Isnin, 13 Oktober 2008

Apa Gunanya Keahlian Terus BN Jika Budaya Camping Terus Wujud

Saya nampak usul-usul yang dikemukan daripada Pemuda Gerakan dan yang sealiran dengannya bukanlah penubuhan Kelab Barisan Nasional. Apa yang Pemuda Gerakan mahukan ialah pembentukan sebuah parti Barisan Nasional di mana keahliannya terbuka kepada semua kaum.

Apabila keahliannya terbuka kepada semua kaum bermaksud pemimpin tertinggi Barisan Nasional pun boleh dipilih daripada mana-mana kaum.


Pemimpin tertinggi Barisan Nasional akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya.

Saya melihat gagasan ini sebagai satu serangan kepada prinsip ketuanan Melayu. Sebelum ini ada cakap-cakap yang mempertikaikan perlantikan Perdanan Menteri dari pemimpin UMNO.

Gagasan ini sungguh ideal. Namun demikian sukar untuk dipraktikkan. Banyak parti politik yang membuka keahliannya kepada semua kaum pada perlembagaannya. Namun demikian realitinya, parti-parti ini dimonoploi oleh sesuaut kaum sahaja. Antaranya DAP, Gerakan , SAPP. Dahulu parti Siosialis Malaya ( orang Melayu panggil Parti Kepala Lembu) yang terbuka keahliannya kepada semua hanya dimonopoli oleh orang Melayu. Anggota Parti Komunis Malaya juga adalah majoritinya daripada orang Cina.

Demikian lanskap parti keahlian terbuka. Sejak dari zmana Malaya lagi, lanskap ini tidak berubah.

Bagi saya, penubuhan parti keahlian terbuka tidak akan merubah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Marilah kita lihat apa yang berlaku dalam politik parti satu bangsa seperti UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini juga menderita akibat terjadinya parti dalam parti. Berada dalam parti yang sama tetapi khemah yang berbeza. Perkhemahan dalam parti ini nampak semakin jelas apabila tibanya pemilihan pcuk pimpinan. Ada yang mendakwa berlaku sabotaj atau berkempen luar tabii untuk menjatuhkan seseorang calon.

Kes Chua Soi Lek boleh kita ambil contoh untuk kita buat renungan. Chua Soi Lek mendakwa bahawa terdapat pakatan sabotaj terhadap dirinya kerana keaktifannya dalam MCA dan keputusannya untuk bertanding merebuat jawatan tertinggi MCA. Kita tidak tahu angkara siapa tetapi kita tahu bahawa jika benar ada pakatan sabotaj, ianya adalah terdiri dari kalangan orang-orang Cina kerana kesemua ahli parti MCA adalah orang Cina.

Kita buat simulasi baru, Chua Soo Lek adalah ahli Parti Lurusan Nasional yang keahliannya terbuaka. Kumpulan yang mensabotaj Chua Soo Lek adalah dari kem Melayu. (Ini adalah unjuran kerana sabotaj dalam parti berlaku pada mana-mana parti pada masa ini) Apakah mungkin keadaan seperti ini dapat meneguhkan hubungan kaum di antara kita.

Bagi saya, lebih kecil sesuatu itu, adalah lebih mudah diuruskan. Selasaikan dahulu apa jua masalah berkenaan parti sesama ahli dan barulah bawa berbincang dengan parti yang lain. Lebih banyak suara yang didengar, lebih rencam untuk mengatasi malsalah.

Pada pendapat saya, motto jiran kita Indonesia "Bhinneka Tunggal Ika" yang bermaksud bersatu dalam kepelbagaian masih lagi relevan pada masa ini.

12:32 PM

Tiada ulasan: