Ahad, 29 Mac 2009

Komen Saya Dalam The Srcibe

YBhg Dato Kadir

Kekuatan Hang Tuah pada Taming Sari.
Kekuatan Pak Sako pada jari.
Kekuatan seniwati Normadiah pada watak ibu tiri.
Kekuatan mamak pada kari.
Kekuatan polis pada gari.
Di manakah letaknya kekuatan Khairy?

Kata orang, kalau kita mahu mengalahkan musuh kita perlu tahu tumit Archilesnya. Dimanakah letak kelemahannya. Betul. Inilah yang selalu dibuat orang. Kita juga boleh mengalahkan musuh dengan mengetahui kekuatannya. Betulkan? Tetapi ini jarang dilakukan. Kita jarang buat analisis SWOT terhadap musuh atau pesaing kita. Kita hanya buat analisis SWOT terhadap diri kita sahaja.

Hari ini saya mahu jadi anti populist. Saya mahu menulis sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai. Saya mahu tulis tentang kehebatan Khairy. Oleh itu , dengan izin, saya pohon ruang yang lebih besar di blog ini. Kekuatan Khairy pada keyakinan dirinya. Anak diplomat. Ayah Datuk mak pun Datuk. Datuknya pula penghulu terkenal di Rembau. Keyakinan diri semakin tebal apabila menjadi menantu Perdana Menteri.

Khairy seorang anak muda yang pintar. Kata aorang, dia lulusan Oxbridge. Khairy tidak suka itu. Khairy lebih suka dikatakan lulusan Oxford. Walaupun kedua-dua uiversiti ini nampak macam kembar, tetapi Oxford tetap nombor satu dan Cambridge jatuh nombor dua di UK. Khairy tetap mahu dikenali sebagai lulusan universiti nombor satu.Kekuatannya diperolehi dari ijazahnya. Apa tidaknya, kalau dalam masa 3 atau 4 tahun diiktiraf menguasai 3 bidang utama kehidupan iaitu falsafah, politik dan ekonomi. Apa rasa kita kalau kita ada ijazah kejuruteraan Kimia. Tentu kita juga rasa kita menguasai bidang ini. Itulah analoginya.;

Khairy memang pintar. Dia tahu dia ada kedudukan. Dia tahu dia ada kelulusan. Cuma yang dia belum ada ialah sokongan akar umbi. Lalu dia pun buat jelajah la tour de Langkawi cari pengaruh. Segala lapisan masyarakat Khairy gauli. Jumpa ramai orang. Dia belanja minum kopi. Nak jumpa orang, nak terangkan vision dan mision kita kena pakai duit. Kena belanja orang.

Khairy orang yang berpandangan jauh. Dia tidak lokek akan wang ringgit. Ramai orang yang dia belanja. Biasalah tu.Khairy juga seorang yang bijak. Dia sedar bahawa kekuatan seseorang bukan saja bergantung pada kecerdasan fikiran. Seseorang pemimpin yang ingin berjaya perlu ada soldadu jalanan. Soldadu jalanan yang berperanan menggempur dan menggertak musuh. Bagi tujuan ini , Khairy pilih Mat Moto aka Mat Rempit.

Maka terhimpunlah segala kelengkapan dan keperluan untuk menjadi pemimpin pada diri Khairy. Keyakinan tinggi. Kelulusan pun tinggi. Pengikut ramai dan pembonceng pun ramai.Kita akan lihat perubahan pada Rembau di bawah Khairy.

Orang Negeri Sembilan tentu biasa dengan lawak ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK. terjemahan langsung.. DI REMBAU PUN SAYA TIDAK SESAT.

Saya ulanglah cerita itu bagi pemahaman pembaca yang belum pernah mendengar lawak ini. Seorang tua yang tinggal di sebuah kampung di dalam daerah Rembau ingin melawat anaknya di Kuala Lumpur. Tujuannya dihalang oleh isterinya, memandangkan dia pergi bersendirian. Isterinya takut dia suaminya sesat di Kuala Lumpur. Oleh keran dihalang berkali-kali, Orang tua ini jadi bengis lalu menengking isteinya, ROMBAU PUN DEN TAK SOSEK (inikan pula Kuala Lumpur)Dengan kehebatan Khairy lawak ini akan menjadi kenyataan. Rembau akan membangun mengalahkan Kuala Lumpur.

Hidup Khairy.

Sekian,

Tiada ulasan: