Isnin, 1 September 2008

Bila Mufti Berpantun



Sewaktu diberi tawaran untuk bertanding sebagai calon BN di Permatang Pauh, Mufti Perlis Dr. Mohd Asri menolak dengan alasan untuk menumpukan sepenuh perhatian hal-hal keagamaan. Kita rasa syukur kerana beliau mahu jadi neutral dan tidak mahu terlibat dengan politik kepartian.

Mufti adalah penjawat awam. Tugas dan tanggungjawab seorang mufti adalah mengetuai Jabatan Mufti yang menguruskan pentadbiran agama Islam di sesebuah negeri. Sebagai penjawat awam kategori tinggi, seorang mufti seharusnya tidak terlibat dengan politik kepartian. Penjawat awam juga adalah dilarang untuk mengemukakan pendapat secara terbuka atas kapasiti jawatannya.

Sewaktu melawat laman webnya, saya tertanya-tanya sama ada laman web ini adalah sebuah laman web rasmi ataupun sebuah laman web peribadi. Jika ianya sebuah laman web rasmi ia harus menggunakankan nama Jabatan Mufti Perli, mungkin jmuftiperlis dan menggunakan domain kerajaan negeri.

Dan jika ianya sebuah laman peribadi, Dr Mohd Asri tidak patut menggunakan Jawatannya pada laman web berkenaan. Sekadar meletak namanya dan pengiktiran akademiknya sahaja.

Jika ianya sebuah laman rasmi memang tidak sesuai baginya untuk menyisipkan pantun-pantun seperti ini. Saya petik pantun dari laman web Dr Mohd Asri di bawah ini.





Pantun ini nampaknya seperti pantun nasihat. Tetapi dalam keadaan semasa pantun ini boleh dianggap pantun sindiran politik.


Saya terus mencari , cuma saya jumpa ialah Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Jabatan MUfti Terengganu dan Jabatan Mufti Perak. Pencarian seterusnya saya jumpa sesuatu yang saya tidak inginkan. Sebuah bolg yang mengutuk Jabatan Mufti Perlis. Blog itu menuduh Jabatan Mufti Perlis yang paling bermasalah.


Seelok-eloknya tidak usahlan seorang mufti membuat sindiran dalam pantun seperti ini. Kalau terasa benar untuk turut memblogg tanggalkanlah jawatan mufti itu di pejabat.


Difikir-fikir semula, rasanya Dr Mohd Asri salah memilih kerjaya. Dengan kelulusan yang dimiliki serta dengan umur yang masih muda, Dr. Mohd Asri perlu berpindah kerjaya. Kerjaya yang cocok dengan jari dan mulutnya itu.


Tiada ulasan: