Isnin, 27 Oktober 2008

Anwar Kembali Bersempua


Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Inilah susahnya kalau jadi manusia reaktif. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku maka tidak apa yang hendak ditulis. Biasanya kita memberi reaksi kepada tindak tanduk YB Anwar Ibrahim tetapi oleh kerana sudah agak lama tidak mendengar cerita Anwar Ibrahim maka kita pun diamlah. Rasa rindu pulak pada dia. Sudah lama juga Anwar dan bala tenteranya tidak berkawad. Apa agaknya yang sedang dibuat oleh Anwar sekarang ini.

Ada orang kata Anwar sekarang sibuk dengan sempuanya. Bagi yang lupa, sempua ialah sejenis alat untuk mengira. Biasanya orang Cina pada zaman dahulu menggunakan sempua untuk mengira. Bagi orang yang mahir, menggunakan sempua lebih cepat daripada menggunakan kalkulator.

Orang UMNO di sana sini sedang sibuk bermesyuarat untuk memilih calon untuk jawatan tertinggi. . Pemimpin UMNO pun bertambah sibuklah. Ke utara selatan timur dan barat mencari sokongan. Kempen menjadi bertambah sengit. Ini baru tahap saringan. . Tahap menentukan siapa yang layak bertanding. Ini pun sudah sengit . Perhimpunan UMNO akan diadakan pada bulan Mac ini. Macam-macam perkara boleh terjadi dalam tempoh berkempen yang lama itu. Kempen yang sengit boleh menyebabkan perpecahan dalam UMNO.

Anwar sibuk dengan sempuanya oleh kerana inilah. Dia sedang menolak dan mencampur Ahli Parlimen UMNO yang akan bertelagah. Siapa yang akan bertelagah dansiapa yang akan disingkirkan.

Kalau dahulu, Anwar mendakwa Ahli Parlimen dari Sabah yang melompat menyertai Pakatan Rakyat. Tetapi senerio selepas pemilihan UMNO akan berbeza. Kali ini Anwar lebih banyak menjangkan ramai Ahli Parlimen dari Semenanjung akan menyertainya dalam Pakatan rakyat. UMNO di Semenanjung lebih banyak berpuak daripada UMNO di Sabah. Impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kembali bersinar..

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

http://deklarasijandabaik.blogspot.com

Satu usaha memartabatkan para bloggers

Terima kasih.