kerana memang mengikut musim. Musim kering dan berangin, orang main wau. Biasanya selepas menuai padi.

Musim main badminton yang paling hangat sekali ialah selepas TV siarkan Pertandingan Piala Thomas. Tanah lapang banyak bertukar menjadi gelanggang badminton. Saya masih ingat bagaimana cara kami semasa kanak-kanak membuat gelanggang badminton. Mula-mula kami golek tong drum ditanah lapang yang ditumbuhi lalang. Tujunanya adalah untuk membaringkan lalang itu suoaya daun lalang tidak melukakan kaki sewaktu bekerja. Kemudian baru dicangkul lalang. Akar lalang dibuang suapaya tidak tumbuh dengan cepat.

Kami ukur gelanggang guna tali guni. Waktu itu tali rapia belum ada. Kami buat garisan gelanggang menggunakan buluh yang dibelah sebesar 2 inci. Buluh itu dipaku ke tanah. Kami buat tiang dengan kayu hutan. Kemudian kongsi duit beli net. Siapa yanmg tak keluarkan duit tidak boleh main. Kerja-kerja membuat gelanggang ini hanya ambil masa 3 hari saja. Buat cepat-cepat supaya dapat main dengan segera. Kualiti pada masa itu tidak kira sangat. Selepas gelanggan siap , kami bincang untuk namakan gelanggang ini. Seorang budak yang lebih besar mencadangkan nama Nangkapuri sebagai nama gelanggang. Ini kerana gelanggang badminton itu berhampiran dengan beberapa batang pokok nangka. Perkataan puri pula diambil dari nama Angkasapuri.

Maka setiap petang mainlah kami . Bagaimana permainan ini diganti dengan permainan lain, tidak dapat saya ingat.

Tiada ulasan: