Jumaat, 26 September 2008

Tak Tipu Bukan China


Saya menulis posting ini semasa berada di Nilai 3. Isteri saya menjelajah semua kedai yang berbaris panjang. Saya yang "baloq liat" ni lepak kat medan selera yang tidak ada orang ini. Nasib baik ada meja dan kerusi yang masih bersusun walaupun tidak ada pengunjung. Saya rasa isteri saya pun tidak suka saya mengikutnya kerana dua sebab. Pertamanya saya sentiasa mengingatkannya supaya berjimat. Berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak. Kedua, saya ini katanya terlalu tergesa-gessa. Kata isteri saya, membeli barang tidak perlu tergesa-gesa. Kita kena ambil masa. Kita kena pilih dengan cermat supaya barang yang dipilih itu tiada kecacatan dan harganya pula perlu ditawar hingga ke lantai. Memang ada barangan yang terlepas daripada kawalan kualiti kilang dan ada juga barang yang sengaja dilepaskan daripada kawalan kualiti.

Menjelang hari raya yang tidak berapa hari lagi, ramai pengunjung di NIlai 3 ini. Memerhati nombor pendaftaran kenderaan, saya dapati orang yang datang ii ada dari Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan ada juga yang dari Pahang. Seperti biasa , di mana-man tempat pun, peniaganya orang cina. Barang jualan pun banyak dari negara China.

Teringat masa kecil-kecil dulu, orang selalu mengingatkan supaya berhati-hati apabila berurus niaga dengan orang cina. Dahulu ada satu stigma pada orang cina.
Kalau tak tipu bukanlah cina. Biasalah, tipu timbangan, campur buah limau busuk dengan buah limau elok, tipu jenama dan macam-macam lagilah tipu helah. Itu waktu dulu. Sekarang ini apabila masa berubah etika perdagangan juga telah berubah. Semua peniaga menerapkan integriti dalam perniagaan mereka. Semua peniaga yang saya temui bercakap tentang integriti dan keprcayaan pelanggan . Kita boleh menipu seseorang sepanjang masa, kita juga boleh tipu semua orang pada sesuatu masa. Tetapi kita tidak boleh tipu semua orang pada setiap masa. Perniagaan adalah satu karier sepanjang hayat. Oleh itu kejujuran dalam perniagaan adalah perkara utama yang dititikberatkan.

Tapi minggu ini dunia dikejutkan dengan penipuan dari China. Penipuan ini besar kesannya terhadap nyawa manusia. Pengeluar susu bayi daripada China telah mencampurkan bahan milamin ke dalam produk mereka. Saya yang buta sains ini ingatkan bahan ini semata-mata untuk bahan awet. Tetapi setelah buat sedikit pembacaan, barulah saya tahu bahawa milamin ini digunakan untuk menipu. Di katakan bahawa milamin ini dicampur ke dalam susu bayi untuk menipu kandungan susu. susu yang dicampur milamin akan menunjukkan kandungan protein yang tinggi. Akibat daripada penipuan ini ramai bayi di seluruh duni mengalami masalah ginjal.

China memang terkenal dengan keluaran produk yang murah. Apa jua barang yang dihasilkan dari China jauh lebih meruah daripada keluaran mana-mana negara di dunia ini. Ada kenalan yang pergi memesan barang dari China memberitahu, di sana dia ditanya tentang bajet kita. Semua barang boleh dikeluarkan mengikut bajet kita. Kalau bajet kita tinggi, dia boleh keluarkan barang dengan kualiti bajet kita. Dia juga boleh keluarkan produk jika bajet kita rendah.

Hari ini stigma lama itu kita pakai tampal semula. Kita ubah sikit saja ejaannya daripada Tak tipu bukan Cina kepada Tak Tipu bukan China.

Tiada ulasan: