Sabtu, 18 Oktober 2008

Benih Politik Perkauman Bertunas Di Perlis

Peringatan Raja-Raja Melayu boleh dilihat daripada peristiwa ini. Hari Khamis lepas kita telah saksikan bagaimana benih-benih politik perkauman yang kita semai tumbuh di sebuah sekolah menengah di Kangar. Sekumpulan murid perempuan telah menyerang guru di sekolah berkenaan. Peristiwa sedih ini dapat kita saksikan melaui laporan berita TV. Melihat video yang kabur itu dapat kita ketahui bahawa guru dan murid ini adalah daripada kaum yang berlainan. Jika seorang atau dua orang murid memukul guru di luar sekolah mungkin menjadi perkara yang bukan kuar biasa pada masa ini. Tetapi peristiwa ini terjadi apabila sekumpulan murid, lebih-lebih lagi murid perempuan daripada kelas yang berlainan bergabung tenanga menyerang guru di dalam kawasan sekolah. Peristiwa seperti ini sangat jarang berlaku.Kita mungkin berkata bahawa peristiwa ini adalah terjadai akibat kenakalan remaja atau mungkin juga keceluparan mulut guru. Kalau inilah puncanya kita masih boleh menarik napas lega. Tetapi kita takut bahawa kejadian seperti ini adalah akibat langsung daripada permainan politik pada masa sekarang. Politik yang mempertikaikan tentang kaum di Malaysia. Perisitwa ini mungkin akibat keterbukaan kita membicarakan isu-isu seperti HINDRAF, ketuanan Melayu, atau isu-isu mengenai rakyat pendatang. Isu-isu seperti ini mula subur dalam pemikiran anak-anak. Anak-anak memang kurang daya kawalan perasaan. Oleh itu perisitwa seperti ini mudah tercetus.Peristiwa di sekolah menengah di Perlis ini perlu kita beri perhatian serius kerana ini adalah tunas daripada benih politik perkauaman yang kita perjuangkan sekarang.

Tiada ulasan: