Khamis, 11 September 2008

Kemasukan Semula Mahathir: Memperkukuh Atau Meroboh

Hasat DR Mahathir memeluk semula UMNO membawa reaksi berbeza-beza dari pelbagai pihak. Ada yang merasakan kehadiran semula Dr Mahathir dalam UMNO dapat menstabilkan UMNO yang kini sedang bernafas dengan bantuan oksigen. Ada pula yang merasakan kehadiran Dr Mahathir ini akan merobohkan UMNO.

Dr Mahathir yang telah menerajui UMNO dan BN selama 22 tahun sudah tentunya mempunyai pengalaman yang luas. juga dikatakan mempuynai cara yang tegas dan straight foward dalam menyelesaikan masalah.

Krisis UMNO semakin gawat apabila Dr Mahathir keluar dari UMNO. Dr Mahathir bukan calang-calang orang. Dia mempunyai pengikut yag ramai Dr Mahathir keluar dari UMNO megikut pintu hadapan, tetapi ramai lagi ahli UMNO yang lain keluar parti mengikut pintu belakang. Dengan kehadiran Dr Mahathir , diharapkan ramai lagi pemimpin-pemimpin lain di peringkat akar umbi akan kembali aktif

Di sebalik itu, Abdullah juga telah membina rangkaiannya sendiri yang lain daripada rangkaian lama. Menteri kabinetnya merupakan muka-muka baru. Muk-muka lama, antaranya Rafidah Aziz , banyak disingkirkan.
.
Jelas sekarang nampak hubungan antara Abdullah dengan Muhyiddin Yassin retak apabila Muhyiddin memperosalkan tarikh peralihan kuasa yang dibuat oleh Abdullah. Antara orang kuat dari puak Dr Mahathir ialah Tengku Razali, MUhyiddin Yassin, Hishamudiin, Dan Abdullah pula dengan kekuatan orang baru seperti Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan. Mereka ini juga akan berusaha untuk mengekalkan status quo mereka.

Pertembungan antara pengikut dan pengikut Ab Dr Mahathir dullah boleh merobohkan UMNO. UMNO sedangmenghadapi penyakit kronik . Penyakit ini memakan masa yang agak lama untuk dipulihkan. .

2 ulasan:

Cheguman berkata...

Demang tak nak komen dulu hal ni. Cuma nak tanya kenapa tak gabungkan saja blog nasi tambah ke dalam blog ni. Leceh la nak baca. Sebab ulasan dlm blog nasi tambah tu menarik.

Dulu Demang pun buat dua blog politik, iaitu satu untuk komen-mengomen je (responsikit). Akibatnya, nyaris2 blog dan PC tu kena hempap dgn batu blok... (bini Demang mengamuk..!)

(sebenarnya Demang ada 4 blog dan satu website. Jadi moderator utk 4 groupyahoo)

TICO berkata...

Terima kasih Demang. Saya baru berkecimpung. Belum cekap tentag pengendalian blog. Insayllah akan ada unsur maju dengan bantuan kawan kawan.