Sabtu, 20 September 2008

Paluan Berundur Untuk Abdullah




Meneliti laporan pelbagai akhbar , terutamanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari Khamis lepas, rasanya tidak lama lagi kita akan saksikan istiadat paluan berundur untuk Abdullah.

Paluan berundur atau beating the retreat merupakan satu tradisi tentera yang diamalkan sejak berkurun lamanya. Ia dilaksanakan apabila pasukan tentera menarik diri dari bertempur atau menghentikan pertempuran . Dalam pasukan polis, paluan berundur merupakan istiadat persaraan bagi pegawai tingginya.

Hajat Abdullah untuk menamatkan karier politiknya pada tahun 2010 mungkin tidak kesampaian. Proses peralihan kuasa kepada Najib pada mulanya dilihat satu kesinambungan penurunan kuasa idea Mahathir. Pada mulanya semua pihak akur dengan proses peralihan kuasa ini. Namun demikian, banyak pihak mempersoalkan kewibawaan Abdullah setelah Abdullah gagal memimpin memperolehi majori dua per tiga di Parlimen.

Tamparan demi tamparan diterima Abdullah. Usul undi tidak percaya dari SAPP dapat diselamatkan oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen.

Tamparan berterusan daripada pembangkang supaya Abdullah meletak jawatan dan menyerahkan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Hal ini juga tidak begitu mengancam kepada Abdullah. Abdullah dikatakan tidak berkemampuan untuk mengurus negara.

Abdullah Badawi dilahirkan di Kepala Batas dalam keluarga yang terkenal. Bapanya , Ahmad Badawi adalah seorang ulama yang terkenal. Datuknya Syeikh Abdullah Badawi Fahim adaalah salah seorang pengasas Hizbul Muslimin dan kemudiannya dikenali dengan nama PAS.

Tamparan paling hebat kepada Abdullah ialah apabila ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri yang menyuarakan dengan lantang supaya mempercepatkan tarikh peralihan kuasa ini. Laporan media menyebut bagaimana Rafidah Aziz dengan lantangnya mendesak Abdullah berundur. Kita biasa mendengar bagaimana Rafidah berucapa semasa menjadi menteri dahulu . Rafidah biasnya berucap dengan suara yang lantang dan dengan kening yang terangkat . Rafidah memang ada kes untuk tidak menghormati Abdullah. Pertama, Rafidah tidak dilantik untuk menganggotai kabinet walaupun menang di Parlimen Kuala Kangsar. Rafidah adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Rafidah juga merupakan menteri yang paling lama berkhidmat. Tidak ada sebab mengapa Abdullah tidak melantiknya menjadi menteri. Yang lebih menyakitkan hati Rafidah ialah apabila Abdullah melantik Shahrizat sebagai penasihatnya yang bertaraf menteri walaupun Sharizat tewas di Lembah Pantai.

Muhyiddin juga mempunyai pandangan yang sama dengan Rafidah. Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan yang sama di Singapura. Muhyiddin bertanggungjawab di atas kenyataanya dan sanggup menerima tindakan daripada Abdullah.

Memandangkan tekanan-tekanan ini, tidak lama lagi kita akan saksikan istiadat Paluan Berundur untuk Abdulah

Tiada ulasan: