Khamis, 9 Oktober 2008

Rupanya Saya Silap

Selama ini saya sangka Muhyiddin akan berada dalam kem yang berlainan dengan Najib dalam pemilihan UMNO pada Mac ini. Andaian ini berlaku dalam fikirian saya setelah Muhyiddin berkali-kali mengkritik pentadbiran Abdullah. najib pula dikatakan menyokong Abdullah . Ada yang mengatakan pada mesyuarat MT, Najib cuba memotong cakap-cakap MT yang cuba membidas pentadbiran Abdullah. Alasannya ialah UMNO perlu bersatu padu dalam keadaan politik semasa.

Saya sangkakan Muhyiddin sendiri akan menentang Abdullah pada pemilihan kali ini. Atau saya jangka Muhyiddin akan beregu dengan Tengku Razali. Muhyiddin juga mengambil usaha membawa Mahathir kembali ke dalam UMNO. Namun demikian , setakat ini jangkaan yang ada dalam fikiran saaya ternyata salah apabila melihat beberapa senario.

Pertamanya apabila Zaid Hamidi menarik balik kesediaannya bertanding jawatan timbalan dan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Penarikan diri Zaid ini setelah Muhyiddin menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden. Ini ada satu petanda baru. Semua orang tahu bahawa Zaid adalah penyokong kuat Najib. Penarikan diri Zaid ini untuk memberi laluan kepada Mahyuddin. Tidak mungkin Zaid menarik diri untuk memberi peluang kepada Muhammad Taib atau pun kepada Ali Rustam. Kedua-dua mereka ini tidaklah begitu menonjol kalau dibandingkan dengan Muhyiddin.

Sewaktu Najib mengumumkan untuk bertanding Jawatan Presiden di Kuala Terengganu, Muhyiddin ada bersamanya. IJelas ini juga menunjukkan bahawa kedua mereka adalah tag team.

Perkembangan selanjutnya saya jangkakan Ali Rustam akan menurut jejak Zaid. Ali Rustam juga akan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan lamanya iaitu Naib Presiden. Muhammad Taib akan meneruskan cita-citanya dan akan beregu dengan Tengku Razali.

Tiada ulasan: