Selasa, 9 September 2008

Sireh Pulang Ke Gagang, Pinang Pulang Ke Tampuk

Khabarnya Tun Dr Mahathir kembali memeluk UMNO. Kehadiran TDM seperti kata pepatah Melayu sireh pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk. TDM sebenarnya tidak bersara dari politik. Tulisan-tulisan di dalam blognya sebenarnya adalah percakapan politik. Kritikannya terhadap kepimpinan UMNO sekarang begitu pedas dan diminati. Walau bagaimanapun seseorang itu tidak boleh dianggap terlibat dalam politik aktif sekiranya tidak menjadi ahli mana-mana parti. Kepada TDM kita ucapkan selamat kembali selepas berkecil hati dengan UMNO selama lebih setahun.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali kepada Umno kerana ia akan mengukuh parti serta memberi ruang kepada negarawan yang dihormati itu memberi pandangan dan nasihat yang lebih bermakna.

Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani menyarankan agar bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat parti.
Beliau berpendapat tidak semua apa yang pemimpin Umno buat hari ini betul. Jadi kalau Umno ada seorang penasihat yang berpengalaman luas seperti Dr. Mahathir ia akan membantu menaikkan semula imej dan maruah Umno.

Beliau berpendangan , orang yang berada di luar parti dengan di dalam parti adalah berbeza. Beliau percaya Dr. Mahathir masih boleh membantu Umno.

Selain itu beliau turut mengalu-alukan kemasukan semula Dr. Mahathir menyertai Umno bagi membantu memulihkan parti yang kini disifatkan sedang 'tenat'.
"Saya sangat mengharapkan agar Dr. Mahathir kembali semula kepangkuan Umno kerana beliau mampu membawa perubahan positif dari dalam parti," katanya.


Beliau berkata pandangan dan nasihat yang diberikan oleh seorang negarawan dan mantan presiden sangat dihormati oleh semua peringkat di dalam parti.

TDM pernah membuat kejutan dengan mengumumkan hasrat persaraannya dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ketika itu kita melihat secara langsung dari kaca TV bagaimana pemimpin-pemimpin lain begitu terkejut dengan pengumumannya itu. Saya dapat lihat betapa sedihnya Ketua Pergerakan Wanita DS Rafidah Aziz ketika itu datang ke tempat duduk TDM dan meujuk untuk menarik balik hasratnya itu. Namun demikian persaraan itu ditangguhkan sehigga bulan Oktober setelah membuat pelan perubahan kuasa kepada timblannya DS Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 19 Mei lepas lagi satu keputusan besar yang diambil TDm ialah keluar daripada UMNO. Tidak seorang pun yang bersedih pada masa itu. Tidak ada pujuk rayu daripada pemimpin UMNO yang lain. TDM keluar UMNO kerana berpendapat UMNO sudah tida seperti 61 tahun lepas UMNO sekarang telah dijadi alat untuk kepentingan diri AAB dan keluarganya.

Namun demikian ada beberapa persoalan yang bermain di kepala kita mengapa TDM dijemput menyertai UMNO semula. TDM dikatakan menyertai semula UMNO atas usaha TS Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO sekarang. Mengapakah Muhyiddin Yassin begitu bersungguh-sungguh berusaha membawa kembali TDM ke pangkuan UMNO. Tidakkah Muhyiddin meminta pandangan daripada ketuanya sebelum berbuat demikina. Jawapannya pasti tidak. Kita semua maklum bahawa kepimpinan UMNO tertinggi sekarang ini tidak suka kepada TDM. DS Abdullah Ahmad Badawi sudah pasti tidak menyukai TDM kerana kritikan keras TDM terhadap kepimpinannya. Banyak dasar yang digubal semasa pemerintahan TDM dirombak oleh Abdullah. Banyak projek mega yang dirancang sewaktu pemerintahan TDM dibatalkan dan digantikan dengan projek lain.

Dari senerio ini jelas kepada kita bahawa hubungan antara Muhyiddin dengan Abdullah tidak intim. Ada desas desus mengatakan bahawa Muhyiddin akan menyertai Anwar pada tarikh yang ditetapkan walaupun Muhyiddin menafikan perkara ini.

Mahyuddin telah meneropong masa hadapan politiknya. Harapannya untuk menjadi pucuk pimpinan UMNO kabur jika menggunakan sistem peralihan kuasa secara dirancang. Dari segi umur, Mahyudin dan Mohd Najib hampir sama. Mohd Najib akan mengambil masa yang lama sebagai Perdana Menteri. Mungkin giliran tidak sempat sampai kepada Muhyiddin kalau mengikut faktor masa. Oleh itu Mahyuddin perlu mengubah sistem gantian ini. Mohd Najib akan menggnakan Hishamuddin untuk mendapat sokongan daripada UMNO Johor. Kerjasama antara Mohd Najib dan Hishamudin lebih mudah kerana ikatan persaudaraan. Sekali lagi Mahyuddin akan terpinggir.

TDM juga mempunyai bermacam sebab untuk bergiat semula dalam UMNO. Dharapkan dengan pengaruh yang ada padanya dapat menstabilkan UMNO dan BN. TDM tidak rela Anwar menjadi Perdana Menteri. Beliau pernah berkata bahawa beliau akan berhijrah jika Anwar jadi Perdana Menteri.

Satu lagi perkara yang menarik ialah tentang hubungan antara Tengku Razali dengan TDM hari ini. Hari ini ada desas desus tentang hubungan antara TDM dengan Tengku Razali. Tengku Razali pernah mencabar TDM sebagai Presiden UMNO cuma tewas tipis sahaja. Tengku Razali keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46. UMNO menjadi goyang pada masa itu. Ramai antara tokoh terkenal UMNO antaranya Rais Yatim keluar dari UMNO. Abdullah pada masa itu mengambil sikap lihat dan tunggu. Namun pada masa itu, parti-parti komponan BN tidak mengambil peluang untuk mendesak sesuatu. Semangat 46 tidak berjaya hidup lama dan kemudian dikuburkan setelah Tengku Razali menyertai semula UMNO. TDM dan Tengku Razali sanggup melupakan kisah lama demi mempertahankan UMNO di dalam dilema yang baru ini.

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Penyatuan dan kerjasama memang selamanya membuahkan hasil yg lebih baik.

Bersekutu Bertambah Mutu.