Ahad, 5 Oktober 2008

Siapa Nur Jazlan? Agak-agak la Sikit



Berita TV3 pada malam Ahad melaporkan Nur Jazlan Mohamad menawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, jawatan nombor 2 tetinggi dalam parti. Sekarang ini jawatan ini disandang oleh Mohd Najib. Bagi orang biasa, tentunya ramai yang tidak kenal Nur Jazlan. Ramai yang tertanya-tanya siapa Jazlan dan apakah pengaruhnya dalam UMNO sehingga berani menawar diri bertanding jawatan nombor 2 itu.

Untuk menjimatkan masa mencari maklumat, berikut ini saya catatkan sedikit banyak tentang diri Nur Jazlan. Nur Jazlan anak bekas Menteri Penerangan Malaysia Datuk Mohamad Rahmat. Sekarang ini menjadi MP bagi Parlimen Pulai bagi penggal kedua. Berkelulusan ijazah perakaunan dari England dan ahli MIA dan ACCA.

Mula bergiat dalam UMNO pada tahun 1996. Tiada apa jawatan dalam UMNO kebangsaan. Disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor akan datang.

Jazlan tidaklah seperti ayahnya, Mohamad Rahmat seorang yang cukup terkenal dalam UMNO. Jazlan baru dua penggal menggantikan ayahnya menjadi MP Pulai. Ayahnya Mohamad Rahmat seorang yang petah bercakap dengan sebutan bahasa Melayu baku tetapi Jazlan nampaknya lebih berminta untuk berbahasa Ingeris. Tulisan-tulisannya pun banyak dalam bahasa Inggeris.

Jazlan lama berada di England mempelajari perakaunan. Mungkin ini yang menyebabkan dia kurang lancar menulis dalam bahasa Melayu. Jawatan Timbalan Presiden memerlukan orang yang memahami dan mendalami perasaan orang Melayu. UMNO adalah parti orang melayu.

Tiada ulasan: