Sabtu, 13 September 2008

Biri-Biri Mana Melompat Dahulu

Melihat akan keadan padang ragut sekarang timbul kesedaran di dalam hati saya bahawa biri-biri sekarang berada dalam keadaan resah gelisah. Masing-masing sedang berlegar-legar di tepi panggar dan hanya menanti masa yang sesuai.

Padang ragut mula menjadi panas. Pokok-pokok lama yang mempunyai dahan yang kukuh sudah ditebangSang Pengembala dan digantikan dengan pokok baru. Pokok-pokok baru ini belum mampu memberi naungan kepada biri-biri.

Sang Pengembala pula nampaknya sudah kehilangan tenanga dan banyak bersandar di tunggul kayu. Matanya separuh lelap. Biri-biri hanya dibawah jagaan musang peliharaanya.

Pada mulanya dijangkakan biri-biri jenis Borneo yang akan melompat dahulu. Biri-biri jenis ini memang kuat melompat.. tetapi nampaknya biri-biri besar jenis Johor yang kelihatan lebi resah. Tanduknya menyondol-nyondol sana sini menunjukkan kemarahan terhadap Sang Gembala yang kurang kemampuna untuk mengurus padang ragut. Ini akan menjadi petanda bahawa biri-biri Johor akan mebuat lompat mula.

1 ulasan:

joharihamzah berkata...

saudara tico,

terima kasih atas kunjungan saudara atas blog saya..

pada pandangan saya, orang2 johor memang tak berkenan dgn pemerintah kerajaan sekarang walaupun :
1- menteri kabinet ramai orang johor,
2- pelancaran besar2an WPI/ Iskandar Malaysia dijalankan.

ini kerana johor adalah 'penyumbang setia' kepada kemenangan Umno sejak bertahun2 lamanya, namun jawatan yang diberi tidak setimpal. mungkin ahli2 politik johor inginkan jawatan seperti timb PM atau menteri kewangan.

dan tak mustahil, merekalah yg akan 'melompat dahulu' ke kem lain,maklum kata, biar padan muko dio, asal den pueh ati!