Isnin, 13 Oktober 2008

Zulkifli Nordin Lompat Ke BN?


Cerita-cerita tentang pertukaran kerajaan kini menjadi semakin lembab. Orang ramai tidak ghairah lagi memeperkatakan hal itu. Ini adalah akibat daripada beberapa perkembangan yang berlaku sama ada dalam parti pembangkang atau pun dalam BN sendiri.

Perkara ini terjadi kerana cerita ini sudah anti klimak. Tarikh yang disasarkan oleh Anwar pada 16 September lepas tidak menjadi kenyataan. Kemudian Anwar mensasarkan peralihan kerajaan pada 13 Oktober. Tarikh ini agak lebih sesuai kerana hari itu merupakan tarikh permulaan sidang parlimen. Orang ramai mengharapkan satu usul tidak percaya kepada Perdanan Menteri akan bentangkan di dalam dewan. Namun perkara ini juga tidak trjadi.

Kemudian anwar menentapkan tarikh baru iaitu selepas hari raya Aidul Adha ini.

Perkembangan terbaru melihatkan Barisan Nasional menjadi semakin sasa. Desas desus mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu akan menyertai kerajaan. Hal ini bukan mustahil berlaku jika kita lihat pada perkembangan YB berkenaan.

YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tidak selesa dengan PKR sekarang ini. Ini berikutan penglibatannya dalam bantahan terhadap forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam. Penyertaannya dalam bantahan ini , apa lagi menjadi orang hadapan dikecam hebat oleh DAP. Naib Presiden PKR, Syed Hussin juga telah mengutuk tindakan Zulkifli ini walaupun Zulkifli menejlaskan bahawa penglibatanya dalam bantahan itu adalah di atas tiket Peguam Muslim Malaysia. Berita mengenai krisis antara Zulkifli dan PKR senyap buat sementera waktu.

Orang ramai mula heboh tentang kemungkinana Zulkifli menyertai Barisan Nasional apabila petisyen terhadap kemenangannya oleh Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ditarik balik. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir memberi alasan bahawa penarikan balik petisyen ini adalah untuk menumpukan kepada kerja-kerja pembangunan rakyat. Namun orang ramai tetap percaya bahawa telah wujud persefahaman antara Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan Zulkilfli. Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu akan menyertai Barisan NAsional.

Dengan kemasukan ini Barisan Nasional akan bertambah kuat.

Tiada ulasan: