Sabtu, 21 Mac 2009

Mohamad Fairus Sambung Belajar

Mohd Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan untuk menyambung pelajaran. Inilah alasan yang diberikan. Tak apa. Kita percaya sajalah. Orang kata apa pun kita percaya.

Satu perkara yang kita tabik anak muda ini ialah kecintaannya kepada ilmu. Mohd Fairus ada double master. Kurang ramai yang ada doubloe master seperti ini. Sanggup dia berhenti dari menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meneruskan pengajiannya di peringkat PhD.
Mungkin niat atau cita-cita Mohd Fairus sejak zaman berkubang di Kubang Semang lagi untuk menjadi profesor. Tetapi oleh kerana tiada nasib, beliau hanya menjadi Timbalan Ketua Menteri sahaja.

Saya rasa personaliti seperti Mohd Fairus memang sesuai untuk jadi profesor. Tidak suai jadi orang politik. Jadi orang politik, seseorang perlu keluar bertemu orang. Perlu ada hubungan terus dengan orang lain. Bukan setakat membaca berita atau membaca blog sahaja. Inilah yang kurang pada Mohd Fairus.

Satu lagi sebab mengapa Mohd Fairus gagal dalam tugasnya menjadi TImbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ialah kerana dia dilantik pada ketika yang sangat muda. Pada umur 33 tahun beliau sudah berada di pejabat Ketua Menteri. Bagi saya, jawatan yang mencabar ini perlu dipikul oleh seorang yang lebih dewasa.

Khir Toyo pun pegang jawatan pada usia yang lebih muda. Apa yang terjadi?

Tiada ulasan: