Rabu, 15 Oktober 2008

Cepat Pak Lah Cepat


Mula-mula peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib dijadualkan pada tahun 2010. Kemudian, kerana desakan kuat di kalangan ahli UMNO, peralihan kuasa ini dicepatkan ke tahun hadapan.

Namun demikian tarikh baru ini pun masih terlalu lama bagi sesetengah orang. Salah sorang yang anggap tarikh ini masih terlalu lama ialah bekas Perdana Menteri , Tun Mahathir. Mahathir mahu melihat wajah Abdullah terhapus secepat mungkin dari senario politik tanah air. Mahathir mula memberi tekanan kepada Najib. Mahathir mula menarik balik sokongan terhadap Najib kerana menganggap Najib masih lagi rapat dengan Abdullah. Kononnya mengikut pelan peralihan kuasa zaman Mahathir, Abdullah hanya diberi kuasa satu penggal sahaja. Selepas itu Abdullah perlu menyerah kuasa kepada Najib. Begitulah rancangan yang di atur oleh Mahathir.

Soala peralihan kuasa tidak perlu dibincangkan panjang lebar. Perkara ini perlu tindakan. Abdullah sudah pun mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding mengekalkan jawatan Presiden UMNO. Sesiapa sahaja boleh bertanding untuk merebut jawwatan berkenaan. Dan sesiapa yang memenangi jawatan ini boleh dilantik menjadi Perdana Menteri jika UMNO masih memiliki majoriti di dalam Dewan Rakyat.

Jika Abdullah berundur hari ini , Najib akan mengantikannya. Tetapi apa akan jadi jika Najib tewas dalam pemilihan parti pada Mac ini. Jawatan Perdanan Menteri akan berpindah tangan. Oleh itu, masa yang paling baik untuk Najib memegang kuasa ialah selepas dia memenangi kerusi Presiden parti pada Mac ini. Selepas Mac ini, sekiranya Najib menang, jawatan Perdana Menteri adalah hak mutlaknya mengikut sistem perlantikan lama perdana menteri.

Tiada ulasan: