Ahad, 12 Oktober 2008

UMNO Jadi UMRO

Pagi Sabtu lepas saya minum sebelah meja beberapa orang Korea di Staffield Golf Resort Mantin. Dalam perbualan itu saya sempat mendengar perkataan “ umro” disebut bebrapa kali. Mungkin mereka sedang berbual tentang politik semasa Malaysia dan mungkin juga tentang UMNO . Orang Korea dan Jepun banyak pengaruh R dalam sebutan mereka. Mungkin umro yang berkali-kali disebut itu adalah UMNO.



Cadangan terbaru kini ialah mengenai menstrukturkan semula Barisan Nasional supaya menjadi sebua Parti Politik yang mempunyai keahlian tersendiri. UMNO sebagai tunggak BN tercabar dengan cadangan ini.

Gerakan juga mencadangkan perkara yang sama.

Tengku Razali berjanji akan menjadikan BN sebagai entity sebuah parti.

Perdana Menteri juga mencadangkan demikian.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) mewujudkan konsep keahlian terus untuk membolehkan rakyat berbilang kaum terlibat secara langsung dengan BN tanpa lagi melalui parti komponen seperti amalan sekarang.

Katanya, konsep seperti itu adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh kepimpinan BN kerana daripada pengalaman beliau, ada sebahagian rakyat yang suka kepada BN tetapi tidak berminat menjadi ahli parti komponen atas sebab-sebab tertentu.
'Abdullah juga berkata bahawa kita hendakkan penyatuan daripada pemikiran dan jiwa kita yang bersatu kerana Malaysia adalah negara kita semua.
Selanjutnya Abdullah menengaskan bahawa kita kena hidup dalam keadaan aman dan mesra, hormat menghormati supaya kita dapat wujudkan sebuah perpaduan untuk meneruskan usaha membangunkan negara kita," jelasnya.
Nur Jazlan berkata sudah sampai masanya untuk orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain tanpa bantuan daripada kerajaan.

Generasi muda menganggap parti UMNO adalah parti perkauman dan sudah tidak relevan lagi dengan keadaan sekarang. Dengan memberi contoh Parti Buruh, Parti Sosolis, Parti Komunis, Parti Republican

UMNO akan jadi UMRO akronim kepada United Multi Racial Organization.

Tiada ulasan: