Selasa, 2 September 2008

Baiknya Hati Emak SI Randang


Menteri Besar Perak meluluskan pemilikan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian cina. Alasan yang diberikan ialah supaya sekolah persendirian ini memiliki aset untuk berdikari. Belum pernah dalam sejarah Perak anugerah seperti ini dibuat. Setakat ini kita belum menerima berita ucapan terima kasih daripada mana-mana kesatuan Cina.

Tindakan Menteri Besar Pas ini menyimpang jauh daripada jangkaan sesiapa pun. Ramai orang menjangkakan Menteri Besar ini akan menambahkan bilangan sekolah Agama Rakyat yang agak daif di Perak. Guru-guru di sekolah agama rakyat mengharapkan supaya skim perkhidmatan mereka diperbaiki setaraf dengan skim guru-guru sekolah kerajaan. Ramai juga yang mengharapkan surau di kampung-kampung diperbaiki dan diberi bantuan kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan Pas yang memperjuangkan Islam.



Di Pulau Pinang, sekumpulan ahli PAS berkunjung ke pejabat Ketua Menteri. Setelah berkenalan dan beramah mesra, Ketua Menteri menjamu tetamu ini. Tetamu ini bangga kerana jamuan yang diberikan kepada mereka harganya tidak sampai RM 10.00. Dalam keadaan sekarang apa agaknya yang boleh dibeli dengan harga RM 10.00.

Teringat kita kepada pepatah. Baiknya hati emak si Randang......

Tiada ulasan: